Selepas balik dari hospital hari tu, Sue terus ambil cuti tanpa gaji kerana ingin tenangkan dirinya. Bila dia teks Encik Wan untuk cuti tanpa gaji, nasib baik bosnya tu faham situasinya. Sue hanya terperuk dalam biliknya tanpa makan dan minum. Ibunya Puan Hasnah amat risaukan Sue tapi tidak tahu sebab anaknya jadi macam tu.
Setelah lebih 3 hari berkurung dalam bilik akhirnya Sue keluar dari biliknya untuk cuba makan sesuatu kerana seleranya langsung tiada tapi badan Sue dah makin lemah dan sudah tiada daya untuk berjalan. Dia hanya mampu berjalan perlahan-lahan jer semasa hendak ke dapur mencari apa yang dirasakan boleh dimakan untuk tambah tenaganya.
Sue kemudian ternampak ibunya sedang mengemas di dapur. Ibunya terkejut melihat keadaan Sue yang pucat dan tak bermaya. Sempat ibunya bertanya tapi suaranya sangat-sangat perlahan dan hanya sepatah jer yang keluar di mulut Sue.
"Sue..kenapa ibu tengok macam tak sihat ni. Sue sakit ke sayang? Sue tak kerja ke, dah seminggu ibu lihat Sue tak pergi kerja. Sue ada masalah ke? Sayang ibu ni ada masalah kat tempat kerja ke?" Ibunya sudah risau dengan perubahan pada Sue.
Sue hanya menjawab sepatah sahaja.
"Mc"
Kemudian dia terus berlalu masuk ke biliknya semula dan mengunci pintu bliknya kembali. Niatnya untuk cari makanan tadi pun dibiar jer. Tak mampu untuk dia berlama di dapur bersama ibunya. Tak tahu macam mana harus dia ceritakan.
Ibunya bertambah risau dengan perangai anaknya itu yang makin pelik. Belum sempat dia ajak Sue ke klinik, Sue dah kembali ke biliknya. Selama umur anaknya tak pernah anaknya berperangai macam tu. Seperti menyorokan sesuatu dan buat dia jadi risau takut terjadi apa-apa kat anaknya. Selama ini dia la tempat utk berkongsi masalah atau meminta pandangan sekiranya anaknya tu ada masalah. Dia tak pernah melihat anaknya mengurungkan diri dalam bilik jer. Walaupun masalah Sue sebesar gunung sekalipun, Sue tetap akan selesaikan masalahnya dalam masa 2,3 hari jer. Itu pun ibunya sentiasa jadi mentornya. Tapi kali ini memang lain sangat dan mukanya sangat pucat. Ibunya berfikir sendiri dan bercakap-cakap sendiri dalam hati. Puan Hasnah kemudian cuba mengetuk pintu bilik anaknya itu dan cuba untuk memujuk Sue supaya cerita hal yang berlaku.
l"Tuk..tuk..tuk.." Bunyi pintu diketuk dari luar. "Sue..buka pintu ni sayang. Ibu nak cakap dengan Sue ni". Dengar suara ibunya diluar. Tapi Sue hanya senyap jer. Tidak ada sahutan dari Sue. Kelihatan airmata sudah laju dipipi Sue. Walaupun diseka airmatanya tapi makin laju lagi ia keluar. Hati Sue betul-betul sedih walaupun dia sudah dapat terima kenyataan. Tpi bila dia teringat kembali memori bersama Is, dia akan sedih kembali. Panggilan ibunya di luar di biarkan tak berjawab. Dia sndri tak tahu macamana nak bagitahu ibunya apa yang terjadi. Dia tahu sangat-sangat berdosa bila panggilan ibu tak di sahut dengan baik. Sue sangat rapat dengan ibunya. Bahkan ibunya adalah kawan dan sahabatnya yang paling rapat dengannya. Tapi hal Iskandar, Sue belum berkesempatan untuk menceritakan dan memperkenalkan pada ibunya. Tapi ibunya tahu yang anaknya ini sudah ada seseorang yang istimewa dalam hatinya. Cuma ibunya tak nak paksa dia untuk bercerita lagi sebab dia kenal dengan anaknya itu yang tak suka bercerita jika ianya belum ada kata putus dari pihak satu lagi.
Sue sebenarnya takut ibunya tak merestui hubungannya dengan Iskandar. Iskandar masih belajar dan usianya muda 2 tahun dari Sue. Almaklumlah Sue seorang sahaja anak perempuan dalam keluarganya. Wlaupun Sue ada seorang lagi adik lelaki tapi Sue memang sangat rapat dengan ibunya. Sehinggakan orang ingat Sue lah anak yang bongsu.
Kemudian bunyi ketukan lagi dari luar
"Tuk..tuk..tuk... Sue..buka pintu ni sayang. Ibu tahu Sue tak makan lagikan. Sue tak sihatkan, jom kita pergi klinik ya sayang. Ibu risau ni sayang. Ibu tak pernah lihat anak ibu macam ni. Anak ibu ada maslah lain ke. Kongsi la dengan ibu, sayang. Ibu sedia mendengar masalah sayang. Ibu sedih bila anak ibu macam ni. Ibu tak nak anak ibu sakit".
Suara ibunya sudah kedengaran lain. Bunyinya seakan sedang menahan tangis.
Sue yang mendengar suara ibunya seakan menangis, terus dia meluru dan membuka pintu biliknya.
"Ibu...maafkan Sue." Terus dia memeluk ibunya yang sudah terduduk di kerusi tepi bilik Sue. Sue merebahkan mukanya sambil menangis di riba ibunya. Ibunya hairan kenapa Sue menangis sebegitu seperti ada sesuatu yang terjadi pada dirinya. Puan Hasnah tidak mahu fikir yang bukan-bukan tapi dia mahu dengar dari Sue sendri apa yang sebenarnya telah terjadi.
"Sayang..kenapa menangis macam ni, cerita dengan ibu ape yang sebenarnya terjadi. Ibu tak nak anak ibu seksa diri sampai macam ni. Langsung tak makan, nanti Sue juga yang sakit. Ibu akan cuba bantu sebaik mungkin." Ibunya cuba memujuk.
"Ibu...Sue dah kehilangan orang yang Sue sayang. Sue betul-betul sayang dia."
"Maksudnya, Sue putus cinta ke sayang."
Sue hanya menggeleng dan terus sembankan mukanya ke riba ibunya sekali lagi.
"Cuba bertenang bagitahu ibu apa yang terjadi."
"Orang yang Sue sayang dah pergi. Tinggalkan dunia ni. Tinggalkan Sue. Allah lebih sayangkan dia."
Pn Hasnah sedikit terkejut dan trus mengucap "innalillah hiwainna ilaihirojiun..Kenape Sue tak bagitahu ibu lebih awal. Mungkin kita boleh pergi ziarah jenazahnya.
"Sue tak dapat nak lupakan dia. Sue teringatkan dia. Sue rindu dia..ibu..rindu sangat. Bantu la Sue supaya dapat lupakan dia. Sue rindu masa kami bersama." Dalam esak tangis Sue memberitahu juga ibunya.
"Sabar yer Sayang. Banyakkan bersabar. Ingat Allah, Sentiasa sedekah al-fatihah untuknya dan doakan yang baik-baik untuknya. Semoga dia dirahmati Allah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh."
Puan Hasnah hanya mampu untuk sabarkan anaknya itu. Dia sangat-sangat faham bila kehilangan orang disayangi kerana dia sendiri pun telah kehilangan orang yang dicintai iaitu arwah suaminya 10 tahun dahulu. Tapi itu bukan bererti dia perlu menyerah kalah macam tu jer. Dia perlu berjuang demi anak-anak yang masih lagi kecil ketika itu. Demi menjaga 5 orang anak tanpa seorang suami disisi sangat-sangat mencabar. Cuma anak yang sulong sahaja yang lebih matang kerana dia sudah berumur 16 tahun ketika kehilangan arwah abahnya dulu dan Sue pada ketika itu berumur 6 tahun manakala adiknya yang bongsu berumur setahun lebih.
Puan Hasnah tidak akan biarkan anaknya itu mengalah. Dia mesti mencari jalan untuk anaknya jadi lebih kuat dan lebih tenang. Dia mesti mencari cara yang terbaik untuk merawat kesedihan anaknya itu.
Share this novel