BAB 3

Horror & Thriller Completed 3329

"Perasan kan tadi kat bukit tu?" tanya encik suami lagi. Mungkin dia nak pastikan bukan dia berimaginasi sendiri.

"Aha, perasan...abang bawak perlahan."

"Kejap je kat situ tadi, lepas tu hilang. Menumpang kot."

Kemudian kami diam. Selang beberapa minit saya pandang muka suami. Dalam hati saya, saya bersyukur sangat-sangat, suami tenang menghadapi situasi tu, dia tak melatah dan hilang kawalan.

Saya fikir, kalau lah saya yang memandu, apa agaknya yang akan saya buat? Boleh ke saya jadi setenang suami? Ada hikmahnya Allah tukarkan pemandu kat Machap tadi.

Saya masih bimbang. Saya fikir lebih baik saya pandu, suami dah mengantuk dan penat, ditambah dengan apa yang dah berlaku.

Tapi saya sendiri rasa takut dan gerun kalau-kalau ada lagi gangguan lain. Ya Allah, bertawakkal saja lah, Allah Maha Berkuasa. Dia yang lebih patut kita takuti berbanding segala makhluk di muka bumi.

"Abang ok tak?"

Encik suami menggeleng kepala. "Masih terbayang-bayang muka dia."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience