Completed
3230
Disebuah tempat yang mana seorang gadis muda sedang duduk menghadap sebuah kolam,ditangannya mempunyai sebuah buku lukisan dan peralatan untuk melukis, sedang dia termenung tiba-tiba matanya tertacap pada seorang kanak-kanak kecil sedang bermain bersama keluarganya lantas buku lukisannya dibuka, pensel diambil sebelum gadis itu memulakan lakaran..
"Cantik.." puji satu suara yang berada ditepinya.. tumpuannya terhenti seketika sebelum menoleh kesisinya..
"hye abang,dah siap kerja ke?" soalnya lembut..pensel diletakkan didalam box semula..
"masih ada lagi sikit..penat la nanti urutkan bahu pinggang abang boleh tak?" pinta lelaki itu dengan suara manjanya.. gadis tadi tergelak kecil sebelum mengangguk kepala
"Cantik lukisan adik ni..lukis siapa tu?" matanya masih memandang kearah lakaran yang sudah hampir siap..tidak sangka didalam masa beberapa minit lakarannya hampir siap.jika orang lain pasti mengambil masa beberapa jam..
"adik lukis budak depan tu.."
"kenalan adik?"
"tak la..lukis saja-saja.." balasnya dengan sengihan..kepala lelaki itu digeleng perlahan..
"abang lapar la..jom teman abang makan..kejap lagi ada kerja lagi.." keluhnya.. Gadis tadi mengangguk kepala setuju dia sendiri lapar menunggu abangnya..
"hari ni awal pula adik kesini.." soal lelaki itu..mereka berjalan menuju ke arah kafeteria..
"adik bosan la bang.. mummy keluar pergi perjumpaan para wanita, daddy pun sama.. haih.." komennya dengan suara lemah..
"itu la abang suruh kerja tak nak..tolong abang,adik ada kepakaran semua ni kan..ijazah dalam bidang ni pun ada..apa lagi kerja la.."
"malas la..nanti bila adik nak kerja adik cari sendiri saja la.."
"ha..itu la adik abang bagi cadangan selalu bagi alasan begitu,bila bosan baru nak mengadu kan?" bebel lelaki itu dengan tangan dipinggang..
Gadis tadi sekadar duduk dengan muka tidak bersalah,pinggan yang terisi dengan kentang goreng diletakkan dihadapannya..
"ab.." baru saja nak bersuara tiba-tiba satu suara menyapa mereka
"Encik Alil.." serentak dua beradik itu memandang kearah suara itu..
"Ya?oh Cik Emy.. ada apa ya?"
"ini fail untuk Encik.." fail bertukar tangan..
"sekarang waktu rehat tapi kenapa masih ada yang bagi fail kerja dekat abang?" sampuk gadis tadi
"Eizarn.." namanya panggil.. lantas gadis yang dipanggil Eizarn menoleh kearah abangnya..
"what?adik cakap benda betulkan.." jawabnya dengan nada tidak puas hati..lelaki itu menggeleng kepala
"terima kasih Cik Emy..nanti kita jumpa dipejabat.." wanita yang dipanggil Cik Emy mengangguk kepala sebelum berlalu pergi dengan senyuman 'manis'.
"I dont like her you know.." rungut Eizarn dengan nada yang masih tidak berpuas hati..
"She was my staff, my dear..sudah la jangan nak bermuncung depan rezeki..makan cepat.."
Eizarn sekadar merengus perlahan sebelum menyumbat kentang goreng kedalam mulutnya dengan gelojoh..
"makan perlahan-lahan dik oi.." pesan Alil atau lebih kepada Jalil
"ak..uhh..eii..uh.."
"ha?adik kata apa ini?abang tidak faham la.." tergaru kepalanya seketika..
Eizran menyambung makannya tanpa memberitahu apa yang diperkatakan olehnya tadi..
Setelah selesai makan mereka bangun lalu meninggalkan kawasan kafeteria dengan perut yang kenyang dan hati yang senang..
"Nanti balik nak balik dengan abang ke sendiri?"
"Aren balik sendiri sebab tadi kesini Aren naik kereta.." terangnya sambil mengunyah gula-gula getah..
"kalau begitu,Adik balik hati-hati ya jangan nak berdrift semua ya.." pesan Jalil dengan muka lagak serius.. Dia tahu adiknya jenis mendengar nasihat meskipun sukar untuk diterima olehnya..
"ya..adik tahu..okay la adik balik dulu bye..kerja baik-baik jangan nak melekat sangat dengan Cik Emy abang tu.." tangannya dilambai kearah abangnya sebelum kaki melangkah kejalan keluar tempat abangnya bekerja..
Kereta jenis Camry menyusur laju membelah jalan,radio yang terpasang dengan lagu terkini menjadi alunan untuk didengari olehnya..jarinya mengetuk stereng kereta perlahan ibarat sedang memikirkan sesuatu..
Keretanya dibelok kearah simpang kiri,baru saja mahu membelok tiba-tiba keretanya dilanggar sesuatu dari arah belakang lantas diberhentikan dibahu jalan..kereta yang melanggarnya turut berhenti..
Handbrek ditarik,cermin mata gerhana diambil sebelum dipakai.. pintu kereta dibuka lalu ditutup kasar wajah mukanya merah menahan marah campur geram..
"Damn!my car.." rungut Eizarn kepanasan..Matanya memandang kearah bumper keretanya yang sudah kemik kedalam..
"Maaf cik saya nak cepat sehingga tak nampak kereta cik nak belok ke arah yang sama.." pohon satu suara,jelas suaranya seperti sedang menahan perasaan bersalah.. Eizarn mengetap gigi menahan geram..
"nak cepat sekalipun jangan la sampai langgar kereta saya..awak tahu tak kereta ni beli dengan duit..ergh..nak baikipun keluarkan duit tahu tak..bawa kereta elok sikit tak boleh ke?" marah Eizarn dengan nafas yang cuba ditenangkan..melihat wajah merah gadis itu membuat lelaki yang melanggar keretanya semakin cemas..
"err..apa kata.. er..kita pergi .." satu jari menghentikan bibir merahnya dari terus bersuara.. meskipun mata gadis itu masih sibuk dengan pandangan terhadap keretanya tetapi jarinya boleh menjangka dimana keberadaan bibirnya berada tanpa dia sangka jantungnya berdebar hebat disaat jari telunjuk itu menyentuh bibirnya lembut..
"okay cukup saya tak nak dengar sebarang alasan,tentang kereta saya ni biar saya uruskan.."sehabis saja kata terus kakinya melangkah pergi meninggalkan tempat itu..pintu keretanya dibuka lalu dia masuk tanpa menoleh kearah belakang..
Lelaki yang masih berada dibelakang terkejut dengan jawapan gadis itu sehingga membuatkan dirinya tidak sempat untuk menghalang langkah pemergiannya..
"sombong.." gumamnya perlahan.. "tapi manis.." sambungnya dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya..
Eizarn memandu keretanya sambil memikir alasan untuk diberikan kepada Daddy,Mummy dan abangnya..jika menceritakan perkara sebenar pasti keretanya akan disita..
Sebaik saja tiba dirumah agam milik keluarganya,pantas kereta camry itu diparkingkan dibawah bumbung tempat kereta diletakkan..
Pintu kereta dibuka,Handbag digapai sebelum keluar dari perut kereta.. kunci ditekan kakinya melangkah menuju kepintu..
"Im home!" jeritnya.. kunci kereta diletakkan diatas laci
"mummy..daddy.. hurm dah balik ke belum ni.." gumamnya perlahan.. handbagnya diletakkan diatas sofa sebelum berjalan menuju keruangan dapur..
"Masih belum pulang?biar betul.." keluhnya lagi..
"Apa yang belum pulangnya,sayang?" tegur satu suara lembut dari arah belakangnya..
Eizarn menoleh belakang sebelum tersenyum gembira..mengapa gembira?kerna jarang dia dapat bersama ibubapanya kebiasaanya ibubapanya pasti sibuk dengan kerja yang mereka lakukan kerna itu Eizarn sentiasa keseorangan dirumah agam itu..
"Mummy!!" tubuh wanita itu dipeluk lembut..
"amboi terujanya jumpa mummy.."
"mestilah jarang tau nampak mummy waktu petang macam ni.." adunya,bibir mungilnya dimuncungkan..
"ohh,rindu mummy la ni?"
"yala..mummy ni tanya lagi soalan macam tu sudah tentu la Aren rindu Mummy.." peluk wanita itu dipeluk sekali lagi..
"Aren darimana ni?" soal satu suara lagi yang sedikit garau..
"eh?daddy pun ada.. macam pelik saja hari ni.." suaranya sedikit terkejut lantas tangan daddynya disalam..
"Daddy tanya Aren dari mana?"
"balik dari jumpa abang.." balasnya tenang
"daddy sudah kata bukan jangan ganggu abang ditempat kerjanya.." suara daddynya sedikit tegas
Eizarn melepaskan keluhan berat..
"Daddy..daddy sendiri tahu yang Aren suka kesana..jangan la sampai marah Aren macam Aren ni masih kecil.." suaranya,lengan mummynya dipeluk erat dan kemas..
Mendengar alasan dari anak bongsunya membuat dia sendiri pening kepala..
"Daddy bukannya marah jika Aren sunyi Aren boleh cari kerja jika tidak mahu kerja saja dengan daddy..mudah bukan?" cadang daddy..
"Aren lebih suka kerja macam ni dari terikat dengan peraturan.."
"Aren tak baik tau cakap macam tu dengan daddy.." tegur mummynya
"Im sorry daddy.." wajahnya ditundukkan..jelas sayu diwajahnya waktu itu
"daddy faham..sudah la jangan begini..apa kata Aren pergi bersiap,nanti malam kita keluar selepas Abang Alil pulang.." Eizarn mengangkat kepalanya dengan kerutan didahi
"keluar?kemana?"
"adalah..Aren ikut saja..pergi la naik atas dulu ya.." tanpa banyak bicara Eizarn meminta diri untuk naik kebiliknya sempat juga dia menghadiahkan ciuman dipipi kedua ibubapanya..
Share this novel