Bab 7

Fanfiction - KPOP Completed 2332

Keesokan Harinya

Howon tersedar dari pengsan dan mendapati dia telah berada di rumahnya."macamana aku boleh ada dekat rumah pulak???bukan aku pengsan ke semalam??? siapa yang bawa aku balik nii??"Howon bermonolog di dalam hatinya.

"Dah bangun??"soal Dongwoo

"macamana aku boleh sampai rumah?"Howon menyoal Dongwoo semula.

"Sunggyu.. semalam dia risaukan kau, sebab dah pukul 1 pagi pon kau x balik lagi, so dia decide nak pergi cari kau, tengok-tengok kau dah terbaring atas jalan.... macamana kau boleh pengsan??"

Howon termenung teringatkan kejadian semalam, "Kalau betullah tu serigala... kenapa dia x serang aku??ke sebab aku ni x sedap??"

"Yaaahh...Howon ahhh....Howon ahhh....Yaaaa!!!!"

"kenapa kau ni jerit-jerit, sakitlah telinga aku"Howon memegang telinganya.

"Dah aku panggil kau x dengar, aku jeritlah di telinga kauu.... kenapa kau pengsan semalam?!"

"aku...akuu...x laratlah semalam, lagipun kaki aku sakit, x jalan pun susah.Kau tolong urutkan boleh tak??"

"Aisemen, kaki sakit pun nak suruh aku urut ke??"

"Kurang asam kau ni kan??.Tak nak tolong urutkan x pe."

"Alaa, merajuk pulak.Buruk kau tahu tak, lelaki merajuk...yelah, meh sini aku urutkan"

"Urut kuat-kuat sikit... baru cepat lega....tu dekat betis tuu"

"Kau.dah tolong.mengada pulak"

****************

Di suatu tempat yang tidak dikenalpasti

"Tuan masih ada lagi ahli keluarga tu masih hidup....jadi macam mana???"

"Macam mana kau tanya aku.Dah 3 tahun benda ni jadi, baru kau dapat tahu yang masih ada lagi ahli keluarga tu masih hidup...??!!", apa lembab sangat kau buat kerja ni"lelaki itu merengus geram.

"Mian, saya sangka hanya mereka berdua je, rupanya ada lagi ahli keluarga mereka yang masih hidup"

"macamana dengan kristal tu??"

"Kristal masih ada dengan diorang"

Lelaki itu dengan perasaan marah telah menumbuk meja di hadapannya sehingga terbelah dua.

"aku nak kau dapatkan kristal tu dulu.Bila dah dapat kristal itu, baru senang kita nak hampuskan diorang.Arasso??"

"Dea"lalu orang bawahan itu berlalu pergi.

"Aku akan pastikan korang x akan bahagia, terutamanya kau Jin"dia menggenggam penumbuknya dengan penuh perasaan marah di hati

***************

Ahjumma Dara membuka peti sejuk untuk mengambil bahan masakan, namun apabila dibuka tiada apa yang boleh digunakan untuk memasak.

"Haaa.. sepanjang ahjumma cuti ni, kamu dan oppa kamu makan apa??... kosong je peti ais tu...Eunji??".Eunji hanya mendiamkan diri apabila ditanya oleh ahjumma Dara.

Ahjumma Dara merupakan pembantu rumah itu dan juga merupakan antara orang yang paling rapat dengan Eunji.Dia juga telah menjaga Eunji sejak kecil semasa ketiadaan ibubapa mereka kerana bekerja.Dalam erti kata lain, ahjumma Dara sudah menjadi sebahagian daripada keluarga itu.

"X apelah.. Eunji kamu mahu ikut ahjumma ke pasar beli barang dapur??".Tanya ahjumma Dara dengan lembut.

"Oppa kamu cakap, kamu x pernah keluar dari kawasan rumah....Janganlah macam itu, Ahjumma tahu kamu masih bersedih lagi, tapi kalau ibu bapa kamu lihat keadaan kamu sekarang...mereka mesti x sedih.......Eunji ahh.."ahjumma dara memegang lembut tangan anak majikannya, dia sudah menganggap Eunji itu sebagai anaknya sendiri..dan pastinya dia menyayangi Eunji lebih daripada nyawanya sendiri.

"Kalau kamu sayangkan mereka, kamu kena kuat.Buktikan kepada eomma dan appa kamu yang kamu betul-betul sayangkan mereka.Berusaha dan bangun untuk mencapai impian kamu, itu yang mereka mahukan daripada kamu.Kamu mesti x mahu melukakan hati mereka kan??...".Eunji memandang sedalam-dalam mata ahjumma Dara, lalu mereka berpelukan.

"Eunji sayangkan ahjumma.Eunji sayangkan eomma dan appa"Eunji menangis sambil memeluk erat badan ahjumma dara.

*****************

Di Pasar

"Halmeoni... berapa harga ikan ni???"Ahjumma Dara memeriksa ikan yang ditunjukkan kepada penjual ikan itu.

"40 won saja"

"Mworago?? kenapa mahal sangat, dulu murah jer"

"sekarang semua benda mahalah dara, ekonomi sekarang tengah merosot"

"Apa kena mengena ekonomi dengan ikan ni.Ikan x kena cukai la halmeoni"

"kenalah yoi!!!"

Eunji yang mengekori Ahjumma Dara tadi, berjalan sendirian ke gerai lain meninggalkan Ahjumma Dara yang sedang bergaduh dengan makcik penjual ikan itu.

"Betul cakap ahjumma, lama sangat aku x keluar rumah...sampai macam-macam dah jadi pun aku x tahu..... tempat ni dah banyak berubah"Eunji bermonolog dalam hatinya.

Sedang Eunji berjalan memandang suasana di pasar itu, sebuah kenderaan telah meluncur laju ke arahnya.

"Hati-hati"panggil Howon seraya menarik pantas Eunji bagi mengelakkan Eunji dilanggar, namun disebabkan tarikan itu terlalu kuat dan pantas mereka berdua terjatuh di atas jalan yang berlopak.

"Gweanjanha??"pertanyaan Howon tidak dijawab, sebaliknya Eunji terus bangun dan berlalu pergi tanpa menghiraukan sesiapa, termasuk Howon.

"Yeoja tuu.."Howon tersenyum lalu memegang jantungnya yang berdegup pantas, dalam masa yang sama dia terlihat seutas rantai leher lalu Howon menundukkan badannya untuk mengambil rantai itu."Macam pernah tengok rantai ni.Mesti yeoja tu punya".

"Yaahh..kau buat apa terjegat dekat situ lama-lama..jom"Dongwoo yang menyaksikan keadaan itu tadi mulanya terpana kerana tindakan Howon tadi kemudian menggelengkan kepalanya.

Howon menyimpan rantai itu di dalam poketnya dan berlari anak melintasi jalan.

"Aikk..x sakit pulak kaki kau tuu"soal Dongwoo.

"Mwo??kaki aku??"Howon melihat kakinya, baru dia teringat yang kakinya itu sakit.

"Aaaa..aaa..kaki aku"Howon terduduk memicit kakinya yang sakit itu.

"Macam ni punya orang pun ada kee, tadi hero sangat"Kata Dongwoo, lalu meninggalkan Howon.

"Weeii.. tolong lah aku"Howon cuba mengagahkan kakinya, tapi hanya seketika.Dongwoo berpatah balik, kesihan pula melihatkan rakannya itu.

Dalam masa yang sama

"Haa Eunji, kamu pergi mana tadi??"seperti biasa, soalan itu x dijawab Eunji.Ahjumma Dara melihat pula kesan kotor yang terdapat di baju Eunji.

"Ehhh..baju kotor kenapa??'Eunji hanya menggelengkan kepalanya.

"Haa.. arasso...jom balik" lalu mereka pulang ke rumah.Tanpa disedari mereka, gerak geri mereka telah diperhatikan oleh seseorang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience