BERITA SEDIH

Short Story Series 2206

Sudah banyak kali Sue call Is tapi tetap juga tak dapat. Is tutup terus fon dia. lalu dia cuba untuk risik pada Daniel kot Is ada call Daniel.
"U..dah 2 hari I tak dapat call Is. Risau la, U tahu tak macamana keadaan dia sekarang. I call semalam pun tak dapat. Dia off fon dia. I dapat bercakap dengan dia pun 3 hari lpas. Dia ckp dia MC sebab kepala sakit berdenyut dan pening lg."

"I pun tak dapat call dia. Dia demam ke U. Dia tak balik hostel pun."

"I tahu dia balik Klang sebab lepas kerja hari tu dia kata nak balik Klang sebab rasa macam tak sihat. So I ajak g klinik, dia tak nak. Dia kata nak blik rehat kat Klang. I nak hantar pun dia tak bagi"

"Dia balik nga apa? Zul hantar ke?"

"Tak....dia balik naik komuter jer. Katanya dia suh sepupu dia ambik kat stesen nanti."

"Dia tak nak susahkan U la tu. Lewat pula U nak balik kan."

"I tak kisah pun sebab mak sedara ada kat Shah Alam tu. Boleh tidur sana je. So memang dia tak ada call U la ya."

"Tak ada. U jgn risau sangat la, dia okay tu. Mungkin dia tak nak diganggu staf len."

"Harap-harap dia makin sihat la."

"U dah rindu la tu, baru 3 hari tak nampak dia."

"Hehe..pandai U nak tahu rahsia la tu."

"Haha..mesti nanti nak wat modal nak nyakat dia nanti."

"Haha...okaylah I nak g bank ni. Duit sale semalam belum bank in lagi. Lewat-lewat mengamuk pula HQ."

"Ok..hati-hati tau U. Tak ada excort ke?"

"Hihi..U ingat duit ni banyak sangat sampai nak kena excort. Kalau berpuluh ribu tu I terima la excort. Ni sale tak sampai pun 5ribu sehari."

"Haha..saja nak usik-usik U sebab Is tak ada boleh la usik U."

"Okay lah, bye..nanti bagitahu Encik Wan ya."

Selepas setengah jam Sue pergi bank, Encik Wan pun sampai dan tengok Sue tak ada kat ofice. Dia cuma nak tahu sale semalam je ada berape. Sue tak update pun kat dia. Terus dia bertanya pada Daniel yang sedang buat kerja kat stor.

"Daniel, mana Sue off ke?"

"Tak Encik Wan, dia g bank katanya nak bank In sale semalam."

"Oo..ada tak dia bagitahu berape sale semalam."

"Tak ada, mana pernah dia bagitahu saya."

"Tak apa la Daniel. Mana Is ya, dah beberapa hari saya tak nampak dia."

"Sue cakap dia MC 3 hari lepas. Tapi semalam Sue call pun tak dapat. Hari ni pun sama juga."

"Teruk ke demamnya sampai 2,3 hari MC. Saya call pun tak dapat juga. Dia tak ada kat hostel ke?" 

"Harap dia makin sihat la Encik Wan. Tak ada, Sue cakap dia balik Klang. Mungkin dia tak nak sape-sape ganggu dia la kot." Benda yang sama dia ckap pada Sue dan dia cakap juga pada Encik Wan. Dia sendiri pun tak tahu tahap mana keseriusan demam kawannya tu sebab Is g off fonnya. 

"Staf semua okay ke Daniel. Tak ada apa-apa problem ke atau komplen dari atas tren?" Encik Wan dah mula bertanya report dari Daniel. Selalunya bila dia sampai akan ada dua tiga report kat atas meja dia dari Is. Klau tak masuk ofice pun Is akan update melalui wsap kat dia. Tapi ni dah 3,4 hri senyap je. Nampak macam Is tak buat keje pula. Sue pun sama semalam tak update pasal sale. Encik Wan dah mula geram sebab dia takut budak 2 orang ni bercinta sampai tak ingat keje. 

"Setakat ni saya terima 2 komplen dari orang KTM. Kes sama main duit tepi. Saya akan monitor staf tu bila dia turun nanti. Dua2 komplen tu orang yang sama bertugas."

"Okay, saya tak nak dengar lisan. Saya nak awak buat report dan letak atas meja saya selewatnya esok. Kalau kena ambil tindakan, teruskan dan tulis sekali dalam report tu."

"Nak buat tindakan apa terhadap staf ni. Sebelum ni Is yang buat report dan ambil tindakan."

"Tengok pada report-report yang Is buat tu. Selalu dia akan keluarkan warning letter untuk staf tu. Klau dua kali komplen, dua warning letter dia akan kuarkan. Kena ingat pukul berapa orang buat komplen tu. Semua kena catat dalam report tu."

"Baiklah Encik Wan, nanti saya hantar petang ni pada Encik Wan. Saya nak check stok dulu kat stor. Banyak stok bocor ni Encik Wan. Nanti saya buat report juga."

"Stok bocor maksudnya apa tu Daniel."

"Stok bocor tu, stok tak cukup. Selalunya pembantu stor yang receive balance stok dari tren."

"Kenapa banyak sangat masalah ni. Selalu tak macam ni kan. Sape moniter semua ni sebelum ni."

"Is yang moniter, sebelum ni semua ok. Tapi 2,3 hari ni saya ambil alih. Saya tak sempat nak moniter diorang. Agak kelam kabut sebab saya sorang."

"Adui, tak apa lah siapkan keje awak. Kalau perlu bantuan minta tolong dengan Sue suh dia buatkan report tu dan keluarkan warning letter."

"Okay Encik Wan, saya kuar dulu." Encik Wan hanya mengangguk saja sebab hati dia tengah geram dengan Is ni. Tak pernah Is buat perangai macam tu. Takkan Sue pun tak tahu juga keadaan Is sekarang ni.

Sedang Encik Wan duk tunggu Sue kat meja dia dan sambil melayan email-email dari orang KTM pada komputernya, dia mendapat satu panggilan telefon. Dia melihat nombor yang tertera pada screen adalah nombor fon Iskandar.

"Akhirnya call juga budak ni."

Encik Wan terus alihkan kepada jawab pada screen fonnya dan kemudian bagi salam terlebih dahulu.

"Hello..assalamualaikum Is."

"Hello..waalaikum'salam..maaf saya bukan Is, saya kakak Iskandar. Boleh saya bercakap dengan Encik Wan."

"Ohh..ya saya la Encik Wan. Saya ingatkan Iskandar tadi sebab nombor fon dia yang call kan. Ada apa-apa yang boleh saya bantu."

"Encik Wan ni bos tempat dia keje ke? Saya nampak ada miscall dari no fon ni bila on fon dia. Ini berkenaan dengan Iskandar."

"Ya saya bos dia. Kenapa ya dengan Iskandar. Sebenarnya dia dah beberapa hari tak masuk kerja dan katanya MC."

"Saya ada berita nak sampaikan kepada Encik Wan." Pemanggil tu senyap lama baru la dia menyambung kembali. Itu pun dengan suara serak-serak dan menahan sebak. "Iskandar baru saja menghembuskan nafasnya yang terakhir sekejap tadi di HTAR Klang."

"YaAllah...Innalillahiwainnailaihirojiun...Allahuakhbar, betul ke apa saya dengar ni, maksudnya Iskandar dah takda, meninggal."

Suara di dalam telefon sudah berbunyi lain, sebak dan hanya mengiyakan saja apa yang Encik Wan tanya tadi. Terus Encik Wan ucapkan terima kasih kerana inform kepadanya.

"Terima kasih ya, nanti saya akan inform pada staf dan kawan-kawannya yang lain." Lepas masing berucap salam. Encik Wan terus memanggil semua staf yang ada dlm bangunan tu untuk sampaikan berita yang diterima tadi. Dia betul-betul terkejut dan tak tahu la pula bagaimana penerimaan Sue pada berita tu nanti.

"Daniel...Daniel sekejap. Saya nak awk panggil semua staf yang ada kat sini sekarang. Saya ada sesuatu nak sampaikan."
"Semua yang ada kat sini je."
"Ha..ah, semua yang ada kat sini, yang tak ada biar lah. Panggil masuk ofis ya."

Segera Daniel memanggil semua staf termasuklah staf kitchen yang sedang sibuk menyediakan bahan-bahan untuk masak bekalan untuk tren petang jap g.

"Pasal apa ya Encik Wan nak jumpa kita semua ni. Ko tahu tak pasal apa?" Zul bertanya pada Daniel sambil mereka berjalan masuk ofis.

"Ntah la, aku pun tak tahu. Tapi nampak macam urgent. Jom lah, jap g tahu lah dia cakap apa."

Setelah semua dah berkumpul di meja besar tmpat mereka selalu meeting, Encik Wan sudah pun menunggu mereka kat situ. Mukanya sedikit sedih dan ada airmata bergenang di kelopak matanya. Apabila staf-staf melihat dan mereka tertanya-tanya sendiri. Kemudian Encik Wan pun bersuara.

"Saya ada berita sedih yang saya nak sampaikan pada semua. Berita ni agak mengejutkan kita semua nanti dan harap semuanya tabah, sabar dan terima dengan qada dan qadar." Semua yang ada di situ senyap dan dengan sabar menanti berita yang ingin Encik Wan sampaikan.

"Saya baru jer terima panggilan telefon dari salah seorang ahli keluarga staf, mengatakan yang staf tersebut......" Encik Wan menarik nafas dalam-dalam dan kemudian menyambung lagi "....baru saja meninggal dunia."
Encik Wan senyap lagi dan menarik kacamata untuk menyapu airmata yang cuba jatuh dipipinya.

Masing-masing tertanya sape staf tersebut sehingga membuatkan Encik Wan terlampau sedih. Setahu mereka hanya seorang staf kesayangannya kat situ. Tapi tak mungkin sebab Sue datang ofis hari ni.

"Sape staf tu Encik Wan. Pekerja bawah ke pekerja atas." Salah seorang bertanya.

Encik Wan memandang sayu pada mereka lalu bersuara lagi.

"Iskandar...."

"Allah...Allah...Allah..." Daniel bersuara perlahan seakan tak percaya dengan berita tu. Dia yang berdiri di tepi dinding terduduk bersandar pada dinding dan tiada daya untuk berdiri. "..Innalillahiwainnailaihirojiun.." Daniel hanya mampu mengucapkan dalam hatinya saja. Air matanya terus keluar tak dapat nak tahan. "Is, kau yang terbaik dan paling faham aku, aku sayang kau Is."

Zul yang duduk atas kerusi depan Encik Wan terus mengucap "..Innalillahiwainnailaihirojiun.." lalu menekup mulutnya dengan tangan yang menggeletar sebab terkejut dengan berita tu. "Kau kawan yang baik Is, Allah sayangkan kau. Tenanglah kawanku disana bersama orang-orang yang soleh." Zul berbisik sendiri dalam hatinya.

Air mata masing2 jatuh juga apabila mendengar berita sedih tu. Suasana dalam ofis tu sangat suram, hiba dan sayu. Masing-masing melayan perasaan sedih dan masih lagi terkejut. Ada yang masih tak percaya dengan berita tersebut. Kemudian Encik Wan bersuara lagi.

"Sue masih tak tahu berita ni. Jangan ada sape-sape yang update atau wsap kt group lagi ya. Biar dia tahu kat sini. Lepas dia tahu baru lah kamu semua boleh update kat group."

Apabila Sue sampai di ofis, tidak kelihatan seorang pun staf sama ada di bahagian stor atau kitchen. Hairan juga mana semua orang. Bila dia buka pintu ofis terkejut sebab ramai dalam ofis.

"Ada urgent meeting ke? Sorry Sue g bank. Nape tak whatsap Sue tadi, ke meeting ni tak ada kaitan dengan skop Sue."

Tapi Sue pelik sebab nampak semua sedang bersedih dan yang paling pelik si Daniel sampai menangis terduduk kat tepi dinding. Sue lihat pada Encik Wan duduk bersetentang depan Zul pun dalam keadaan mata merah baru lepas menangis. Zul pun sama dengan muka dah merah menangis.

"Encik Wan, kenapa ni semua ada masalah besar ke?" Sue bertambah pelik.

Encik Wan terus memandang Sue dan bersuara.
"Sue, saya ada sesuatu nak bagitahu Sue. Saya harap bila Sue dengar berita ni, Sue boleh...." belum sempat Encik Wan habiskan kata-katanya. Fon Sue berbunyi nyaring mengejutkan semua orang. Sue sendiri pun terkejut juga sebab terlalu kuat bunyinya.

"Maaf-maaf Encik Wan..terkuat pula" terus Sue capai fon dalam handbagnya. Dia lihat nama Iskandar yang call. Terus dia bagitahu Encik Wan.

"Iskandar call. Kejap ya Encik Wan"dengan muka yang ceria dia cakap pada Encik Wan.

Belum sempat Encik Wan berbicara, Sue telah berjalan keluar dari ofis untuk bercakap dengan Iskandar. Semua yang ada hanya mampu memandang saja, tak sempat nak tahan Sue dari jawab call tu.

Daniel bangun dan ekori Sue keluar. Dia dapat mendengar suara Sue sudah menjawab call tersebut.

"Assalamualaikum Is...akhirnya Is call juga, Sue risau tau tak, dah banyak kali Sue call, tapi semua masuk voice. Is dah sihat ke, bila nak masuk ofis?"

Masa sedang duk tanya soalan demi soalan tu terdengar suara perempuan yang menjawab salam. Sue terdiam sekejap, terkejut ada perempuan pula yang call pakai fon Is. Mana la tahu girlfriend baru Is nak serang ke. Tapi setahu Sue, Is hanya mengaku dia single je dulu. Sempat Sue duk cakap dalam hatinya sendiri. Kemudian bunyi suara tu bertanya pula.

"Boleh bercakap dengan Suemayyah?"

Sue tergagap2 nak menjawab. Risau pula dia. "Ye..yer..saya..saya suemayyah. Siapa ni ya."

"Saya...kakak Iskandar. Panggil je kak Aini."

"Kakak Iskandar...oo..maaf la Kak Aini. Panggil Sue je. Kenapa kak Aini call Sue. Cari Is ke?" Eh, apa punya soalan la aku tanya ni, confirm-confirm la Is dengan dia sebab fon Is dengan dia.

"Sue....akak harap bila Sue dengar apa yang akak nak bagitahu ni, Sue jangan terkejut ya."

Sue pelik bila dengar kak Aini bercakap macam tu, tadi Encik Wan sekarang kakak Is pula. Atau memang ada sesuatu berlaku kat Is ni. Sue bercakap dalam hatinya sendiri lagi.

"Ada sesuatu berlaku kat Is ke kak?" Dengan suara perlahan Sue bertanya.

"Sue sabar ya, Akak nak bagitahu yang Is dah tak da. Dah meninggal..." Kak Aini tak dapat meneruskan kata-katanya. Hanya yang didengar ditelinga Sue tangisan sayu. Sue yang mendengar tak dapat nak berkata apa pun, terus senyap seribu bahasa terkejut dan tak percaya dengan panggilan fon tu. Dia berpaling untuk berjalan masuk ofis dengan fon masih ditelinga dalam talian untuk dapatkan kepastian tapi bila melihat wajah Daniel yang sedih dan masih lagi ada sisa airmata bertakung dibibir matanya, Sue sudah mendapat jawapannya. Dengan rasa yang amat pilu airmata laju berjujuran di pipi, dia menjerit sedih sekuat hati

"Iiiiisssss......" . Sue dengan lemah berjalan masuk ofis tanpa pedulikan Daniel disitu dan lihat wajah Encik Wan. Lalu dia berkata "Iskandar.......dah tak da Encik Wan..." Sue terus jatuh terduduk. Lemah longlai segala sendi tak mampu berdiri. Sempat Daniel dan seorang staf pegang Sue dari jatuh pengsan. Mereka berdua mengangkat Sue supaya duduk atas kerusi yang berada kat situ. Kecoh sekejap bila keadaan Sue macam tu.

Daniel mengambil fon kat tangan Sue dan melihat fonnya masih dalam talian lagi. Terus Daniel keluar dari ofis dan sambung bercakap dengan kak Aini.

"Hello...maaf, saya Daniel kawan kepada Iskandar dan Sue. Saya cuma nak tahu sekarang jenazahnya ada kat mana?"

"Oh..Daniel yang selalu borak dengan ibu Is kan kat fac." Suara Kak Aini masih lagi serak tapi tidak menangis seperti tadi.

"Yaa..saya."

"Arwah masih kat hospital Klang. Kami akan siapkan dia kat sini. Mandi dan kafankan serta solatkan dia kat surau hospital ni. Kemudian baru bawa balik ke kampung dia kat Perlis."

"Pukul berape nak solat. Sebab kami kat sini  nak pergi ziarah dia."

"Nak solat lepas zuhur. Daniel, Sue macamana, akak dengar dia menjerit nama Is tadi. Dia ok ke?"

"Sue dalam situasi yang amat sedih sekarang. Tadi dia nyaris jatuh pengsan tapi kami sempat pegang dia. Nanti saya bawa dia g sana. Mungkin dia terkejut dengar berita ni."

"Akak tak tahu apa hubungan diorang tapi akak percaya diorang lebih dari kawan biasa kan."

"Nanti akak jumpa Sue jap g akak dengan sendiri akan tahu. Saya perlu settlekan kerja dan lepas tu baru gerak g sana. Terima kasih kak tolong inform pada kami. Arwah seorang yang sangat baik dan terbaik bagi saya. Kami betul-betul rasa kehilangan."

"Ye lah, akak tunggu kat sini. Sabar ya Daniel, akak dan keluarga pun turut kehilangan dia."

"Ya, saya faham kak. Nanti kim salam nga mak cik. Sekejap lagi saya sampai.

Selepas berucap salam, Daniel putuskan talian dan segera bagitahu Encik Wan tentang hajatnya untuk ziarah jenazah Is kat hospital. Fon dikembalikan pada Sue.

"Saya ingat nak g ziarah jenazah Is. Saya tanya kakak dia tadi, lpas zuhur nak solat. Semua siap kat hospital tu. Lepas solat diorang nak bawa balik kampung dia kat Perlis."

"Saya memang nak pergi juga. Sue macamana boleh pergi tak?"
Encik Wan bertanya Sue yang sudah okay sedikit tapi airmatanya masih lagi keluar.

"Saya nak pergi sendiri. Saya boleh drive."
Segera Sue bangun dari kerusi dan berjalan kearah mejanya untuk mengambil handbag dan kunci ketenya. Daniel yang mendengar tak mampu untuk bantah sebab dia tahu Sue seorang yang kuat semangat kalau demi Iskandar.

"Kalau macam tu kita gerak sekarang. Sue, awak follow belakang kereta saya dan yang len siapkan kerja dulu lepas tu baru gerak g sana. Jangan lupa kunci ofis selepas keluar. Jangan pula lupa untuk tren malam nanti, kan dapat komplen free je dari diorang kata takda makanan pula."

Encik Wan tinggalkan pesanan sebelum bergerak keluar tinggalkan ofis bersama Sue.

Daniel segera siapkan kerja setting barang untuknstaf manakala Zul pula cepat2 masak untuk stok makanan panas. Manakala yang len pun sama turut settlekan kerja. Staf untuk tren seterusnya pun dah ready. Lepas tolak barang-barang ke terminal, Daniel dan Zul terus gerak ke hospital dengan kereta Zul. Mereka yang lain pun turut ikut sama tapi guna kereta company.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience