Bab 11

Drama Series 5579

Perlahan-lahan Tengku Qalisya membuka pintu itu. Suara tadi semakin kuat. Tangannya semakin menggigil

Terkedu dia melihat seorang wanita yang sarat mengandung itu seperti ingin bersalin

" Tolong saya " pinta Wanita itu sambil memegang perut nya.

Terkaku Tengku Qalisya. Terus dia rebah di situ. Semua orang yang berada di dalam bilik itu berlari ke arah Tengku Qalisya yang rebah

" Ya allah kak sya. Kenapa ni " Tengku Hayden memangku kepala Tengku Qalisya

Tengku Hayden mengangkat kepala. Pandangan nya tertumpu kepada Wanita yang sarat mengandung itu.

" Woi yang korang jadi tunggu kayu ni pahal! Tolong lah perempuan tu. Bawa dia pergi hospital. Kalau beranak kat sini siapa susah?! " jerkah Tengku Hayden

" Adeena, Ameera. Kau bawa perempuan tu pergi hospital. SEKARANG!!! " jerit Tengku Hayden

Bagai lembu di cucuk hidung, Ameera dan Adeena menuju ke arah Perempuan itu dan memapah nya. Mereka menuju ke arah kereta milik Adeena

Tengku Hayden pula mencempung tubuh kakak kembar nya dan diletakkan di atas sofa.

" Kak Rose tolong ambilkan air " arah Tengku Hayden. Amboi, dari tadi lagi kau duk mengarah orang ya. Ingat kau bos?!!

" Nak segelas ke sebaldi " kata Tengku Adreena sebelum mengekek ketawa.

" Tak lawak lah. Pergi ambik air, SEKARANG! " marah Tengku Hayden. Tak ada masa lah nak bergurau wahai bakal kakak ipar oi.

" Hish. Nak gurau-gurau manja pun tak boleh " Tengku Adreena mencebik bibir.

Garang nya bakal adik ipar aku!

**********************************************

Tan Sri Khalid Al Fattah melangkah lemah menuju ke dapur

Dia memerhati sekeliling rumah nya. Sunyi. Dulu, rumah inilah yang sangat meriah dengan gelak tawa isteri pertama nya yang tercinta dan anak-anak mereka

Tapi itu cuma sementara. Setelah dia nampak isteri nya berdua-duaan dengan bekas kekasihnya di hotel, terus dia menceraikan isterinya ketika itu dengan talak tiga.

Anak nya Adeena dan Ameera dijaga oleh nya manakala anak lelakinya, Amirul dijaga oleh bekas isterinya.

Selepas beberapa bulan berlalu, dia menikah dengan Sarah, janda anak dua iaitu Stella dan Sofia. Dia telah menganggap Sofia dan Stella seperti anak kandung nya sendiri.

Tetapi perkahwinan mereka tidak pernah bahagia.

Selepas dia dan isteri pertama nya bercerai, Adeena dan Ameera kurang bercakap dengan nya. Adeena dan Ameera kerap menangis kerana terlalu rindukan ibu mereka

Selepas beberapa tahun, bekas isterinya meninggal akibat kanser paru-paru tahap 4

Sejak dari itu lah Adeena mula melancarkan perang dingin kepadanya

Ameera pula lepas menginjak dewasa, dia telah menerima hakikat dan dia dan Ameera kembali berbaik seperti ayah dan anak. tetapi Adeena tidak begitu. Dia senyap sahaja. Dan jarang makan bersama-sama dengan nya. Itupun kalau makan kerana dipaksa oleh nya.

Tan Sri Khalid Al Fattah menangis hingga tersedu sedan. Dia rindukan anak-anak dan isteri nya. 'Kaseh, kalaulah kasih tak berpaling belakang dalam perkahwinan kita, mesti kita dah hidup bahagia sekarang ni. Dan abang tak akan menikah dengan Sarah. Abang tak bahagia dengan dia. Abang rindukan Kaseh '

Amirul, amirul di mana sayang. Balik lah. Papa rindu.

**********************************************

Pearth, Australia

Kaca mata diturunkan. Fikirannya teringat kepada seseorang yang berada di tanah air nya.

" Go to the Airport, Sir " kata lelaki itu

Ya, hari ini dia akan balik ke tanah air nya, Malaysia. Dia ingin mencari seseorang yang dia sayangi di sana.

'Malaysia, I'm coming' bisik lelaki tampan itu sambil tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience