"PAK CIK Alex , jom main,” ajak Izuan . Pelat sekali Izuan bila bercakap.
Alex tersentak sebelum dia cepat sahaja melemparkan senyuman pada Izuan .
Segera dia mengangkat Izuan dan diletakkan di atas pangkuannya. Pipi
tembam Izuan dicium beberapa kali.
“Jom ikut pak cik Alex balik rumah nak?
Pantas Izuan mengangguk. Alex hanya ketawa. Safiya juga sudah melabuh
punggung di sisinya. Dia memang sukakan kanak- kanak. Sebab itu Safiya
dan Izuan mudah sahaja rapat dengannya.
“Nanti bila besar, Izuan jangan jadiplayboy. Nanti ALLAH marah. Berdosa
besar tau mempermainkan perasaan perempuan ni.”
Berkerut dahi Izuan . Borhan dan Naurah hanya menggeleng kepala. Mereka
faham, Alex menyesal dengan segala perbuatannya. Dulu Alex cuba untuk
mengejar semuanya. Semuanya mahu disimpan di dalam poket. Tapi akhirnya
tanpa sedar poket itu koyak. Habis semuanya hilang tanpa disedari.
“Saya sayang awak. Tapi saya tak sangka awak curang. Awak penipu. Awak
penipu. Awak penipu. Awak penipu saya hidup- hidup. Saya doakan ALLAH
balas segala perbuatan jahat awak tu!” jerit Samrah bila mereka berjumpa
selepas Samrah menjumpai gambar dia Karnaina di dalam Fac. Dia
sendiri pelik bagaimana Samrah menjumpai gambar itu sedangkan dia sudah
private segala yang boleh dilihat di dalam Fac termasuklah wall dan
gambarnya yang ditag. Dia juga selalu menyuruh Karnaina supaya tidak
memuat turun gambar mereka berdua di dalam Fac. Kononnya dia tidak
suka hal peribadi mereka menjadi tatapan umum.
Bye
SMS terakhir dari Karnaina bila Samrah pula menghantar segala gambar-
gambar dia dan Samrah kepada Karnaina melalui email. Sekejap sahaja
semuanya terbongkar. Tapi waktu itu dia sedang bahagia. Titi sudah
muncul dalam hidupnya. Sekurang- kurangnya bila Samrah dan Karnaina pergi,
Titi masih mampu membahagiakannya.
Share this novel