CUMS 5

Short Story Completed 3230

Kini mereka berdua sudah berada dipejabat Feryhan,lelaki itu masih sibuk dengan telefon ditangannya, Eizarn serta abangnya masih memandang dirinya tetapi pandangan dua beradik itu ibarat tidak memberi kesan kepadanya sebelum telefon bimbitnya diletakkan diatas meja kini tumpuannya seratus peratus kepada dua beradik itu..

"baiklah Encik Smurf.."

"Feryhan dik.." celah Jalil membetulkan panggilan itu..

"tak apa bang,saya tidak kisah.." jujur Feryhan

"see?dia tidak kisah bang..jadi Encik Smurf boleh serahkan fail yang saya minta tadi?"

"aik?bukan fail dekat adik ke?bagaimana boleh ada pada Fery?" sampuk Jalil sekali lagi.. Eizarn sudah mengeluh berat, abangnya ini suka sangat menyampuk perbualannya jelingan tajam dibuat khas untuk abangnya dengan senyuman penuh muslihat,Jalil tersengih seketika sebelum menggaru kepalanya tahu sangat dirinya telah membuat adiknya marah dan geram lantas bibirnya dikunci..

"Ehem..baiklah topik asal,saya nak fail saya balik..saya perlu kestor perubatan semula kerna tidak mahu Amber menunggu saya terlalu lama.." tangannya diamit kehadapan ibarat menadah sebelah tangan lagi dipinggangnya..

"Boleh tapi..."

"tapi apa Encik Smurffff" Feryhan tergelak dengan nada gadis itu,nampak sangat kesabaran gadis itu telah dicabar oleh dirinya.

"Tapi awak perlu ikut syarat saya.."

"syarat?Aik tak pernah pula dibuat orang nak dapat fail perlu kena syarat.." keningnya diangkat sedikit..

Jalil sekadar memerhati perbualan itu mahu menyampuk takut dimarahi jadi lebih baik dia berdiam diri dari bersuara..

"Can you be my partner for the rest of my life??"

"What!!" bergema ruangan bilik itu dengan jeritannya,Jalil terkedu sebelum tergelak besar manakala Feryhan masih dengan muka tenangnya tanda dia tidak bermain dengan kata-katanya tadi

"abang gelak kenapa?!tak lawak tahu tak!" marah Eizarn.. siapa tidak marah, tiba-tiba saja ajak kahwin pun kenal tidak..rambutnya yang terlerai tadi diikat kemas.

"ehem..maaf abang rasa benda tu kelakar"

"tapi saya serius bang.." sampuk Feryhan dengan wajah tenang. tenangnya membawa maksud dia serius dengan kata-katanya..

Jalil tersenyum sebelum mengangguk kepala faham.

"Jadi awak terima atau tidak?" lelaki itu bertanyakan soalan kepada gadis itu pula, Eizarn sudah mengetap gigi..

"Crazy.." bidasnya perlahan tetapi masih boleh didengari oleh mereka berdua.

"yes ,saya akui saya sememangnya gila."

"see?mengaku lagi.."

"tapi punca saya jadi gila adalah awak,saya gilakan awak,so will you marry me?just say yes okay.."

"what?!" sekali lagi dia terjerit lantang.. cuma perlu jawab ya?dimana 'tidak'? lelaki yang berada dihadapannya sememangnya gila, tidak betul..

"jika ini syarat yang awak berikan maaf saya tolak, fail tu baik abang saja ambil,adik ada kerja diluar pergi dulu.." baru saja mahu memulas tombol pintu, Feryhan bersuara

"Jika awak berkahwin dengan saya, saya jamin awak akan bahagia tiada kesakitan didalam perhubungan kita ,itu janji saya pada awak.." kali ini suaranya lebih serius dari yang tadi, Eizarn sudab mengeluh perlahan

"cari lain,saya tak layak untuk awak.."

"awak tak nak saya nak.."

"kalau begitu saya akan lari dari hidup awak.."

"awak lari saya kejar.."

Eizarn sudah merengus kasar, Mr Smurf ni kan degil betul lagi dia tolak lagi dia dekatkan.. bebelnya didalam hati..

"Apa kata adik terima saja dia ni.." Jalil memberi cadangan

"Abang awak dah terima,bagaimana?"

"jangan lupa jawapan dari mummy dengan daddy saya masih tiada.."sinis gadis itu bicara, Feryhan tergelak kecil sehingga terlihat lesung pipinya yang dalam dikedua belah pipinya.

"yang itu awak jangan risau mereka pasti terima saya.." jawab Feryhan penuh yakin.

"jangan terlalu yakin Mr Smurf.."

"Sejak awal lagi saya sudah yakin dengan jawapan saya,dan saya tidak salah untuk kali ini mengenai pemilihan suri hati saya.."

Eizarn memicit kepalanya perlahan,mata hijaunya merenung kedalam mata biru cair milik lelaki itu ibarat mencari kebenaran dan kejujuran atas segala kata-kata itu
.

"jika awak yakin sangat boleh saya tahu siapa nama saya? abang jangan nak beritahu" Jalil membuat gaya zip mulut..

"Aren"

"itu panggilan didalam keluarga saya.."

"Ash."

"untuk pekerja daddy saja.. nampaknya awak masih tidak mengenali diri saya lagi jadi maafkan saya,masa sedang mengejar saya.."

"jika saya berjaya menyebut nama penuh awak adakah awak akan menerima saya?"

Eizarn terdiam sebelum memandang kearah abangnya,Kelihatan abangnya sudah tersengih suka dengan soalan dari lelaki itu,dia ibarat sudah tersepit ditengah-tengah..

"Ala dik,terima saja adik juga yang untung.." sengih Jalil,adiknya menjeling tajam..

"bagaimana?saya menunggu jawapan dari awak ni?"

"awak ni desak sangat kenapa?"

"saya bukan mendesak tetapi saya tidak mahu bunga yang saya lihat iniĀ  dicantas orang,bidadari dihadapan saya diambil orang lain.." manis saja mulutnya bicara senyuman pula tidak pernah hilang dari bibir merahnya.

"manisnya pasti sudah biasa mengayat gadis diluar sanakan.."sinisnya bersuara

"mungkin" Eizarn merengus kasar bila mendengar jawapan dari lelaki itu.

"tetapi saya akan menjadi lebih manis bila bercakap dengan bidadari saya ini.." sambungnya pula dan kali ini kata-katanya berjaya membuat hati gadis itu terpukul dengan sesuatu yang indah..

"woho dik jangan terlalu happy.." tegur Jalil tiba-tiba, Eizarn yang faham dengan teguran itu lantas menutup matanya dan menarik nafas panjang sebelum dilepaskan,Feryhan yang tidak faham sekadar memandang kearah abang gadis itu, Jalil sekadar menunjukkan gerak bibir menandakan 'nanti aku terangkan'.. Feryhan mengangguk perlahan..

Eizarn membuka mata sebelum bersuara. "baiklah jika awak berjaya menyebut nama penuh saya,saya akan terima awak tetapi.."

"ya?" Feryhan menunggu kata-kata seterusnya dari gadis itu

"saya perlukan masa untuk jatuh cinta pada awak.." mendengar sambungan ayat dari gadis itu membuat dirinya tercuit perasaan gembira sebelum dia tergelak kecil..

"kenapa awak gelak?" suaranya dari nada itu ia seperti berjauh hati

"saya rasa gembira dengan ayat awak itu tetapi jangan risau, saya takkan ambil masa lama untuk membuat awak jatuh cinta terhadap saya.." sekali lagi dia bicara dengan yakin..

"kita lihat nanti awak berjaya atau tidak..jadi siapa nama saya?"

"Eizarn.." sebut Feryhan dengan nada lembut, gadis itu masih berdiam diri.. "Eizarn Ash Kusyrin Zuen Sylvix." sambungnya dengan senyuman penuh makna.

Matanya terbuntang dengan apa yang didengari jarang ada yang berjaya menyebut nama penuhnya termasuk nama daddy.. bibirnya terkunci ibarat kelu..

"Wow!kau betul..haha nampaknya adik aku kalah dengan kau.." ucap Jalil bangga..

"Jadi saya sudah sebut nama penuh awak,kiranya awak terima saya bukan?" kakinya mula melangkah kearah gadis itu sebelum tangan kanan gadis itu digapai lantas sebutir cincin bertahtakan permata biru laut diapit dengan dua permata kecil bewarna hijau aqua disarungkan dijari manis milik gadis itu..muat! tersenyum dia dengan apa yang dia lakukan ini..

Jalil terlopong seketika sebelum tergelak kagum. Eizarn tersedar dari sentakkannya sebelum memandang kearah jarinya..

"sekarang awak bakal milik saya,selamanya milik saya" bisiknya ditelinga Eizarn perlahan sebelum mengucup dahi gadis itu lembut..

Jalil yang melihat pantas mengeluarkan telefonnya sebelum menangkap gambarĀ  moment yang berada dihadapannya..senyuman gembira terlakar dibibir..

"hehe..perlu tunjukkan kepada daddy dengan mummy ni.." gumam Jalil sendirian..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience