Isteri terus paling ke depan dan terkejut. Dia mula la tanya macam-macam. Aku diam dan sambil baca apa yang patut. Dalam 10 minit juga aku tak layan isteri bertanya tu.
Akhirnya, aku minta dia tidur.
Apa yang aku nampak?
Aku kalau kena perkara seperti ini masih boleh berfikir dengan waras dan tak ade respon yang terkejut sangat.
Waktu aku nampak tu, aku terus jeling nombor KM di tepi jalan. Dan nombor dia KM333.6. Memang aku ingat sebab stail aku memang suka hafal nombor KM jika terjadi apa-apa.
Aku nampak curahan darah macam baru lepas kena langgar atas lorong kanan. Lepas itu aku nampak depan sikit sekujur tubuh budak-budak yang mana tangan dia dah hilang isi dan hanya tinggal tulang sahaja. Kepalanya di bawah besi divider tu.
Dan dalam keadaan auto cruise aku sedang memandu 120kmh ketika itu. Aku tak sempat tekan brek dan aku tak mahu mengelak. Aku redah dan waktu itu lah yang terpacul hanya sepatah perkataan "Allah" dari mulut aku.
Share this novel