Tok Tok
" Masuk " laung Tan Sri Khalid dari dalam bilik
" Maaf nenganggu. Ada pengarah dari Aman Holding sdn bhd nak jumpa Tan Sri. Kata nya ada hal penting nak dibincangkan " ujar Selena, Setiausaha Tan Sri Khalid
" Baik, suruh dia masuk " kata Tan Sri Khalid
Tangan nya memicit dahi nya yang berdenyut denyut. Pening kepala nya memikirkan syarikat nya yang semakin hari semakin bankrup.
Setelah beberapa saat, pintu pejabat itu diketuk semula.
Tok Tok
Tan Sri Khalid tidak menyahut kerana dia sedang termenung memikirkan masalah-masalah yang dia hadapi
Lelaki muda itu membuka sahaja pintu apabila tidak ada yang menyahut.
Lelaki itu berdehem beberapa kali.
Tan Sri Khalid tersedar dari lamunan nya.
" Maaf. Saya tak sedar " kata Tan Sri Khalid. Dia jadi termalu sendiri
" Tak mengapa Tan Sri " Lelaki itu tersenyum menyimpan Seribu satu makna.
Tan Sri Khalid bersalaman seketika dengan Lelaki itu.
" Kenalkan, saya Amirul pengarah dari Aman Holding sdn bhd " Amirul memulakan mukadimah
" Tan Sri Khalid Al Fatah " Dia senyum
Tan Sri Khalid mengamati lama wajah Amirul. Dia seperti kenal dengan wajah itu. Wajah itu tidak tumpah seperti anak sulung dari bekas isteri, Kaseh.
' Kenapa wajah dia ada iras dengan Along eh. Nama diorang pun sama ' fikir Tan Sri Khalid
' Mungkin ni orang lain kot. Mustahil lah ini Along ' Tan Sri Khalid cuba menyedapkan hati
" Sebenarnya Tan Sri...... "
**********************************************
" Ameera, okay tak ni? Senyap je dari tadi? Ameera ada masalah ke? " tanya Adeena bertalu-talu
" Tak ada apa-apa lah kak. Ameera cuma pening sikit je " jawab Ameera Aayana
Sempat dia mengerling sekilas Shesha. Shesha juga turut memandang ke arah Ameera dan tersenyum manis.
Cepat-cepat Ameera menoleh ke tingkap semula. Ameera memeluk tubuh nya sendiri
' Apa aku nak buat ni. Aku kena bagitahu Kak Reena dengan Kak Deena ke? ' tanya Ameera dalam hati
' Tapi aku takut. Kalau perempuan tu buat bukan-bukan dekat Kak Reena macam yang dia maksudkan semalam macam mana? ' kata Ameera dalam hati
' Tak apa lah. Buat sementara ni aku tak payah bagitahu dulu lah. Kalau dia ada buat benda-benda tak elok, baru aku bagitahu diorang '
Ameera memejamkan mata nya dengan rapat. Dia mahu berehat sebentar. Biarlah dia tenangkan fikirannya yang tengah kacau.
**********************************************
Krupp
" Aduh apa pasal lah perut aku ni asyik berbunyi daripada tadi? " kata Aishah sambil memegang perutnya
" Eh Aishah....Kau ni kenapa terlebih bijak sangat ya. Dah sah sah lah perut aku ni asyik berbunyi sebab lapar. Hadehh " Aishah menepuk Dahi seraya berkata
" Pergi dapur lah kejap. Mana tahu ada benda yang boleh dimakan. Hehe "
' Hish mana pergi semua makanan kat rumah ni. ' Aishah mengaru kepala. Habis dapur bersepah kerana Aishah yang mencari makanan tadi.
' Rumah je besar tapi makanan habuk pun tak da. Huh ' Aishah berdengus.
' Ha, dalam kabinet tu mesti ada '
' Aduh Tinggi lah pulak kabinet ni '
Aishah pun mengambil kerusi yang berdekatan dengan nya dan terus naik di atas kerusi itu.
Tanpa tunggu lama, Aishah membuka kabinet itu. Dan....
Tara....
Bersinar mata Aishah melihat stok maggi kegemaran nya dan kerepek-kerepek kegemaran nya juga. Yummy!
Aishah terus mengambil satu pek maggi dan dua peket kerepek.
Entah dimana silap nya membuatkan Aishah hilang imbangan dan terus terjatuh dari kerusi. Sempat dia menjerit kecil
Mata Aishah terpejam rapat. Tangan nya memeluk leher seseorang. Terasa ada tangan yang melilit di pinggangnya.
' Eh aku sakit. Tadi aku jatuh kan ' sempat Aishah bertanya dalam hati
Matanya dibuka perlahan lahan. Apabila matanya telah terbuka luas. Sepasang mata berwarna kelabu merenung tepat ke arah nya.
Uwais Al Qarni..
Mereka berpandangan seketika. Dibiarkan mata sahaja berbicara. Tanpa mereka sedar, sesuatu telah bercambah di hati mereka.
Satu saat
Dua saat
Tiga saat
Pap....
" Aduh " Aishah mengaduh kesakitan.Berasa Sakit sangat dipinggangnya
" Tuan ni dah kenapa lepas saya macam tu je. Sakit tau tak " kata Aishah seraya mengosok gosok pinggangnya
" Siapa suruh kau peluk aku " kata Uwais
" Hello. Tuan yang peluk saya dulu okay. Lagi satu, saya tak hingin lah nak peluk Tuan "
" Huh. Aku peluk sebab nak tolong kau je. Kau jangan perasan lebih ea. Untung aku sambung kau tadi tau. Entah dah patah tulang kau kalau aku tak sambut tadi "
" Kenapa tuan tolong saya? Saya tak suruh pun kan? Biarlah tulang saya patah ke? Apa -apa je lah. Perlu ke tuan tolong saya. Dan kenapa tuan perlu tolong saya. Ye lah kan. Tuan kan benci sangat dekat saya ni " Aishah senyum sinis
" Kau ni memang tak reti bersyukur kan. Aku dah tolong kau, kau cakap macam ni pula. Dasar perempuan tak kenang budi " hambur Uwais
" Ni lagi satu. Kau kemaskan dapur ni sekarang. Dah macam sarang tikus aku tengok. Bersepah sana bersepah sini " marah Uwais lagi
" Tak nak!! " jerit Aishah seraya meninggalkan Uwais disitu
" Woi, Perempuan. Jangan lari lah " jerit Uwais pula
" Kurang ajar betul perempuan ni "
**********************************************
enjoy reading~
Share this novel