Terangguk angguk kepala Adeena dan Ameera apabila Doktor Aini itu memberitahu tentang perempuan mengandung itu.
" Jadi Cik berdua tolong beri sokongan kepada pesakit. Pesakit mungkin tidak boleh menerima kenyataan yang dia keguguran. Jadi tolong beri dia semangat ya. Dan jangan bagi dia duduk sorang-sorang " ujar Doktor Aini
" Baik Doktor " kata Ameera
" Doktor, boleh tak kami nak tengok keadaan kawan kami? " tanya Adeena
" Boleh Cik. Tapi jangan buat bising ya. Takut menganggu pesakit yang sedang rehat " ujar Doktor Aini
' Ceh Doktor ni. Ingat aku ni budak-budak ke nak buat bising ' bentak Adeena dalam hati
" Baik doktor "
**********************************************
Bangunan tinggi pencakar langit dipandang lama.
Senyuman sinis terbit di bibir jejaka tampan itu.
' Ish...Ish...Ish...makin kaya nampak orang tua ni. Tak apa-apa kau tunggu. Aku akan pastikan syarikat yang kau bina ni bankrupt. Macam yang kau buat dekat Syarikat Atuk aku ' lelaki itu senyum senget.
maaf kalau hambar♡
Share this novel