BAB 3

Drama Completed 509

KARNAINA melemparkan senyuman bila melihat kereta Alex memasuki kawasan
asramanya. Seperti biasa Alex akan datang mengambilnya selepas habis
berlatih. Kadang- kadang dia juga mengikut Alex bermain bola keranjang.
Tetapi jarang kerana selalunya Alex akan berlatih bersama kawan-
kawannya. Dia juga segan bila kebanyakan kawan- kawan Alex adalah lelaki.

“Lambat sampai?”

Alex tersenyum. Dia penat sebenarnya. Tetapi janji tetap janji. Risau
melihat muncung Karnaina bila permintaan ditolak.

“Bawa tak barang yang Ain nak tu?” soal Karnaina terus bila masuk ke dalam
kereta.

“Barang apa?” berkerut dahi Alex .

“Ala…. Ain nak nota yang Alex pinjam dulu. Lupa ke? Ain nak buat
assignment. Tadi kan Ain dah SMS Alex ,” jawabnya. Dia tahu Alex pasti
tidak membawa buku nota tersebut bila melihat kerutan pada dahi Alex .

“Sorry sayang. Alex tak perasan SMS tu. Alex tinggal telefon dalam bilik
masa pergi training tadi. Lagipun Alex tengah charge telefon tu,”
balasnya. Dia tersenyum panjang.

“Tak apalah. Esok jangan lupa bawa.”

Alex mengangguk laju.

“Promise!” tangan kanan diangkat tinggi seperti mengangkat sumpah.

Karnaina tersenyum.

“Minggu depan… Alex balik kampung.”

“Balik kampung?”

Alex mengangguk.

“Kenapa?”

“Saja. Lama dah tak balik kampung.”

Karnaina mengeluh.

“Minggu lepas pergi KL. Minggu ni balik kampung. Selalu sangat pergi
jauh,” panjang muncung Karnaina .

“Biasalah… Lagipun Alex kan dah lama tak balik kampung.”

Segera Alex menguatkan suara pada radio. Dia tidak mahu topik perbualan
tadi dipanjangkan. Dia sendiri rasa berdosa dengan perbuatannya.

KARNAINA melepaskan keluhan. Pelik. Geram dengan sikap sambil lewa
Alex . Susah sungguh hendak dihubungi. Entah apa yang dilakukan lelaki
itu. Sibuk mengalahkan Perdana Menteri. Kenapa susah sangat telefon
hendak diangkat. Berjam dia cuba mendail nombor yang sama. Berpuluh SMS
dihantar. Satu pun tidak dibalas. Semakin lama, dia boleh gila dengan
sikap Alex ini.

ALEX tersenyum sahaja. Sesekali dia menggaru kepala yang tak gatal.
Runsing bila merasakan getaran dari poket seluar yang tidak berhenti
bergetar. Risau jika Samrah sedar akan getaran tersebut. Samrah ketawa
sahaja dengan aksi comel Chipmunk.

“Samrah … Alex pergi toilet jap. Sejuk sangat panggung,” ucapnya.

Samrah hanya mengangguk.

Sayang. Sorry. Alex tolong mak kat dapur.
Skrg nak bw adik pergi kedai buku. Nnti mlm Alex called.

Tangan dibasuh. Muka dibasuh. Dia menunggu balasan SMS dari Karnaina .
Tetapi hampir sepuluh minit menunggu, langsung tiada tanda- tanda Karnaina
akan membalasnya. Dia mengeluh. Dia tahu Karnaina merajuk. Susah sungguh.

“Nombor baru ke?” soal Borhan perlahan bila melihat Alex yang bermain
dengan telefonnya.

Alex mengangguk.

“Satu ni khas untuk Samrah ,” ucapnya.

Borhan mengeluh. Dia terbayang pula wajah Karnaina . Kesian.

“Kenapa tiba- tiba ada nombor khas? Kantoi ke?”

Alex mengangguk.

“Hampir kantoi. Lagipun setiap kali aku bergayut dengan Samrah . Tiba- tiba
Ain called. Selalu sangat called waiting. Ain dah syak sesuatu,”
balasnya.

Borhan mengangguk sahaja. Memang patut Karnaina mengesyaki sesuatu.

“Eh, kau ada nombor Titi tak?”

“Titi ?” berkerut dahi Borhan . Titi merupakan kawan baik kekasihnya,
Naurah . Baru minggu lepas Titi datang melawat Naurah . Jadi mereka keluar
bersama. Titi memang comel ditambah pula gadis itu mudah mesra dengan
semua orang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience