Di Banglo Lama
Howon masuk dalam banglo itu, matanya giat mencari kelibat Eunji yang belum ditemui.
"Mana kalung tu??"tanya Suho secara mengejut.
"Suho.Apa yang kau dah buat ni??, kau buatlah macam mana sekalipun aku tak akan bagi kalung kepada kau"
"Ohh, macam tuu.Jadi kau memang tak nak bagi dekat akulah kalung tuu??"
"Sampai bila pun aku takkan bagi dekat kau"
"Haiihhh, kau dah fikir habis ke Hoya??, tak menyesal??"
"Buat apa aku nak menyesal"
Suho mengaru keningnya menggunakan jari telunjuk, cuba menyusun kata-kata.
"Macam nilah....aku tak mahu panjangkan cerita....Kita lawan.Kalau aku menang, kalung tu milik aku"
"Kalau kau kalah???"
"Kalau aku kalah??, kalau aku kalah.....kalung dan yeoja tu kau boleh ambil bawa balik.Aku tak kacau.Tapi aku tahu aku takkan kalah"
"Riak sungguh kau kan??"Suho menganggat Kedua-dua tangannya.
"Aku bagi kau serang dulu"kata Suho.Howon tanpa teragak-agak menumbuk wajah Suho, tetapi Suho sempat mengelak dan menumbuk perut Howon.
Howon memegang perutnya yang sakit, dia sempat mengerling Suho yang tersenyum sinis.Howon menyerang lagi, kali ini serangan dilakukan secara bertubi-tubi.Tapi sayang semua serangannya dapat dipatahkan oleh Suho.Howon dapat merasakan kuasa permata Yellowstone milik Mark mengalir dalam badan Suho. Satu tumbukan padu dihadiahkan Suho pada perut Howon, Howon mengelupur kesakitan.
"Setakat tu je yang kau boleh bagi.Taklah kuat sangat kuasa yang appa kasi dekat kau...... Turn aku pulak"Kata Suho lalu terus membelasah Howon tanpa belas kasihan.
**Dalam masa yang sama**
Jin berjalan perlahan memasuki bilik dimana Eunji disorokkan.Langkah yang diatur sangat berhati-hati.Jin melihat keadaan Eunji terikat tangan dan kakinya, mulutnya ditutup, rasa simpati mula bersarang di hatinya.
Lalu dia dengan berhati-hati mendekati Eunji.Jin mengejutkan Eunji dengan perlahan-lahan.Sebaik sahaja Eunji membuka matanya dia berasa gembira melihat Oppanya dihadapan.Jin menunjukkan isyarat tolong senyap kepada Eunji.
Dengan pantas Jin meleraikan ikatan di tangan dan kaki Eunji.
"Eunji, gweanjanha....jom kita kena lari cepat dari sini"
"Oppa, kita kena tolong Howon.Suho nak bunuh Howon"
"Buat apa kita nak tolong dia.Eunji kamu tahu tak diaorang yang bunuh parents kita??"tanya Jin.Eunji mengangguk.
"Habis tu??"
"Oppa, Howon tak jahat.Yang jahatnya adik dia, Suho.Dia tipu Howon, sebab tulah Howon bunuh parents kita.Howon tak bersalah"
"Apa yang kamu cakap ni Eunji??"
"Howon tak bersalah.Eunji nak pergi tolong dia"kata Eunji lalu dia bangun mahu meninggalkan Oppanya.Jin cuba memanggil Eunji, tetapi Eunji tidak mengesahkannya.
Eunji terus berlari mencari Howon.
Berbalik kepada Howon dan Suho
Pergaduhan terus berlaku antara mereka, Howon sudah terseret jauh selepas terkena tentangan Suho itu.Howon merasakan darah keluar dari mulutnya.
Howon mengelap darah itu, dia cuba berdiri sambil memegang dadanya terasa amat sakit tapi gagal.Dia tidak menyangka Suho boleh berubah menjadi sekuat ini.
"Haihhhhh...baru kena sikit dah menggelupur.Kata hebat sangat"kata Suho sambil berjalan perlahan kearah Howon.
"Kenapa kau bunuh dia??"kata Howon setelah berjaya berdiri.
"Siapa???, Mark??....Hoyaaa, kau tahu aku jenis macam mana??, aku tak boleh kalau orang tak bagi apa yang aku nak.Lebih-lebih lagi kalau aku minta cara baik...Mark tu pun satu, dia pun tahu aku macam mana.Aku dah pujuk dia cara baik, tapi dia tak nak kasi.Jadi apalagi, susah-susah sangat aku bunuh jelahh dia senang, semua aku dapat"
"Sanggup kau buat macam tu.Mana pergi nilai keperimanusiaan dalam diri kau!!!???"kata Howon dengan perasaan marah.
"Benda tu tak pentinglaa.Yang penting sekarang ni kau kena mati sebab aku dah lama berdendam dengan kau tahu tak"lalu Suho mengambil pedang samurai yang berdekatan dengannya dan menyerang Howon.
Tetapi perbuatannya itu sempat dihalang Eunji.
"Jangan kau berani nak sentuh dia"jerit Eunji sambil memegang pedang samurai yang dipengang Suho.Suho terkejut dengan tindakan Eunji, begitu juga Howon dan Eunji sendiri, lalu Eunji menolak Suho jatuh dari tangga.
Eunji melihat tangannya dengan mata yang terbeliak,dia bagaikan tidak percaya apa yang telah dia lakukan tadi.Eunji membantu Howon untuk berdiri.
"Howon, gweanjanha??"tanya Eunji dengan cemas, Howon membalasnya dengan anggukan.Lalu mereka keluar dari banglo itu.Semasa mereka ingin keluar, badan Eunji telah ditarik oleh Suho dengan kasar.
Suho merangkul erat leher Eunji dengan erat.Eunji terkejut apabila Suho berbuat demikian.
"Hoyaaa...!!bagi aku kalung tu.Kalau tak aku bunuh dia nii"
"Howon!!!...jangan bagi"
"Kau diam!!!... Hoyaaa, kau nak bagi ke tak kalung tu!!Aku kira sampai 10, kalau kau tak bagi kalung...aku bunuh minah niii....10 9.."Suho terus mengira detik.
Howon berada dalam dilemma, dia merenung kalung di tangannya.Di fikirannya hanya satu ingin menyelamatkan Eunji, tapi jika dia berikan kalung ni banyak lagi nyawa akan terkorban.
"3..2..."
"Okkk......ok.aku bagi"Howon dengan perasaan teragak-agak membaling kalung itu kepada Suho.
Suho ketawa sinis apabila mendapat kalung itu, Eunji dilepaskan daripada rangkulannya, dengan pantas Eunji berlari kearah Howon.
"Eunji, awak dengar ni.Saya akan pergi dapatkan balik kalung tu, dapat je kalung tu saya baling dekat awak, cepat-cepat awak tembak dia guna kalung tuu.Arasso??"
"Tapi Howon, awak macam mana??"
"Saya ok, awak jangan risau"
"Tapi Howon..."
Belum sempat Eunji menghabiskan ayatnya Howon telah memotongnya terlebih dahulu.
"Mari"lalu Howon berlari dengan pantas kearah Suho dan merampas kalung itu daripada-nya, lalu Howon melemparkan kalung itu kepada Eunji.Eunji menangkap kalung itu.
Suho mahu mendapatkan kalung itu daripada Eunji tetapi Howon sempat menghalangnya.
"Cepat Eunji!!!"teriak Howon sambil memeluk kuat Suho daripada belakang.
Eunji gelabah, dia tidak tau apa yang harus dilakukan.Kalung yang berada ditangannya digenggam erat.
"Eunji...cepat!!!"teriak Howon sekali lagi.
Eunji tersentak dengan teriakan Howon, lalu dia memegang permata itu dengan kedua-dua belah tangannya sambil menghalakan permata itu kepada Suho.Satu sinaran keluar dari permata itu dan menembak Suho.
Suho rebah ke lantai sebaik sahaja dia terkena sinaran daripada permata itu.Howon berjalan kearah Eunji dengan lemah sambil tersenyum.Eunji berlari dan terus memeluk Howon.
"Howon...nasib baik awak selamat.Awak tak apa-apa??kata Eunji.Howon mengangguk sambil tersenyum.
"Howon betulkah awak tak apa??, pucat je muka awak??"suara Eunji mula bertukar risau apabila melihat keadaan Howon seperti orang yang tidak bermaya.
"Saya okeyy...awak janganlah risau"sebaik sahaja Howon berkata begitu, dia batuk dengan sehingga terkeluar darah daripada mulutnya.Badan Howon tiba-tiba menjadi lemah dan dia tidak mampu berdiri.Howon rebah di pangkuan Eunji.Pada masa itu juga, Jin dan Ahjumma Dara masuk ke dalam banglo lama itu.
Melihat keadaan itu, Eunji mula bertukar cemas, dia ketakutan dan menangis.
"Howon weayoo???.... janganlah buat saya macam ni??" tanya Eunji dengan risau, air mata sudah mula mengalir di wajah Eunji.
"Eunji...dengar apa yang saya nak cakap ni...janji dengan saya yang awak akan jaga kalung sebaik yang mungkin.Janji, jangan sampai kalung ni jatuh ke tangan orang lain.Janji dengan saya lagi awak tak akan sedih macam dulu lagi.Saya cintakan awak"
"Saya pon cintakan awak juga Howon, tapi tolonglah jangan cakap macam ni"pujuk Eunji sambil menangis.
"Howon, kita pergi hospital"kata ahjumma Dara.
"Tak payahlah... lagipun masa saya dah tak lama"balas Howon.
"Howon tolonglah jangan cakap macam nii...."
"Jin, Eunji, Ahjumma..saya nak minta maaf dekat awak sebab saya dah banyak buat salah dengan keluarga korang.Saya tahu susah awak berdua nak maafkan saya, tapi saya harap sangat awak berdua dapat maafkan saya dan Suho.Tak ada benda lain yang saya boleh buat melainkan merayu pada korang.Jin..maafkan aku...."Howon tidak sempat menghabiskan ayatnya, badannya terlalu lemah, dengan perlahan mata Howon tertutup rapat, tiada lagi nafas yang dihembuskan Howon.
Eunji cuba mengjutkan Howon tetapi dia jawaban daripadanya.
"Howon....Howon.... Howon tolonglah jangan buat saya macam ni.... Howon....Howon bangunlah...Oppa, tolonglah"teriak Eunji separuh histeria.Eunji menangis teresak-esak.Jin cuba menenangkan Eunji.
2 tahun kemudian
Di Taman Reaksi
Eunji merenung suasana di sekitar taman, dia terpandang akan satu pasangan kekasih.Kelihatan si yeoja sedang memarahi si namja.
Eunji teringatkan peristiwa dimana dia memarahi Howon kerana dia terlupa akan temujanji mereka.Eunji tersenyum seorang diri.Tiba- tiba telefon bimbitnya berdering menandakan mesej masuk.
Awak buat apa tu senyum sensorang-Myluv
Eunji tersenyum, tiba-tiba dia merasakan seperti seseorang telah menutup matanya.
"Siapa ni??"tanya Eunji sambil sambil memegang tangan yang menutup matanya.
"Cuba teka"
"Ahjumma??"
"Bukan"
"Jin oppa??"
"salah, teka lagi"
"Mollayo, siapa ni??"
"tekalah lagi"
"Mollayo"
Lalu orang itu melepaskan tangannya dari mana Eunji.
"Howon ahh, ingat siapa tadi"
Flashback
Eunji terus menangis di sini mayat Howon, puas Jin dan Ahjumma Dara cuba menenangkannya tapi gagal.Tiba-tiba ada satu cahaya keluar dari kalung milik Eunji.Cahaya itu berkata, Howon boleh dihidupkan semula, dengan cara menyatukan kedua-dua permata itu di bawah sinaran bulan yang sedang mengambang penuh dan letakkan kedua-dua permata itu dia hati Howon.Tapi, apabila Howon dihidupkan semula, dia akan menjadi manusia sepenuhnya dan bukan lagi seekor putera Warewolf.
Cahaya itu berkata lagi, orang yang meletakkan permata itu mestilah orang yang amat menyayangi Howon kemudian cahaya itu kembali ke kalung Eunji.
Eunji tanpa berlengah, segera mencari permata yang kedua.Sebaik sahaja menjumpainya, Eunji terus buat seperti apa yang diarahkan oleh cahaya itu tadi.Setelah menunggu beberapa saat Howon sedar, Eunji terus memeluk Howon dengan sepuas puasnya, air mata kegembiraan mengalir di pipi mulus Eunji.
End of Flashback.
"Haihhhhh, takkanlah Namjachingu sendiri pun tak ingat"
"Tak adalah.Awak pergi mana tadi??"tanya Eunji.
"Hmmm, saya pergi mana tadi erkk.Tak ingatlah"
"Hishhh, janganlah main-main"
"Saya pergi beli barang tadi"
"Barang apa??"
"Tu dekat belakang awak".Eunji menoleh ke belakang namun tiada apa-apa.Apabila dia menoleh kehadapan kembali, dia melihat Howon sedang melutut dihadapannya.
"Na Eunji, sudi tak awak....haishh mianhei sebenarnya saya terketar-ketar ni."Eunji sedikit ketawa melihat gelagat Howon.
Howon menarik nafas panjang.
"Na Eunji, sejak pertama kali saya jumpa awak, saya dah jatuh cinta pandang pertama kepada awak.Saya tahu saya dah buat satu kesalahan yang besar pada awal dan keluarga awak dan saya rasa menyesal sangat.Terima kasih sebab awak sudi dan sanggup maafkan saya.Awaklah cinta pertama dan terakhir saya.....Na Eunji, sudikah awak menjadi sebahagian daripada hidup saya??"uncap Howon dengan penuh romantis.
Eunji terasa terharu dengan sikap Howon.Eunji membalas pertanyaan Howon itu dengan satu anggukan lembut.Melihat anggukan Eunji itu, Howon tersenyum dan terus menyarungkan cincin ke jari manis Eunji.Peristiwa itu disaksikan oleh rakan-rakan Howon, ahjumma dara, Jin dan Beakhyun.
"Eunji dah setel, kamu bila lagi Seokjin??"tanya Ahjumma Dara.
"Hishhh, kenapa ahjumma cakap macam tu??"Jin malu.
"Elehh, malu-malu pulak.Kalau susah-susah sangat kau ambik je si Yoona.Dia pun sukakan kau, apa salahnya"usik Beakhyun.
"Oooohh, Yoona ke??"
"Ehhh mana ada ahjumma.Percaya sangatlah cakap dia"
"Apa pulak.Memang betulkan??"Jin tersenyum sambil mencubit belakang Beakhyun.
"Sakitlah, macam perempuanlah kau ni main cubit-cubit pulak"
"Kau memang nak kena dengan akukan"marah Jin kepada Beakhyun.
"Sudahlah kamu berdua ni dekat sini pun nak gaduh"marah ahjumma dara.
Dalam masa yang sama rakan-rakan Howon turut berada di situ
"Alaaa.. untunglah Howon Hyung dapat kawin dengan orang yang dia suka.Dahla cantik, pandai nyanyi pulak tu"kata Sungjong sambil memerhatikan Howon dan Eunji yang sedang berbual mesra.
"Tak adalah.Kita namja kena berani, jangan takut"kata Howon kepada rakan-rakannya.
"Tulah kan, aku dengan Irene tu tak tahulah bila lagi"celah L
"Elehh..kau dengan Irene tu kalau nak diikutkan bila-bila masa je kau boleh lamar dia.Kau tuje yang penakut"balas Woohyun.
"Betul tu.Heii kau jangan tunggu lama-lama, kang nanti ada pulak orang kebas, menangis kau nanti"Celah Sungyeol pula.
"Entah..Irene tu dahlah cun melecun kang terlepas macam tu jer.Kau nak??"kata Sunggyu.
"Janganlah macam tuu"-L
"Tahu takut, dah tu lamarlah dia"celah Dongwoo.
"Aku bukan tak berani..tapi.."
"Tapi apa...kalau kau tak nak, aku nak.Bukan senang nak dapat awek cun melecun macam Irene tuu..betul tak"kata Sungyeol semua mengiyakan katanya.
"Sungyeol ahh, habis tu ShinB kau nak baling mana??"celah Howon.
"Tak salahkan pasang 2.Satu merajuk pergi satu lagi.Kalau dua-dua merajuk cari satu lagi, apa susah"kata Sungyeol sambil membuatkan mereka semua ketawa.
"Amboi sukahati kaukan nak pasang dengan yeojachinggu akuu"kata L.
"Korang Jomlah kita tangkap gambar buat kenang-kenangan...Awak jom"ajak Eunji sambil tersenyum manis.
-Sesi fotografi-
*************
"Inilah penamat segala dalam semua kisah pahit dalam cerita ni.Aku happy sebab dapat tengok dia senyum, happy sebab semua orang yang ada dekat sekeliling aku gembira.Aku tak pernah rasa gembira macam ni sebelum ni, maybe aku ni nampak macam happy go lucky, tapi ini kali pertama aku dapat hidup dengan orang yang aku sayang.Banyak benda aku lalui dalam hidup ni, semua dah mematangkan aku.Walaupun pada mulanya perit untuk aku terima, aku terpaksa bunuh adik kandung aku sendiri tapi siapa sangka dibalik rasa kehilangan, aku dapat sesuatu yang tak pernah aku dapat iaitu kebahagiaan yang abadi"-Howon.
"Awak tulis apa tuu"tanya Eunji sambil memeluk Howon daripada belakang.
"Tak ada apa....Eunji, terima kasih sebab awak sudi maafkan saya dan Suho.Saranghea"uncap Howon dengan penuh romantis.
Eunji tersenyum manis, tangan Howon dipegang lembut.
"Sarangheyo, my warewolf love"Howon tersenyum lalu memeluk Eunji.Mereka memerhatikan suasana matahari terbenam di sungai han.Satu ciuman mulut diberikan Howon kepada Eunji sebagai tanda dia mencintai Eunji.
?TAMAT?
Share this novel