ALEX XULKARNAIN tersenyum melihat telatah Izuan Khalish yang laju
berlari cuba mengejar bola yang baru disepaknya tadi. Dia kembali duduk.
Izuan kembali bermain bersama kakaknya yang terjerit- jerit meminta bola
disepak kepadanya. Dia tersenyum lagi. Safiya Airis sudah berusia tujuh
tahun. Izuan pula bakal berusia dua tahun. Kedua- dua mereka sama comel
dan saling tidak tumpah seperti ayah mereka, Borhan .
“Kau bila lagi?” soal Borhan bila melihat kawan baiknya jauh termenung
memerhatikan telatah anak- anaknya.
“Bila apa?”
“La…. Sampai bila kau nak membujang ni?”
Alex tarik sengih. Soalan sama yang turut dilontarkan oleh kedua ibu
bapanya. Hanya dia yang masih tidak berkahwin. Kesemua adik beradiknya
sudah bahagia dengan keluarga masing- masing. Bila tiba hari raya, hanya
dia sahaja pulang berseorangan. Kalau dulu sebelum Borhan berkahwin, dia
punya juga kawan untuk diajak melepak. Tapi kini hampir kesemua kawan-
kawannya sudah bahagia.
“Alex tu nak tunggu puteri bunian,” sampuk Naurah yang muncul sambil
menatang dulang. Borhan pantas berdiri bila nampak kelibat isterinya.
Risau sebenarnya. Naurah kini sudah sarat. Bila- bila masa sahaja akan
meletup.
“Puteri bunian pun tak nak saya Naurah . Agaknya bila tengok kelibat saya,
lari lintang pukang,” terus Alex tergelak dengan lawaknya sendiri.
Naurah tersenyum dan duduk di sisi suaminya selepas mengatur cawan di
hadapan kedua- dua mereka. Alex juga sahabatnya. Mereka belajar di
universiti yang sama. Pahit manis diharungi bersama. Panjang juga
jodohnya dengan suaminya.
Share this novel