Kelihatan seorang gadis yang sedang termenung di luar tingkap memerhati bangunan-bangunan megah di Seoul. “Eunji ah mari makan, oppa dah masakkan makanan kegemaran kamu, mukbang" Jin mengajak adiknya makan.
“Tak lapar" Eunji membalas singkat.
Jin menghela nafas panjang, dia sudah mengagak itu jawapan yang akan diberikan adiknya setiap kali dia mengajak makan.
“Janganlah macam tu...makanla sikit, kalau x nnt sakit macam mana??”Jin memujuk adiknya tetapi Eunji hanya mendiamkan diri.
“Oppa letak makanan dekat sini...nnt jangan lupa makan, oppa pergi dulu”Jin meletakkan makanan di atas meja belajar Eunji dan keluar dari bilik adiknya.Di balik pintu bilik, Jin merintih “Eunji ahh...oppa rindukan kamu yang dulu" dia menghela nafas panjang lalu beredar dari bilik adiknya.
Setelah Jin keluar dari biliknya,Eunji bangun dan pergi kearah meja belajarnya dalam keadaan x bersemangat.Dia melihat makanan di atas meja dengan pandangan kosong.Dalam masa yang sama air matanya menitis “Eomma..appa bogoshipoyo” lalu dia membaringkan dirinya diatas katil sambil memeluk gambar kedua-dua ibu bapanya dan menangis.
Eunji dahulunya seorang gadis yang sangat periang dan petah berkata-kata.Dia amat manja dengan ibu bapanya, mungkin disebabkan dia anak bongsu jadi, dia amat rasa kehilangan pada usia 15 tahun.Tapi sejak kematian ibu bapa dia bertukar menjadi seorang yang pendiam dan kuat memendam segala apa yang dia rasa.Mujurlah oppanya masih ada dan menjaganya, namun disebabkan oppanya Jin mempunyai tanggungjawab yang besar pada usia yang muda, dimana dia harus mengambil alih syarikat milik mendiang ayahnya menyebabkan dia tiada masa untuk bersama adiknya walaupun dia tahu Eunji sangat memerlukan perhatian daripadanya.
Share this novel