Di Bilik Eunji
Kelihatan semua barang di bilik Eunji berantakan, bantal yang sepatutnya terletak kemas diatas katil dibaling oleh Eunji.Dia sedang tekun mencari sesesuatu di biliknya, sehinggakan dia tidak sedar ahjumma dara telah memasuki biliknya.
"Eunji apa dah jadi dengan bilik kamu, dah macam kena landa ribut taufan ni kenapa??"pertanyaan ahjumma Dara tidak diendahkan oleh Eunji, dia sedang leka mencari.
"kamu cari apa tu??"masih tidak dijawab.Ahjumma Dara hanya memerhatikan Eunji yang sedang giat mencari.Setelah beberapa minit, mencari akhirnya dia mengalah.
"apa yang kamu cari dari tadi ??"
"Rantai leher yang eomma kasi tu hilang"
"Hilang?? macam mana boleh hilang"Reaksi wajah ahjumma dara muka berubah cemas.Eunji mendiamkan diri, dia menundukkan kepalanya lalu menangis.
"Janganlah nangis, kamu dah cari betul-betul dah ke??".Eunji mengangguk.Rantai itulah satu-satunya peningglan eommanya kepada Eunji.Rantai yang dikalungkan di leher Eunji sejak dia masih kecil itu, memang menyimpan banyak kenangan, dan kini rantai itu telah hilang.Ahjumma Dara cuba menenangkan Eunji.
*************
Di Bilik Howon
Howon membelek rantai yang dijumpai semasa menyelamatkan Eunji tadi.Rantai yang bertatahkan permata merah itu diperhatikan Howon.
"Cantik jugak rantai nii.Macam aku pernah tengok tapi dekat mana??".Sedang dia leka membelek rantai itu, tiba-tiba sesuatu telah mengejutkannya lalu dia bangun untuk melihat, tapi tiada apa-apa.Dia merasa hairan.
"Maybe burung kut, tapi ada ke burung yang terbang malam-malam ni??"lalu dia masuk semula ke dalam biliknya.Dia hairan sejak kebelakangan ini, banyak perkara pelik terjadi kepadanya, seperti ada sesuatu yang tidak kena, tapi...kenapa???
***********
Beberapa hari kemudian di taman
Eunji sedang memanaskan badannya di taman rekreasi berdekatan dengan rumahnya.Kalau mahu dikutkan, selalunya waktu begini dia sudah berada di taman rumahnya, sambil mengenangkan nasib yang menimpanya.Tapi disebabkan, ahjumma dara mendesaknya agar keluar bercampur dengan dunia luar, dia akur.
Sebaik sahaja habis panaskan badan, Eunji terus memulakan joggingnya.Dalam masa yang sama, Howon dan rakan-rakannya sedang bermain bola keranjang situ.
"Howon ahhh..pass bola tu kepada aku cepat" jerit Sungyeol.Mendengar jeritan itu Howon terus melemparkan bola itu dengan kuat kepada Sungyeol.Tetapi tidak dapat ditangkap oleh Sungyeol, sebaliknya bola itu tersasar dan terkena tepat di kepala Eunji yang sedang joging disitu.
Howon rakan-rakannya gelabah.Dia melihat rakannya meninggalkannya.
"Yaahh.korang nak pergi mana tu??"
"Kitorang nak balik.Pandai-pandailah kau uruskan.Kau yang baling kan??",kata Woohyun lalu mereka berlari meninggalkan Howon terpinga-pinga.Howon cuba memanggil mereka tetapi tiada seorang pun yang mengendahkannya.
"Aiishhhh....yah!!....aduhh macamana aku nak buat nii??"Howon mengaru kepalanya.Dia berlari anak untuk mengambil bola, selepas itu dia pergi kearah Eunji
"Cik...gweanjanha??,mianhei tadi saya x sengaja "kata Howon dengan serba salah.
Eunji tidak menjawab pertanyaan Howon itu sebaliknya dia membersihkan bajunya yang kotor akibat terjatuh itu.
"Cik mahu saya tolong??"tanya Howon lagi.
"Gweanjanha??"tanya Howon sambil memegang lengan Eunji yang hampir jatuh.Eunji cuba menarik lengannya, tetapi kakinya sakit.Beberapa ketika, barulah Howon sedar gadis itu ialah Eunji.
"Kaki cik luka ni, x pe, dekat sana saya ada bawa first aid.Saya boleh tolong rawatkan luka cik tu"
Belum sempat Eunji berkata apa-apa, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.Lalu mereka berdua berlari kearah gelanggang bola keranjang tempat Howon dan rakan-rakanya bermain tadi.
"Lebatnya hujan, tadi langit cerah jee"Howon bermonolog dalam hatinya.
Howon melemparkan pandangannya kearah Eunji yang sedang melihat lukanya.Lalu Howon mengambil first aid yang berada di atas bangku dan merawat luka Eunji itu.
"muka dia ni macam aku pernah tengok, dekat mana erkk??"Eunji bermonolong dalam hatinya.
"Kenapa cik tengok saya macam itu??.Kalau pasal tadi, saya minta maaf, saya betul-betul x sengaja"
"Gweanjanha"balas Eunji perlahan sambil memerhatikan lukanya yang telah dibalut oleh Howon.
Howon duduk di sebelah Eunji dan memerhatikan suasana yang hujan.
"Errmm...cik bukan orang sini ke??,x pernah nampak pun."Howon menanyakan soalan yang dia sudah sedia tahu.Soalan itu tidak dibalas Eunji.
"huihh... sombong jugak dia nii". Howon berkata dalam hati.
"Apa pun Lee Howon imnida.cik??"Eunji masih tidak menjawab.Howon akhirnya mendiamkan diri.Howon berangapan, mungkin Eunji seorang yang berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali.
Setelah beberapa ketika, akhirnya hujan mula reda, Eunji pun ingin beredar dari gelanggang itu, tapi kakinya masih sakit walaupun sudah diletakkan ubat tadi.
"Cik nak saya tolong?".Howon bangun untuk membantu Eunji.
"Kaki cik sakit lagi....cik naikla belakang saya.Saya tolong gendongkan cik balik"
"Gweanjanha, saya boleh jalan sendiri"
"memang lah cik boleh jalan sendiri.Saya takut, kalau cik berjalan lagi teruk kaki cik.Kaja, nanti hujan turun"lalu Howon merendahkan sedikit badannya untuk memudahkan Eunji menaiki belakangnya.
Dalam perjalanan balik
Hati Howon berbunga-bunga apabila dia dapat mengendong Eunji di belakangnya. Walaupun pada mulanya, lutut dia lemah akibat berdebar terlalu kuat, tapi digagahi juga.
Sebaik sahaja tiba di rumah, Howon menurunkan Eunji dengan perlahan.
"kamsahamnida"uncap Eunji perlahan.
"Mwo?? dea...Cikk.."belum sempat Howon menghabiskan ayatnya Eunji telah memotong terlebih dahulu.
"Eunji.Na Eunji Imnida"Howon tersenyum mendengar suara Eunji.
"Deaa, cik... maksud saya Eunji.Kalau nak minta tolong apa-apa panggil je saya.Saya sedia membantu.Saya balik dulu... anyeong."
Sebaik sahaja keluar dari kawasan rumah Eunji, dia baru teringatkan kalung yang hendak dipulangkan kepada Eunji.
"Macamana aku boleh terlupa.Tak pe laa, lain kali boleh bagi".
Di rumah, Eunji ditanya oleh Oppanyaa.
"Eunji ahhh.. kenapa dengan kaki tu berbalut??"
"x de apa".
"Eunji ahh, minggu depan jangan lupa tau kita nak sambut ulangtahun appa"
"Dea"lalu dia naik ke biliknya.
"Baiknyer namja tadi, x sangka ada lagi orang yang baik macam dia tu"Eunji bermonolong dalam hatinya.Walaupun Eunji baru berkenalan dengan Howon, tapi entah kenapa, apabila dia berada dengan Howon tadi, dia berasa selesa.Dia dapat merasakan Howon seorang namja yang baik.
Share this novel