Oleh kerana dah tak tahan, aku kejutkan isteri minta dia temankan.
Dia tanya kenapa. Aku hanya diam seribu bahasa. Macam-macam soalan dia tanya, aku tak jawab.
Sepatah ja aku cakap. "Takut"
Dia tanya lagi. “Abg takut apa? Ha... Tadi apa yang abang nampak?”
Aku balas. “Abang takut, temankan abang.” Lepas tu, aku terus diam.
Isteri pun ajak lah borak hal-hal lain tapi aku tak berapa respon.
Akhirnya aku tanya, "Sayang tengok jalan tar ni warna apa?"
“Kelabu la abang...kenapa?”
Aku terus diam. Lepas tu aku cakap, “Abang nak sayang tengok je jalan tar nie ye.”
Ada la dalam 5 minit dia tengok, timbul lagi tompokan darah yang seterusnya.
"Haa... Sayang nampak tadi atas jalan?"
“Nampak apa bang? Sama ja jalan tar ni,”
“Tak apelah. Abang takut. Sayang jangan sambung tidur. Terus teman abang borak.”
Waktu ni aku set auto cruise 110km/h dan duduk lorong kiri saja. Perjalanan terus sampai lepas hentian rehat dan rawat perasing. Alhamdulillah dah tak ada gangguan dah.
Aku pun mintak isteri pula yang memandu sebab aku dah mengantuk. Dia sambung memandu sampai ke rumah.
Kami sampai rumah jam 2.12 pagi dan masa atas katil baru aku cerita pada dia. Dia cakap dia memang dah rasa pelik bila aku tiba-tiba rancak bercerita dan tersebut "Allah" tadi tu.
Share this novel