Completed
3230
"Daddy setuju dengan lamaran dari Fery.."
"Mummy pun terima.."
Kini Eizarn berada dirumah agam milik keluarganya untuk berbincang dengan apa yang terjadi tadi,mahu keluar bertemu seseorang terpaksa dia membatalkan last minit,
sesampai dirumah dia menceritakan apa yang berlaku termasuk berkaitan dengan cincin yang bertahta dijari manisnya kini,pada fikirannya kedua ibubapanya akan menolak tetapi sangkaannya meleset,mummy dan daddynya menerima Feryhan dengan baik tanpa sebarang pertanyaan..
"Mummy tak mahu tahu siapa Fery?" soalnya dengan nada perlahan..
"Mummy dengan daddy sudah tahu siapa dia,sayang kerna itu kami berdua terima.." mendengar pengakuan dari mummynya membuat dia terkedu,matanya terkebil-kebil.
"Serius daddy?semua ni rancangan daddy ke apa?" soalnya tidak puas hati..
"Tidak la.." balas Daddynya selamba..
"lihat reaksi daddy Aren boleh jangka semua ni memang rancangan daddy kan?betul tak mummy?" matanya tertumpu pada mummynya pula..
Madam Rean sekadar tersenyum melihat senyuman itu membuat Eizarn mengeluh perlahan..
"kejap..abang pun mesti tahu kan?" tubuhnya yang sandar ditegakkan..
"jangan la kamu nak marah dengan semua ini,Aren. lagipun apa yang mummy dengan daddy buat ni untuk kebaikan Aren juga." lembut saja suara Madam Rean memujuk anaknya..
"apa yang mummy katakan tu betul Aren,terima saja la ya.."
"daddy perli ya?daddy tahu Aren sudah terima tapi Daddy kata begitu.."
"maksud daddy hati kamu,Aren.." Eizarn menggigit hujung bibirnya.
"erm.. Aren perlukan masa daddy.." keluhan dilepaskan sebelum lengan mummuyya dipeluk kemas kepala dilentokkan dibahu..
"sehingga bila Aren?umur kamu sudah semakin meningkat.."
"Sehingga hati ni terbuka sendiri untuk menerima cinta baru,lagipun Encik Smurf okay dengan permintaan Aren.."
"siapa pula Encik Smurf tu?" serentak kedua ibubapanya menyoal.
"Feryhan la siapa lagi."
"mengapa pula dipanggilnya Smurf,Kamu ni Eizarn nama dia sedap dipanggilnya Smurf." tergeleng kepala Madam Rean.. Eizarn tersengih saja..
"Tapikan mummy, Encik Smurf tu okay saja dia sendiri cakap dekat Abang dia okay jika Aren memanggilnya dengan panggil Smurf."
"Ikut kamu la jangan dipanggil begitu depan keluarganya sudah la." nasihat Daddynya pula..
Dia mengangguk kepala faham sebelum menjeling jam ditangannya,masih awal baru pukul 3petang rasanya masih sempat lagi ni. gumamnya didalam hati.
"Aren ada nak kemana ke selepas ni?" soal mummynya.
"ada mummy, Aren nak jumpa Renz,kami sudah berjanji nak jumpa tengahari tadi tapi Aren postpone petang jadi sekarang ni Aren nak jumpa Renz,rasanya sekarang ni dia dekat taman hijau.." beg tangannya diambil sebelum menyalami kedua orang tuanya.
"balik jangan lewat sangat Aren" pesan daddynya, Eizarn mengangguk kepala sebelum melangkah keluar dari rumah itu ,dia perlu cepat takut Renz sibuk dengan aktiviti lain pula.
"kanda lihat anak dinda tu semakin rapat pula dengan Renz." suara Sir Zuen dengan nada gusar.
"Kanda ni jangan la risau, dia tahu jaga diri dia sendiri lagipun kita sendiri tahu tiada Eizarn tiada Renz sama seperti tiada Renz tiadalah Eizarn" Lengan suaminya diusap lembut,dia begitu harap suaminya memahami maksudnya itu..
"dinda benar,kanda hampir terlupa pula mengenai hal itu,terima kasih kerna mengingatkan kanda.."
"itu sudah kewajipan dinda." satu senyuman manis terhias dibibir Madam Rean.
Eizarn memandu keretanya menuju kesatu tempat yang amat penting baginya. ibarat kisahnya bermula dari situ sejak dilahirkan dan juga tempat dia melepaskan segalanya.
Sebaik saja tiba disebuah taman hijau yang indah dan menenangkan dia memarkingkan keretanya dibawah pohon rendang,handbagnya dicapai sebelum keluar dari kereta. Baju Blousenya dibetulkan bagi menghilangkan kedutan.
Keluar saja dari kereta kakinya terus berjalan menuju kesebuah pondok yang berada ditaman hijau itu.. angin lembut menyapa sehingga terbuat hatinya dibuai perasaan tenang..
"lambatnya Cik Puteri kita seorang ini." tegur satu suara dengan nada sindiran. Eizarn menoleh kearah belakang sebelum tergelak kecil lantas lengan sipenegur diraih dan dipeluk kemas.
"Sorry Renz tadi sibuk sikit." terangnya dengan suara yang sengaja dimanjakan. kilauan dari cincin yang dipakai memancarkan kilauan yang terang sehingga terkena pada pandangan Renz.
"wow..nampaknya ada yang sudah melamar Cik puteri kita seorang ini la.." guruanya..
Eizarn yang perasan dirinya diperkatakan lantas menyorokkan tangan yang mempunyai cincin pemberian Feryhan..
"siapa dia?" soal Renz ingin tahu,mereka berjalan menuju ke tasik yang berada ditaman hijau itu sambil berpimpin tangan.
"dia?siapa?" soalnya semula.. Renz merenung kedalam mata hijau milik gadis yang berada dihadapannya..
"jadi Cik Puteri kita masih nak sorokkan ya?jika begitu tak mengapa la.." baru saja dia mahu acah-acah meninggalkan Eizarn, lengannya sudah ditarik lantas wajahnya menoleh kearah gadis itu..
"Apa?" soalnya seakan merajuk.
"jangan la merajuk dengan aku.jika kau merajuk siapa yang mahu berkawan dengan aku.."
"kau kan mempunyai ramai rakan.."
"tahu tetapi kau memahami aku bukan?" sayu saja suaranya.. Renz mengeluh seketika sebelum mengusap kepala gadis yang berada dihadapannya..
"ya aku tahu itu,jadi kau mahu aku tahu sendiri atau kau beritahu aku siapa lelaki yang melamar kau itu."
"errm.. seorang doktor,aku panggil dia Smurf"
"Smurf?mengapa pula?"soalnya kepelikkan..hari ini sudah empat orang bertanyakan soalan yang sama ,terpaksa la dia membuka mulut untuk bercerita..
Renz mendengar dengan kusyuk sebelum tersenyum.
"kau suka aku dengan dia?" soal Eizarn selepas menghabiskan kisahnya.
"Bagi aku mesti la aku suka kerna akan ada yang menjaga kau ,mahu harapkan aku susah juga.."
"Renz jangan la begini aku fikir kau sokong aku tapi kau sama saja dengan keluarga aku.."
"mesti la sama kerna aku juga salah seorang dari keluarga kau bukan."
"yala kau unik sikit." selamba dia menyatakan begitu,kepalanya diketuk perlahan oleh Lelaki yang berada dihadapannya sambil itu dia meneliti wajah Renz.
Renz seorang lelaki berpewatakan tegas tetapi seorang yang memahami,meskipun dia jarang tersenyum tetapi bila sekali dia tersenyum pasti ramai yang akan jatuh cinta kepadanya disebabkan dia jenis beku jadi ramai juga yang takut berkawan dengan Renz melainkan dirinya dan keluarga gadis itu, Renz sendiri tidak kisah tentang hal itu kerna baginya kami sudah cukup memahaminya..terharu seketika
Warna rambut lelaki itu sungguh unik dan cantik,rambutnya bewarna coklat dan bawahnya sedikit bewarna hijau..warna rambutnya adalah asli bukan diwarnakan umpama warna gabungan pokok yang mempunyai warna batangnya bewarna coklat dan dedaun bewarna hijau,anak mata Renz juga bewarna hijau terang sungguh cantik dan tenang.
"jadi bila kau akan melangsungkan perkahwinan dengannya?" soal lelaki itu sambil bermain dengan bunga ditangannya
"Serius Renz?kau boleh tanyakan soalan begitu pada aku?"
"yeah..why not..kau dengan dia sudah bertunang.."
"not yet.."
"oh my,dont say like that Princess..kau dengan dia sudah bertunang sebaik saja cincin yang dia sarungkan dijari kau itu.." Eizarn terdiam dengan kata-kata dari Renz,keluhan berat dilepaskan sebelum dia mengambil alih untuk memejamkan mata,segala soalan biarlah tidak terjawab kerna dia sendiri tidak tahu mahu bicarakan bagaimana lagi
Share this novel