BAB 2

Drama Completed 509

“Kau nak tunggu apa lagi ni Alex ? Kau tu semua dah ada sekarang. Kereta.
Rumah. Kerja pun bagus. Badan sihat. Segala pakej kau ni… memang dah
patut masuk meminang anak orang. Kau nak tunggu siapa lagi?”

Alex mengeluh sebelum tersenyum sahaja. Dia sendiri tidak pasti.
Beberapa kali ibu bapanya menawarkan diri untuk mencari jodoh. Tetapi
entah kenapa, hatinya tertutup. Dia langsung tidak berminat. Mungkin ini
pembalasan yang diterimanya kini. Dulu dia terlalu alpa dengan dunia.
Dia lupa dia masih punya masa depan yang perlu dilalui.

“Sudahlah kenang masa lalu tu Alex . Kau tu dah 34 tahun. Sama baya dengan
aku. Aku pun dah ada anak dua orang. Bakal tiga orang. Kau patutnya
sudah bahagia macam aku sekarang,” nasihat Borhan lagi. Sebenarnya dia
kasihan dengan nasib menimpa sahabat baiknya. Berpuluh nasihat diberi,
tapi hati Alex seakan tertutup.

“Diaorang semua pun dah kahwin. Kau tu Alex …. terima sahajalah jodoh mak
dan ayah kau tu,” pujuk Naurah pula.

Alex melepas pandang pada Safiya dan Izuan . Dia mengeluh. Dia juga
teringin punya anak secomel mereka berdua. Terbayang pula mereka. Dia
mengeluh. Beribu perasaan bermain di dalam hati.

SAMRAH tersenyum lebar menerima SMS daripada kekasih hati. Mereka
berkenalan sejak sekolah lagi. Kemudian mereka mendapat tawaran belajar
di kedua tempat yang berbeza. Walaupun sedih, tetapi dia tahu Alex
setia. Alex tidak pernah lupa padanya walaupun hanya satu sahaja SMS
diberi.

“Sengih… bahagialah tu,” sengaja Farhani menyakat teman sebiliknya.

Samrah tarik sengih.

“Semalam merajuk. Bising- bising sebab Alex senyap membisu. Bila dapat
called, sengih lebar semacam. Macam aku tak kenal kau,” sambung Farhani.

Samrah hanya tersenyum. Resah hatinya kembali hilang bila Alex
memberitahu yang dia sibuk dengan jadual hariannya sebagai kapten bola
keranjang. Terpaksa berlatih tiap petang kerana perlawanan semakin
dekat. Dia kena faham kerana dia juga pelajar seperti Alex .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience