MEMORI TERINDAH

Short Story Series 2206

Setelah hampir 3 bulan syarikat beroperasi di Kuala Lumpur, barulah pihak pengurusan boleh duduk bersandar dengan tenang. Ini kerana ketika mula-mula operasi dulu, tiada sekalipun telefon dalam ofis tak berdering. Setiap jam pasti akan berdering menerima masalah dan komplen dari dalam keretapi. Setiap hari pasti akan ada mesyuarat tergempar untuk menyelesaikan punca masalah yang terjadi. Selalunya Is lah yang jadi tempat rujukan setiap masalah tu. Sue hanya boleh bantu bila Is meminta pandangannya sahaja. Selebihnya dia tak boleh masuk campur sebab itu sememangnya termasuk dalam kontrak perlantikan Jadi Is memang banyak menanggung beban dan kadang Sue tempat dia meluahkan bebanannya itu.

 

Hari demi hari, hubungan mereka makin rapat. Selalu kuar makan berdua dan balik bersama naik lrt. Tapi Is akn turun lbih awl sebab hostelnya cuma kat Bangsar je dan Sue pula akn turun kemudian sebab rumahnya kat Kerinchi. Dulu masa keje kat Subang Jaya, Sue pandu kereta je sebab rumahnya agak jauh. Tapi bila duk kat KL ni rumahnya sudah dekat dengan tempat kerjanya. Jadi Sue berulang alik naik lrt jer la. Is duduk kt hostel y disediakan tapi dia pun lbih suka naik lrt juga. Cuma kadang-kadang bila dia balik rumahnya kat Klang, dia akn naik komuter dan kmudian dia akn pandu keretanya sendiri ke tempat keje. Pada masa dia bawa kete, dia akan bawa Sue pergi makan kat luar. Selalunya lepas balik kerja mereka akan keluar bersama. Saat tu la moment yang Sue tak boleh nak lupa. Keluar berdua dengan Is. Ada sekali tu, Is nak tengok wayang cerita mat saleh. Masa tu memang Sue tengah sibuk siapkan audit sebab orang dari HQ nak datang tgok report audit keluar masuk duit. Mana tahu kan ada 'duit tepi' plak. Sue tak sempat nak layan Is dan Is datang duduk kat tepi Sue. Dia seolah nak bagtahu sesuatu, tapi bila dia tengok Sue sibuk, jadi dia menulis sesuatu pada sehelai kertas A4 dan hulurkan pada Sue. Pada kertas tersebut tertulis la tujuan Is.

"Sue, jom tengok wayang. Ada cerita best. Is teringin nak tengok wayang dengan Sue."

Terus dia pas kertas tu pada Sue. Sue ambil kertas tu baca dan kemudian bertanya pada Is secara perlahan.

"Citer ape?"

Is ambil kertas tu dan tulis tajuk ceritanya.

"Indipendants Day"

Kemudian dia hulurkan kertas tu pada Sue dan lepas Sue membacanya Sue bertanya lagi. Mereka berdua tak perasan yang salah seorang staf dari HQ sedang perhati jer gelagat mereka.

 

Sue terpaksa menolak ajakan Is kerana dia terlalu sibuk sebab ada banyak lagi benda yang dia kena baiki terutama report pada akaunnya tu.

"Sue tak boleh nk kuar petang ni, banyak lagi keje tak siap. Diorang nak Sue siapkan hari ni juga. Is ajak Daniel boleh tak."

Gelagat mereka masih seperti tadi berbisik, menulis pada kertas. Lepas Is dapat jawapan dari Sue, Is pun minta diri untuk keluar. Sue tahu Is agak kecewa tapi Sue betul-betul tengah banyak kerja sekarang ni.

 

Selepas Is keluar dari pejabat, staf dari HQ yang melihat gelagat mereka tadi menegur Sue.

"You all berdua ni ada apa-apa ke. I tgok siap berbisik-bisik lagi. Macam couple je."

Sue dah rasa malu tapi dia hanya senyum je pada staf HQ tu. Mengiakan pun tidak, menggeleng pun tidak. Kemudian staf HQ tu bersuara lagi.

"Tak elok biarkan perasaan dia macam tu. I tgok dia betul-betul ikhlas dengan you."

Sekali lagi Sue senyum dan kali ni baru la Sue jawab.

"Wrong time dia datang. I kan tengah sibuk sekarang ni. Nanti-nantilah baru fikir. Sekarang tak sempat nak fikir lagi. Kalau la HQ dapat hantarkan seorang pembantu kan best. Kurang sikit beban kerja I ni. Tak dapat hantar carikan yang baru pun okey juga. Kat sini ramai staf operasi yang berkelayakan turun bawah."

"You nak pembantu ke, nape tak request dengan HQ je. I ni tak boleh nak bagi sebab bukan bidang kuasa I. Cuba You tanya HR dulu. Mana tahu dapat kan."

"You tolong la requestkan untuk I."

"Mana boleh, I bukan bos U. Bincang sama Encik Wan la."

"Nanti la I bincang dengan dia. Dia pun selalu sibuk sekarang ni. Selalu meeting dengan orang KTM."

 

Sementara Is pula sedang melayan perasaan kecewanya. Dia tahu Sue tengah sibuk tapi dia ajak juga. Dia pun terus teks Sue. Selepas teks Sue, dia berjalan kearah foodcourt untuk lunch sebab sekarang tengah louch hour. Sebab tu dia beria tadi nk ajak Sue g tengok wayang. Hari ni pula halfday je sebab hari sabtu.

"Sue, nanti bila Sue dah free, cakap dengan Is yer. Nak ajak Sue dinner. By the way, sorry pasal tadi. Salah masa pula ajak Sue. Nanti lainkali kita bolehkan tengok wayang sama-sama."

Ketika Sue sedang borak-borak dengan staf HQ tu, sms fonnya berbunyi. Sue terus membuka sms tersebut dan tertera nama Is pada nama pengirim. Selepas membaca sms dari Is, Sue terus membalas.

“Sue minta maaf pasal tadi, Sue betul-betul bz hari ni Is. Nanti bila Sue free, Sue akan sms Is ye. Tolong makan untuk Sue sekali. Sue tak dapat lunch hari ni. Banyak lagi tak siap ni. Kalau boleh Sue nk siapkan hari ni juga.”

Selepas membaca sms dari Sue, terus Is balas pula. Mereka duk berbalas sms pula.

“keje pun keje juga. Jangan pula sampai tak makan. Sue tu dah la ada gastrik.”

“ya..nanti Sue makan. Ada bekal roti ni sue beli tadi.”

“roti je. Nak makan pape tak. Is belikan.”

“tak apa. Sue makan roti je.”

“ok”

 

Kali ni Is betul-betul marah sebab Sue rela tak makan sebab nak siapkan keje. Dia hanya balas ok je untuk sms last tadi. Kemudian dapat sms dari Sue lagi.

“Is nak balik terus ke jap lagi atau nak masuk ofis dulu.”

Tapi Is tak balas pun sms dari Sue. Is sebenarnya pergi foodcourt hanya untuk hisap rokok je. Dia hanya memesan segelas minuman je. Seleranya tiba-tiba hilang sebab geram dengan Sue. Tapi sekejap jer geramnya. Lepas habis hisap rokok, terus Is ke KFC yang memang dekat area situ je. Dia pesan snape plate untuk dia dan Sue. Walaupun tengah geram, hati tetap sayang. Terus bawa balik ofis. Sampai di ofis, hanya Sue yang sedang buat keje. Staf HQ tadi pun mesti dah kuar pergi lunch juga. Terus Is bawa masuk ke tempat Sue. Terkejut Sue bila Is muncul dengan KFC kat tangan dia. Macam tak percaya dan tiba-tiba rasa sayu pula dengan sikap Is yang caring macam tu. Sue tak tahu nak cakap apa sememangnya dia tengah lapar sekarang ni.

“Jom makan dulu. Is tahu Sue tengah lapar kan. Is pun tak makan lagi ni.”  Dengan suara yang menahan geram pada Sue.

“Terima kasih Is. Nanti lepas Sue siap keje ni. Kita kuar tengok wayang ek.” Sue cuba memujuk dan sembunyikan rasa sayu tadi.

“Tak apa, Sue buat je la keje Sue tu, Is ok je. Lain kali pun tak pe.”

“Bunyi macam merajuk je. Sue janji.”

“Mana ada merajuk cuma geram je sebab Sue lebih pentingkan kerja dari Is.”

“Sorry, Sue terpaksa siapkan hari ni juga. Lagipun staf HQ tu kata nak tolong. Kesian juga kat dia duk ulang alik dari Subang Jaya ke sini.”

“Sue kesiankan dia je la. Is ni Sue tak kesian pun kan. Tak tanya pun makan ke tak tadi.”

“Is...tak sempat nak tanya sebab Is terus kuar. Merajuk la kononnya kan.”

“Dah tahu merajuk bukan nak pujuk pun.” Sambil buat muka sedih

“Is ni kelakar juga rupanya. Nah ayam.” Sambil buat muka senyum Sue hulurkan ayam untuk menyuap Is tanda nak pujuk.

Is senyum dan dekatkan mulutnya pada jari tangan Sue yang ada ayam. Selepas dapat makan bersuap dengan Sue, Is dah ceria kembali. mereka makan sambil ketawa. Sue rasa itu lah saat-saat terindah dia bersama Is walaupun hanya makan dipejabat.

 

Ada satu hari di bulan puasa, Is kena kerja sorang sebab kawan yang selalu jadi partner dia tu halfday. Jadi bila Sue dapat tahu hari tu yang Is shift sorang-sorang. Sue ambil keputusan untuk temankan Is tapi tanpa pengetahuan dari Is. Dia x mahu Is tahu dia nak temankan Is hari tu. Jadi dia cakap kat Is yang dia nak siapkan beberapa report yang Encik Wan nak urgent. Is memang tak syak pun bila Sue bagi alasan macam tu. Kalau Is tahu mesti Is tak bagi Sue temankan dia. Bukannya dia tak biasa kerja sorang-sorang pun sebelum ni. Sebenarnya Sue cuma ambil peluang untuk berbuka puasa sekali dengan Is. Bulan puasa ni tak sekali pun dia berbuka dengan Is. Is terlalu sibuk dengan extra event dan extra shift sampai malam.

 

Jadi petang tu, mereka berjanji untuk buka puasa sama-sama. Is pun macam happy sebab dapat buka puasa dengan kekasih hati walaupun tak pernah declaire apa-apa pun tentang hubungan diorang ni. Tapi masing-masing memang suka sama suka. Jadi hubungan tu dengan sendiri terjadi. Setelah hampir jam 6, Sue terus mengajak Is ke bazaar ramadan dekat area situ je. Sue teringin nak makan nasi kerabu katanya, Is pula nak makan nasi ayam. Mereka pun sama-sama berjalan ke bazaar. Sampai kat bazaar memang banyak pilihan tapi semua agak mahal dari harga biasa kat bazaar lain. Tak tahu apa yang istimewanya. Sue tengok sama jer lauknya. Tapi beli la juga sebab dah datangkan. Cari kuih puding caramel. Terkejut bila tanya harga sepotong tu cecah sampai rm5. Beli la juga sebab Is yang nak katanya dah lama tak makan. Air mereka beli satu je kongsi kata Is lagi tapi dia suruh Sue yang pilihkan. Jadi Sue pilih air mangga itu pun rm4 satu plastik tu.

"Memang sekali ni je Sue akan datang bazaar ni. Lain kali tak nak datang dah. Sangat dasyat harganya macam level restoran highclass pula." Sambil berjalan balik ofis Sue duk mengomel. Is kat sebelah mengiyakan jer.

"Is pun terkejut juga tadi. Lepas ni memang tak pergi dah kt situ."

"Selalu Is berbuka kat mana dengan Daniel tu."

"Kat foodcourt je. Malas nak kuar."

"Ada apa yang special tak kat foodcourt bulan puasa ni."

"Macam biasa je, tak de yang special pun. Nasi campur banyak."

"Tak pe lah, lain kali kalau dapat berbuka dengan Is lagi, kita pergi makan kat foodcourt je la."

"Ada lain kali tu." Is senyum bila Sue cakap macam tu.

"Untung hari ni dapat berbuka dengan Is. Kalau tak, tak tahu bila kita boleh berbuka sekali kan."

"Time Is cuti la kita buka sama-sama kat luar. Nanti Is cari tempat ya."

"Betul ni. Tapi dapat berbuka sekali macam hari ni pun dah ok sangat."

"Banyak lagi ke keje Sue kat ofis tu?"

"Ada lagi la tak siap. Tapi tak banyak dah." Sue cuba berdalih.

"Dah siap nanti terus balik tau. Tak payah tunggu Is. Is dah suh Daniel amikkan."

"Balik dengan Sue je lah. Hari ni Sue bawa kereta. Nanti Is bagitahu Daniel tak payah amik."

"Tak lewat ke nanti Sue nk balik pula. Dah bagitahu ibu ke belum Sue balik lewat ni."

"Dah tadi. Lewat sikit je. Tak pe."

"Ok. Nanti Is call Daniel."

 

Sampai di ofis terus Is ke bahagian kitchen untuk ambilkan mangkuk kecil untuk isi sup, pinggan dan juga cawan kosong. Dia lihat kt bahagian kitchen dah tersusun makanan yang dah siap packing untuk diagihkan pada staf ontrain nanti. Pekerja kitchen semua dah balik dah. Cuma tinggal dia dan Sue je la kat ofis sekarang. Sekejap lagi sampai la staf ontrain untuk shift malam. Lepas letak pinggan mangkuk tadi kat meja, Sue pula tolong letakkan nasi dalam pinggan dan sup  dalam mangkuk yang Is ambil xd. Is pula tolong isikan air dalam cawan sorang satu. "Puding tu dah elok dalam bekas polystrin je. Cuma buka plastik yang tutup atas tu je la." Pesan Sue pada Is.

"Ha..ah." Is pula mengiyakan.

 

Sementara tunggu azan kat radio di fon Sue yang hanya beberapa saat je lagi. Is terus tadah tangan bacakan doa makan diikuti oleh Sue. Selesai doa, azan pun berkemundang. Mereka terus menjamu selera tapi masa tengah makan tu Sue duk bunyi lagi tak puas ati.

"Orang nak berniaga, dia nak berniaga. Macam ni la manusia bukan nak berniaga sangat pun, cuma nak cari untung je."

"Kenapa Sue, ada tak kena ke."

"Entah la, semua tak kena. Tak rasa macam makan nasi kerabu pun. Tak rasa kat tekak pun. Rasa macam nasi biasa dengan daun je. Ini yang buat orang tak puas hati kan. Tahu nak untung je ni."

"Tak baik mengeluh macam tu. Itukan rezeki kita. Seeloknya kita bersyukur dengan rezeki hari ni dan kalau boleh sedekahkan je duit yang kita beli makanan kat tuan kedai tu. Pahala pun dapat dari kita dapat dosa duk mengata dia kan." Sue tersenyum bila Is cakap macam tu. Memang ada betulnya apa yang Is cakapkan tu.

"Ye lah ustaz Is. Terima kasih tolong ingatkan Sue. Ya allah ampunkan hambamu ini yang lupa untuk bersyukur dengan rezeki hari ni. Alhamdulillah dengan rezeki ku ini." Cepat-cepat Sue doa minta ampun kerana tahu sudah terleka.

Is yang mndengar Sue cakap macam tu tergelak juga akhirnya sebab di gelar Ustaz Is.

"Sue ni boleh ya macam tu."

Selepas habis makan nasi, Is pun ambil sudu untuk jamah puding caramel pula. Setelah dia makan sesudu dia pun sedok lg sesudu kemudian dia ckap kat Sue sambil buat muka pelik.

"Cuba rasa." Sambil di suakan sudu tu ke arah mulut Sue gaya ingin menyuap.

Sue terus makan puding yang disuap Is dan kemudian baru dia tanya.

"Kenapa. Tak sedap ke?"

"Tak lah. Saja nak suap Sue." Kemudian Is senyum pada Sue.

Sue tersenyum malu bila Is cakap macam tu dan Is masih senyum padanya. Lalu dia mengalihkan pandangannya kearah lain. Kemudian, Sue mngambil sudu kat tangan Is dan ambil sesudu puding tu kononnya nak suap Is balik la tapi sebenarnya Sue hanya tipu-tipu je bila Is dah buka mulut, lalu dia suap ke mulutnya sendiri. Kali ni Is pula terkena. Masing-masing ketawa.

"Oo kenakan Is balik ya. Pandai tipu ek." Tapi dengan cepat Is pegang tangan Sue dan sedok puding tu terus dia suakan ke mulutnya konon macam Sue la yang suap dia. Masing-masing senyum dan ketawa. Mata saling berpandangan dan tersenyum. Saat yang bahagia dirasakan. Tapi cepat-cepat Sue sedar yang mereka hanya berdua je.

Dia tak nak main mata dengan Is takut lain pula yang jadi. Sue terus bangun dan kemas pinggan yang kotor untuk dicuci kat kitchen. Is pun cepat-cepat bangun bila lihat Sue bangun dan berjalan didepan Sue sambil bibirnya masih lagi mengukir senyum teringat kejadian sebentar tadi. Bukan selalu mereka macam tu dan peluang untuk ketawa macam tu jarang-jarang sebab masing-masing sibuk dengan kerja dan kalau boleh tak mahu staf lain perasan hubungan mereka. Walaupun begitu kebanyakkan staf dah tahu hubungan mereka sangat rapat. Kalau berbunyi pun mereka berdua kadang-kadang buat tak tahu je dengan gosip tu. Tak nak nanti mengganggu kerja masing-masing. Biar lah dengan cara mereka sndiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience