Sue dengan Encik Wan baru jer sampai kat area hospital tapi masih lagi kat kawasan parking kereta. Encik Wan dapat panggilan call dari Daniel.
"Encik Wan dah sampai ke? Kami dah bertolak dah ni."
"Saya baru je smpai, Sue pun tengah parking. Okay lah kita jumpa kat sini je nanti. Saya nak masuk dah ni. Jenazah ada kat mana sekarang?" Sue yang bru sampai dekat Encik Wan mendengar Encik Wan bertanya pada seseorang di fon terus dia menjawab.
"Kat wad kecemasan dah. Diorang dah bawa turun. Saya baru lepas whatsap dengan kakak Is."
"Okay, Sue cakap ada kat wad kecemasan dah. Nanti dah sampai call la saya."
Terus Encik Wan putuskan talian sambil kaki dah berjalan ikut Sue.
Sue tak sabar untuk berjumpa dengan orang yang dia sayang. Walaupun hanya mampu melihat sekujur tubuh terbaring jer, itu sudah satu rahmat dari langsung tak dapat melihatnya terus. Sampai di area emergency department, dia melihat ramai yang sedang duduk kat ruang menunggu, seorang pun Sue tak kenal.
"Macamana ni Encik Wan, sorang pun Sue tak kenal."
"Cuba call no fon Is tadi yang kakak dia guna tadi."
"Oh..ya tak ya juga. Terus Sue call no fon Iskandar. Dia perasan ada sorang perempuan sedang jawab call kat tepi dinding belakang yang ramai-ramai tu. Salam diberi dan Sue menjawabnya terus Sue bagitahu yang dia dah sampai kat emergency deparment. Nampak perempuan tu bangun dan mundar-mandir berpaling mencari Sue. Masing2 tak kenal. Sue cuba lambai pada perempuan tadi sambil bercakap melalui fon. Memang sah itu kakak Is. Orangnya kecil dan sederhana je tingginya.
Bila dia sampai kat Sue terus dia sapa Sue.
"Suemayyah ke?"
"Ya..saya. kak Aini ke?"
"Ya...terus dipeluk Sue dan keduanya sama-sama menangis. Encik Wan kat sebelah terpandang seorang lelaki berjalan kearah mereka mungkin bila lihat Sue dan kak Aini saling berpelukan dan menangis. Mungkin itu abah Is la kot fikir Encik Wan. Setelah terungkai pelukan mereka, Sue perkenalkan Encik Wan pada kak Aini.
"Kak Aini..ni bos saya, Encik Wan. Bos Is juga." Sambil menyapu airmata pada pipinya.
Kak Aini pula perkenalkan abah Is pada kami.
"Ni abah Is, ibu ada kat dalam bersama jenazah."
Selepas Encik Wan bersalam dengan abah Is, mereka borak-borak dan terus berjalan masuk ke dalam. Sementara Sue pula masih bersama kak Aini di luar. Sue mengajak kak Aini untuk masuk ke dalam.
"Kak..Sue nak tengok Is. Jom kita masuk sekali. Semasa Sue sedang berckap dengan kak Aini, ibu Is bersama beberapa orang yang mungkin sedara mara mereka keluar. Ibunya menuju ke arah Sue dan kak Aini dan Sue diperkenalkan pada ibu Is.
"Ibu..ini Sue teman Is." Terus Sue salam ibu Is dan sama juga, Sue dipeluk erat oleh ibu Is. Sekali lagi laju airmata Sue jatuh ke pipinya. Tak mampu Sue nak berkata apa-apa. Hanya esak tangis sebagai bualan mereka.
Terus ibu Is bawa Sue masuk ke dalam di ikuti Kak Aini sekali. Semakin dekat dia pada sekujur tubuh Is, semakin kuat tangannya menggengam lengan ibu Is.
"Sue kena kuat sayang. Ibu ada disisi." Dia membahasakan dirinya Ibu pada Sue. Semakin dekat semakin lemah, langkah Sue semakin perlahan dan akhirnya berhenti di sudut kepala yang sedang ditutupi kain putih nipis. Tangan Sue menggeler untuk membuka kain tutup muka. Dia tiada daya untuk membuka. Tangan sebelah lagi semakin erat pada lengan ibu Is. Mendengar Encik Wan membaca yassin di sisi kiri, Sue rasa makin sayu. Dia cuba kuat untuk berdiri. Abah Is bangun dan menyuruh Sue duduk di kerusinya di sisi kanan Is. Sue duduk dan dengan lembut tangannya segera memegang tangan Is yang telah diqiam berlapik dengan kain batik lepas yang menutup tubuh Is. Akhirnya ibu Is sendiri yang membuka tutup kain di muka. Nampak wajah Is yang sedang lena tidurnya yang sudah panjang. Terus Sue bersuara,
"Assalamualaikum Is, Sue datang untuk melihat wajah Is buat kali terakhir." Lalu Sue bangun dan mengucup dahi Is lama. Dia sudah tak rasa malu pada Encik Wan dan semua di depannya.
Ibu Is yang melihat dan mendengar ucapan Sue, tak mampu menahan tangisannya lagi. Kak aini yang melihat sudah faham apa yang Daniel cakap dalam telefon tadi. Kak Aini terus memeluk ibunya.
"Sue tahu Is ada kat sini, mendengar. Sue sayang Is dunia akhirat." Selepas itu Sue mengambil surah yassin lalu dialunkan disebelah Is. Ibu Is dan kak Aini turut ikut membaca bersama Sue. Encik Wan dan abah Is dah kuar setelah selesai membaca yassin tadi.
Setelah selesai membaca yassin, sekali lagi Sue kucup dahi Is dan berkata "Tidur la Is, tiada siapa lagi dapat menganggu tidurmu yang panjang. Tenanglah sayang disana. Semoga Is ditempatkan bersama-sama orang yang Soleh." Setelah itu, Sue menutup kembali kain putih pada wajah Is.
Sue bangun dan bercakap dengan ibu Is.
"Sue mintak maaf tak minta izin ibu dulu untuk kucup Is."
"Tak apa...ibu faham. Sue dah lama ke kenal dengan Is?"
"Baru nak dekat setahun. Sue kenal dia masa kami sama-sama lapor diri untuk kerja sekarang ni."
"Ibu rasa Sue lagi lama kenal dia dari ibu. Hari-hari jumpa dia. Kami berdua ni baru jumpa 2,3 kali. Sue tahu yang ibu dengan dia dah lama terpisah lebih dari 20 tahun." Sambil mengalir airmata ibu Is bercerita.
"Sabar ya ibu, Is ada cerita kat Sue pasal ibu dan sorang lagi adik kandung dia yang dah terpisah lama. Masa dia firstime nak jumpa ibu, dia cakap dia betul-betul excited. Dia tak sabar. Dia ajak Sue tapi masa tu Sue betul-betul cibuk tak boleh nak cuti. Jadi tak dapat teman dia."
"Ibu rasa ralat sebab tak dapat nak bagi dia kasih sayang. Baru saja jumpa dia. Tapi Allah dah ambil dia."
"Ibu..Allah sayang dia sebab tu Allah ambil dia. Kita kena redha. Ini ketentuanNya." Sambung Kak Aini pula.
Sedang mereka duk bercakap, datang 2 orang petugas untuk menguruskan jenazah Is. Mereka datang untuk bawa jenazah ke surau untuk dimandikan, dikafankan serta disolatkan terus disitu. Sue melihat katil jenazah Is di tolak kearah surau yang tak jauh dari situ. Mereka pun terus bergerak ke surau juga.
Di surau, abah Is dan beberapa adik-adik lelaki Is sudah menunggu untuk memandikan Is. Kata petugas tadi hanya adik beradik dan ayah sahaja boleh ada bersama. Yang lain dia tak bagi masuk. Tapi Encik Wan minta untuk membantu bersama di dalam. Abah Is cuba berbicara dengan petugas tu, barulah dia benarkan Encik Wan masuk.
Kelibat Daniel, Zul dan yang lain belum juga muncul. Lepas jenazah Is sedang dikafan barulah nampak mereka termengah-mengah berlari. Daniel terus kearah Sue.
"Sue, dah siap ke solat."
"Belum, diorang tengah siapkan Is. Encik Wan pun ada kat dalam."
"Ok." Terus Daniel dan yang lain-lain masuk ke dalam surau.
"Sape tu Sue?" Kak Aini pula bertanya bila dia tengok ramai-ramai 4,5 orang tadi sampai.
"Kawan-kawan ofis kak. Diorang kena settle kerja dulu baru boleh kuar. Itu yang lambat tadi. Yang bercakap dengan Sue tadi tu Daniel nama dia. Kawan baik Is juga."
"Oh..Daniel yang bercakap dengan akak tadi."
"Hah..ye la tu."
"Ibu nak jumpa sangat dengan dia."celah ibu Is pula bila dengar Sue menyebut nama Daniel.
"Jap lagi mesti dia jumpa ibu. Harap sempat la diorang jumpa dengn Is."
Datang petugas yang menguruskan jenazah Is panggil semua ibu, adik, kakak dan semualah saudara mara yang nak tengok dan bagi kucupan terakhir untuk Is supaya naik ke surau. Sebab diorang nak tutup dah wajah Is. Sue bersama ibu dan kak Aini berjalan masuk ke dalam surau. Di dalam surau petugas tadi mengingatkan lagi pada semua yang ingin kucup atau sentuh dia hanya dibenarkan pada yang mahram dia saja. Saudara mara lelaki, atuk nenek dia kalau ada, ibunya dan ahli keluarganya yang bersaudara kandung sahaja. Kak Aini pun tak boleh nak kucup adik dia kerana dia bukan seayah seibu dengan Is, hanyalah anak tiri ibu Is yang berkahwin dengan papa kak Aini. Langsung tiada kena mengena pun. Tapi dia sayang Is macam adik kandungnya sendiri. Menangis Kak Aini sebab tak dapat nak kucup adik kesayangannya buat kali terakhir. Sue tahu citer ni pun arwah Is pernah bagitahu dulu masa dia firstime jumpa ibunya setelah hampir 20 tahun tak jumpa dengan ibu dan adik kandungnya sendiri.
Kawan-kawan ofis yang datang tadi sempat mengucup Is. Abah Is dan adik beradiknya pun ada. Adik kandung yang sama ibu dan bapa pun ada tadi. Tapi Sue belum sempat kenalan lagi. Dia baru sampai masa orang tengah kafan tadi. Suasana pilu bila turn adik perempuannya mengucup Is. Dia tak dapat kawal perasaannya sebelum mengucup abangnya. Ibu disisinya hanya mampu untuk sabarkan dia. Airmata disapu supaya tidak terkena pada jenazah. Dan selepas mengucup abangnya dia tak mampu terus nak berdiri. Rasa lemah terus sendi lututnya. Nasib baik ibunya perasan lalu dipegang dan dibantu abahnya. Dia didudukan tepi Sue dan kak Aini.
Setelah selesai mengkafan, Jenazah Is disolatkan. Kaum hawa semua turun dari surau dan yang tinggal hanya kaum adam untuk selesaikan solat jenazah. Alhamdulillah semua persiapan berjalan dengan lancar di hospital ni.
Bagi Sue pula, itu adalah kali terakhir dia bersama Is. Dia tahu sekejap lagi Is akan pergi dah.
"Sue, jomlah ikut akak kita hantar Is balik."
"Sue rasa sampai sini jer kak. Sue takut Sue tak kuat sorang-sorang kat sana. Ini pun sudah satu rahmat dah bagi Sue dapat hantar dia buat kali yang terakhir."
"Akak kan ada, ibu pun ada."
"Takpalah kak."
"Takpalah Aini. Sue jaga diri leklok ya. Sampaikan salam ibu pada ibu Sue. InshaAllah, kalau ada jodoh, umur panjang kita akan jumpa lagi kan."
"InshaAllah ibu. Ibu pun jaga diri juga. Kak Aini pun. Terima kasih ibu." Sambil memeluk ibu Is buat kali terakhir termasuk Kak Aini dan adik Is yang namanya Dilah. Airmata mereka jatuh lagi.
Sue melihat kereta jenazah berlalu pergi dan dalam hatinya berkata-kata lagi untuk Is.
"Sue hanya mampu hantar Is sampai sini jer. Pergi la sayangku. Pergilah kepada Maha Pencipta. Walaupun hati ini susah untuk melepaskan Is, tapi Sue redha. Selamat jalan Is. Sue sayang Is dunia sampai akhirat. Assalamualaikum Is."
Sue terus berjalan kearah keretanya tanpa menunggu pun Encik Wan ataupun Daniel dan Zul yang sedang berbual. Pergi Is bermakna pergilah cintanya juga.
"Daniel, tolong tengokkan Sue tu, saya tengok dia menonong je jalan tu. Saya tak balik ofis dah, terus ke HQ nak inform pasal ni."
"Ye lah Encik Wan. Jomlah Zul kita gerak. Kau g ambil kereta, aku ikut Sue. Nampak Sue macam orang hilang arah tu."
Terus mereka berdua minta diri. Encik Wan pun gerak ke keretanya yang tak jauh dari kete Sue. Zul pula berjalan kearah ketenya yang parking agak jauh di belakang sana setelah Daniel menyuruh Zul untuk follow kete Sue nanti. Daniel pula mengejar Sue dan sebelum sempat Sue masuk ke dlm keretanya, Daniel menahannya.
"Sue..bagi I drive. I hantar U balik."
"Takpa la U, I boleh drive. Nanti U nak masuk ofis balik kan. I ingat nak terus balik umah. Tak larat rasa badan."
"Takpa, I hantar U balik. Bagi I drive. Nanti Zul follow kita, dia ambik I nanti. I tak boleh biar U drive sorang-sorang dalam keadaan U macam ni."
"I okay."
"U tak okay. I nampak. Dah jangan degil sangat, bagi kunci."
Sue malas nak bertekak dengan Daniel, dia memang betul tak larat. Terus di bagi kunci keretanya pada Daniel kemudian dia pergi ke sebelah penumpang.
Setelah kereta Zul datang barulah Daniel gerak. Sue kat sebelah hanya senyap dan tak mampu nak cakap apa pun. Selepas itu Sue menaip sesuatu pada whatsap dan sent pada Kak Aini.
"Semoga dipermudahkan perjalanan dan semua urusan disana nanti. Selamat jalan Kak."
"Terima kasih Sue. Kak Aini dan ibu sayang Sue. Walaupun baru tadi kita kenal, tapi akak yakin pilihan Is adalah terbaik."
Bila dia baca apa yang kak Aini tulis tu buat hatinya jadi sayu. Setitis demi setitis airmatanya menitis. Daniel kat sebelah hanya mampu melihat dengan pandangan yang sayu je.
"Is yang terbaik bagi Sue. Sue amat bertuah dapat kenal dia walaupun sekejap. Dia sangat baik. Setiap apa yang dia buat dan tunjuk depan Sue, tiada satu pun yang boleh buat Sue benci. Bahkan Sue bertambah sayang pada Is. Doakan supaya Sue mampu hadapi ujian ni kak."
"Sabar ya dik. Akak faham perasaan Sue sekarang. InshaAllah...Sue kena kuat ya untuk Is. kalau Sue perlukan seseorang untuk berbual, call jer no fon Is ni. Akak akan jaga no fonnya ni."
"Terima kasih kak. Sue dah on the way balik rumah. Nanti Sue whatsap akak lagi."
"Ok Sue, jaga diri. InshaAllah kita jumpa lagi. Assalamualaikum Sue."
Sue bersandar dan memejamkan matanya. Airmatanya tumpah lagi. Sesekali terdengar sedunya. Dia tak peduli pun dengan Daniel di sebelahnya. Dia hanya melayan perasaan sedihnya. Dia terasa kehilangan sangat. Dia terasa rindu yang amat sangat. Dia pandang wallpaper screen fonnya yang tertera gambarnya dengan Is yang diambil minggu lepas sewaktu mereka keluar dating di klcc. Itulah date terakhir dia dengan Is.
Daniel cuba untuk berbual dengan Sue lalu dia bercerita pada Sue.
"Tadi I ada tanya abah Is, Is meninggal sebab apa. Dia cakap Is terkena jangkitan kuman pada otaknya. Jangkitan tu merebak terlalu cepat. Dua hari je Is kat ICU, doktor tak sempat buat ape pun. Jantungnya drop 2,3kali tapi bila tekan guna renjatan elektrik tu dia kembali tapi lemah sangat. Kali ke3 tu dah tak boleh nak diselamatkan, dia memang dah takda." Sue kat sebelah hanya mendengar apa yang Daniel cakap sambil matanya terpejam.
Sue pun ada berbual dengan ibu Is pasal ni masa kat surau tadi. Cuma dia takda mood nak bercerita atau bercakap sekarang ni dan lebih suka senyap jer melayan perasaan dia. Daniel yang perasan Sue dah tertidur di sebelahnya terus terpandang screen fon yang masih on dan nampak gambar Is dan Sue berdua. Kemudian terus tumpu pada pemanduannya. Sampai di area taman nak ke rumah Sue di Kerinchi, Daniel tak sampai hati nak kejut Sue bila lihat Sue lena dah kat sebelah. Bila sampai depan rumah Sue dengan sendiri Sue tersedar bila Daniel dah berhentikan kereta.
"Kita dah sampai ke? Sorry I tertidur."
"Dah U. It's okay. I memang nak U rehat pun. Nak I parking dalam terus ke kat luar je."
"Kat luar je."
Mereka sama-sama keluar dari kereta. Zul dah ada kt belakang kereta Sue.
"Okaylah U, I gerak dulu." Sambil hulurkan kunci kereta pada Sue selepas ditekan lock.
"Thanks U, tolong hantar I. Zul thanks.
Zul mengangkat tangan dan kereta mereka pun gerak tinggalkan Sue.
Sue terus masuk ke dalam rumah. Masa-masa ni ibunya memang takda kat rumah. Mesti kat kedai adiknya. Lepas kunci pintu, Sue masuk ke biliknya dan letak handbagnya kemudian masuk ke bilik air. Dia pasang paip hujan dan duduk bertelengkup di bawah jirusan air hujan tu sambil menangis. Dia tahu rindunya ini tiada bertepian dah. Lama dia berkurung di bilik air sampai ibunya balik pun dia tak dengar.
Masa ibunya sampai dia nampak kereta Sue ada parking depan rumah. Bila dia panggil tak menyahut. Bila dia masuk bilik bunyi air kat blik air. Rupanya tengah mandi. Ibunya keluar semula. Setelah hampir sejam Sue pun keluar dari blik air dan bersiap pakai baju dan terus solat zuhur. Lepas solat dia berdoa untuk Is.
"Ya Allah..Kau Ampunilah hambamu ini. Kau berilah hambamu ini kekuatan. Ya Allah..Kau ampunilah Dosa-dosa Is, Kau berilah Iskandar ketenangan disana. Kau jauhilah Iskandar dari segala siksa kubur dan siksa api neraka. Kau limpahkanlah rahmat ke atas roh Iskandar. Kau tempatkan roh Iskandar bersama-sama orang yang soleh dan beriman. Aminn Ya Robb Al-Amin.
Lepas berdoa Sue ambil Quran dan baca surah Yassin. Kemudian habis Sue sambung lagi baca. Dia mencari ketenangan untuk dirinya melalui bacaan surah Yassin.
Share this novel