" Kak Sha okay tak ni? " tanya Tengku Hayden sebaik sahaja Tengku Danisya sedar
Uwerk!
Terganga mulut Tengku Hayden melihat bahu nya dipenuhi muntah Danisya
" Kak Sha~ " panggil Tengku Hayden dengan geram
" Opss, Sorry. Kak Sha tak sempat pergi toilet. Pening sangat ni " Tengku Danisya Tersengih
" Tak apa lah. Kak Sha tunggu lah sini. Hayden nak tukar baju jap. Tunggu okay. " kata Tengku Hayden seraya mengosok-gosok kepala kakak kembar nya. So sweet
" Ha lagi satu. Kalau nak air, suruh je Kak Rose tolong ambilkan " kata Hayden sebelum hilang dari pandangan mata Danisya
' So sweet je Kembar aku. Ni yang sayang lebih ' Tengku Danisya sengih
Dia dan Tengku Hayden memang rapat sejak kecil lagi. Semasa Dia belajar di Universiti, Dia selalu mengadu kepada Hayden tentang dia dimarahi oleh Pensyarah kerana tidak menyiapkan assignment.
Hayden lah yang selalu memberi nasihat kepadanya supaya jangan mengalah.
Dia sangat rapat dengan Tengku Hayden berbanding dengan Tengku Aierez.
Tengku Aierez selalu sangat sibuk sehingga kan tiada ruang untuk meluangkan masa bersama keluarga mereka. '
Abang Aierez, bila lah keluarga kita nak berkumpul macam dulu. '
Tengku Danisya mengeluh perlahan.
**********************************************
" Cik bawak bertenang. Ingat Allah " kata Adeena ingin menenangkan Perempuan yang sedang mengamuk itu.
" Argh!! Korang semua pergi.Korang yang bunuh anak aku kan! Korang semua berambus! " Jerit Perempuan itu seperti orang histeria
" Cik sabar. Kita orang bukan nak bunuh anak cik " Ameera pula cuba menenangkan Perempuan yang menjerit bagai histeria. Doktor masih tidak kelihatan disitu. Hanya mereka bertiga di dalam wad VVIP itu
" Kau tipu! Aku tak kira. Korang pergi! " bentak perempuan itu
Tidak lama kemudian, datang doktor dan dua orang nurse.
Dua orang nurse itu memegang kedua dua belah tangan perempuan itu. Manakala Doktor Aini memberi suntikan ubat penenang kepada perempuan itu.
Perempuan itu perlahan-lahan tertidur.
" Kak, macam mana tu? tanya Ameera sebaik sahaja duduk di kerusi berhadapan dengan Wad perempuan itu.
" Kita bawak dia balik la. " jawab Adeena
" Tapi....Kak Reena bagi ke. Kan Kak Reena tu susah nak percaya orang " kata Ameera
" Tak apa, akak tolong pujuk dia. Lagipun perempuan tak nampak cam orang jahat " kata Adeena
" Tapi kan kak. Kak tak rasa pelik ke? " tanya Ameera
Berkerut Dahi Adeena. Segera dipalingkan badan mengadap Ameera
" Pelik Apa? "
" Ye lah. Dia tu nampak muda tau. Macam umur 19 tahun. Tapi kenapa dia pregnant awal ya? " Ameera keliru. Entah kenapa dia merasa pelik dengan perempuan itu.
" Alah logik lah. Mungkin dia kahwin awal. Budak Zaman sekarang kan Suka kahwin awal. Gatal sangat. Tapi Ameera jangan fikir pelik lah "
" Ye ke. Muka dia tak nampak cam bini orang pun. Entah-entah dia pregnant anak luar nikah... "
Segera Adeena menepuk Paha Ameera
" Hish, tak baik buruk sangka macam tu. Husnuzon Ameera " Adeena menjengkilkan mata.
Ameera sengih. Hehe
Share this novel