BAB 4

Horror & Thriller Completed 3329

"Takut tak muka dia?"

"Seram gila." Kesian encik suami. Dia geleng-gelengkan kepala laju-laju seolah-olah nak hilangkan bayangan wajah makhluk yang menumpang kereta kami.

"Perempuan."

Saya tak bertanya lebih lagi sedangkan dalam hati nak tanya ade darah ke, baju putih ke, rambut panjang ke. Bimbang dalam keadaan encik suami macam tu. Soalan-soalan tu buat dia tak dapat hilangkan bayangan makhluk tu.

Bila nampak papan tanda hentian rehat dan rawat Seremban, suami bagi signal untuk masuk ke kiri.

Kami isi minyak kereta, suami pergi toilet, kemudian saya mengambil alih memandu kereta. Dengan lafaz doa naik kenderaan dan tawakkal, kami menyambung perjalanan hingga selamat sampai ke rumah. Alhamdulillah.

Lepas ni, tak berani dah nak memandu seorang diri malam-malam, balik Johor. Alhamdulillah, bulan puasa tu tak jadi apa-apa.

Suami dah cerita details dekat saya rupa makhluk yang menumpang tu.

Wajahnya pucat putih, nampak segala urat, paling ketara urat pada bibirnya, dia duduk tengah-tengah seat belakang, tapi dia hanya diam dan matanya hanya memandang ke bawah.

Dia berpakaian warna merah. Rambutnya tak seserabut macam hantu dalam cerita-cerita seram. Suami tergerak dalam hati mahu menegur dan bertanya, dia hendak ke mana, tetapi tidak terkeluar, mulutnya seolah-olah terkunci rapat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience