Completed
3230
Pinggang isterinya dirangkul kemas bagai tidak izinkan miliknya diambil orang..
"ish!lepas la.."
"tidak boleh,erm..maaf kau siapa sehingga boleh muncul tiba-tiba?" suara Feryhan sedikit tegas. wajahnya serius
Renz sekadar menunjukkan wajah biasa sebelum memeluk tubuh. Jalil sudah tersengih melihat wajah adik iparnya masam menahan cemburu.
"hye nama aku Renz, aku penjaga princess kalian yang degil ini.." perkenal Renz dengan nada biasa tetapi tetap dingin..tangannya dikeluarkan dari poket untuk bersalaman dengan lelaki yang berjaya mendapatkan sekeping hati milik Eizarn.
Feryhan menyambut salam dari lelaki yang bernama Renz..
"Fery.."
"aku tahu,jadi boleh kau jagakan princess aku seorang ini yang setiap masa fikirannya celaru,yang setiap masa menjadi garang.."
"heih!kau kutuk aku.." marah Eizarn dengan muka masam..
"maaf Princess..jadi boleh kau menjaganya Fery?"
"itu adalah tanggungjawabku selepas dia menjadi milikku yang sah." suara Feryhan serius.
"bagus itu yang aku mahu dengar.." Tangannya diangkat lalu menggosok rambut milik gadis itu dengan lembut..
"selepas ini,jika ada masalah kau perlu luahkan kepada suamimu,kerna dia yang akan ada dengan kau setiap masa tetapi jangan sesekali lupakan diri aku,kau tahu tempat aku berada selalu bukan?" pesannya kepada gadis itu,tanpa mereka sedar air mata milik Eizarn sudah mengalir perlahan..
"Aku tahu, Renz jangan larikan diri dari aku tau kerna aku sentiasa perlukan kau.." pelukkan dari suaminya dilepaskan sebelum dia berjalan memeluk tubuh penjaganya dengan kemas.
"iya la,takkan aku mahu biarkan kau menangis sendirian lagi,jika ada apa-apa cari aku.." sehabis saja katanya Renz melepaskan pelukkan dari Eizarn lalu melangkah pergi meninggalkan istana milik keluarga Feryhan..
"adinda jangan nak buat hujan turun pula ya..nanti habis rosak majlis.." sampuk Jalil tiba-tiba..
"mana ada.."
"iyala tu,lihat airmata tu hampir keluar,ha Fery baik kau pujuk isteri kau jika tidak rosak majlis kita ni. ops bukan kita tapi kalian.."
"kanda ni sengaja tau." mahu dipukul kekandanya tetapi pantas saja lelaki itu pergi meninggalkan mereka dengan tawa lepas..
"mari dinda.." tangan diraih oleh sang suami menuju keruang tamu istana,para tetamu yang hadir masih berada diluar manakala mereka sudah masuk kedalam gara-gara mahu memujuk dirinya yang mungkin dilanda kesedihan.
"dinda baik saja?" kini mereka berada diruangan rehat,Fery menggenggam tangan isterinya dengan lembut..Eizarn mengangguk kepala mengiyakan dia baik saja.
"Siapa tadi itu dinda?" soalnya,meskipun lelaki yang bernama Renz sudah memberitahu apa hubungannya bersama Eizarn tetapi dia mahu juga jawapan dari mulut isterinya sendiri.
"Renz.. dia ibarat penjaga dinda jika berlaku apa-apa.." ringan saja mulutnya memberi jawapan.
"kacak.." bisik Fery perlahan. Mendengar pujian yang keluar dari bibir suaminya membuat dirinya tersentak ..
"kanda puji dia?"
"eh..mana ada.. buat apa kanda memujinya,tiada masa tahu tak.." merah mukanya menahan cembur dan malu.
Gadis itu tergelak dengan reaksi si suaminya.. Eizarn memeluk lengan suaminya sebelum melentokkan kepalanya dibahu lelaki itu. nasib baik dia memakai kasut tumit tinggi jika tidak pasti tingginya sekadar setakat dada saja..
"terima kasih dinda.." suara Fery tiba-tiba
Eizarn mengangkat kepalanya ibarat tidak faham dengan kata-kata dari suaminya itu..
"maksud kanda?"
"terima kasih kerna sudi menerima kanda dalam hidup dinda,kanda takut sangat waktu itu,kanda takut dinda akan lari dari hari perkahwinan kita dan tinggalkan kanda disini sendirian tetapi sangkaan kanda salah..kanda lega kerna dinda tidak meninggalkan kanda disini sendirian." luah Fery dengan nada sedikit lega dan terharu
"itu kerna dinda cintakan kanda.." gumamnya perlahan..
"apa dinda?" tubuh isterinya ditarik bagi menghadapnya lantas pinggang Eizarn dipeluk kemas.
"itu kerna dinda cintakan kanda,dinda tidak tahu sejak bila cinta itu hadir tetapi dinda tidak boleh elakkan bila ia hadir.. terima kasih kerna sudi hadir dan terima diri dinda dalam hidup kanda.." tangannya memeluk leher Fery sebelum dahi mereka berdua bercantum.
"cinta kanda untuk dinda,sejauh mana dinda lari,kanda akan cari dan kejar begitu la cinta kanda untuk dinda..cinta dinda lari,kanda akan kejar.."
"hehe..pandai kanda mengayat ya.." hidung suaminya dicuit lembut.
"Terima kasih pada Allah kerna lahirkan dinda sebagai tulang rusuk kanda yang hilang.kanda akan menjaga tulang rusuk kanda ini selama-lamanya sehingga kita tiba di syurga Allah kanda akan tetap jaga ia dengan baik.." janji Fery dengan senyuman manisnya..
Baru saja bibirnya mahu menyentuh bibir isterinya tiba-tiba satu deheman menyedarkan mereka berdua pantas mereka berdua menoleh kearah suara itu.
"eh?kanda Alil..apa yang kanda buat disini?" soal Eizarn kepelikkan
"Sepatutnya Kanda Alil tanyakan soalan begitu kepada kalian?masih awal adinda berdua nak bermanis mulut dan bermesra disini ya..lihat sekeliling apa yang kalian nampak?" senyuman sinis terlakar dibibirnya.. pantas pasangan suami isteri itu menoleh sekeliling sebelum terdiam..
Tak sangka kemesraan mereka berdua ditonton oleh ahli keluarga yang lain.. merah muka mereka berdua kerna malu..
"amboii..sweetnya la pengantin kita ini ya.." puji keluarga Fery dengan senyuman manis..
"Omama takkan risau lepas ini.." sampuk omama Eizarn pula
"mengapa Omama?" suara Jalil dengan kepelikkan.
"iyalah,cucu Omama itu sudah ada yang jaga..lepas ini omama perlu tumpukan kepada cucunda Alil pula ya.." Jalil terkedu sebelum larikan diri meninggalkan ruangan istirehat itu dengan wajah pucat..
Gelagatnya membuat semua orang tergelak bahagia.. Eizarn memeluk pinggang suaminya dengan satu perasaan yang berbunga..
"Cinta ini hanya untuk Mr Smurf dinda seorang saja.." ungkap Eizarn dengan senyuman manis.. Fery terdiam seketika sebelum mencium dahi isterinya dengan perasaan terharu dan bahagia..
-TAMAT-
Share this novel