Bab 3

Mystery Completed 16366

Seminggu aku sudah tinggal di rumah agam nenek dan datuk aku ni. Tersangatlah bosan. Gentle bosan gila. Walaupun aku kaya semua aku nak dapat. Tapi benda ni semua tak bermakna. Aku nak kehidupan aku yang dahulu. Sederhana sahaja hidup kami sekeluarga namun kami bahagia. Aku juga ada ramai rakan rakan.

Sekolah di Movu sekarang sedang cuti jadi sesi persekolahan belum bermula untuk aku. Aku malas nak ke sekolah tetapi kalau aku bersekolah at least dapat juga aku mengurangkan bosan aku yang semakin menjadi jadi semenjak aku duduk di rumah agam ini.

"Cik saya nak keluar untuk mendaftarkan nama cik di sekolah Movu. Cik nak saya singgah mana mana untuk belikan cik barang ke?" Tanya Justin. Aku yang sedang bermain telefon memandang dia dengan pandangan penuh maksud. Justin tersenyum kepada aku.

"Aku ada satu benda nak minta tolong kau ni." Kata aku pada Justin. Justin memandang aku dengan pandangan pelik. Aku menarik Justin duduk di sebelah aku.

"Tukarkan nama Caito kepada Colton!" Kata kata aku membuatkan Justin terkejut.

"Ta.. tapi cik kenapa?" Tanya Justin pelik. Aku buat muka comel.

"Please Justin. Aku tak nak orang tahu aku siapa. Biarlah mereka tengok aku sebagai orang biasa je." Kata aku merayu pada Justin. Justin mengganggukkan kepalanya perlahan. Minggu lepas aku dapat tahu bahawa nenek dan datuk aku adalah orang yang paling kaya dan dihormati disini. Aku kalau boleh tak nak orang lain tahu siapa aku. Sebab tu aku buat macam ni.

"Saya faham cik. Nenek cik pun pernah berharap dapat menukar nama keluarganya supaya dia dapat hidup seperti orang biasa. Baiklah, saya akan tolong cik." Kata kata Justin buat aku tersenyum gembira. Yeahh!! Aku memeluk Justin lalu aku mengucapkan terima kasih kepadanya berkali kali.

Setelah Justin pergi aku kembali menyambung berwhatsapp dengan rakan rakan lama aku di Itali.

****

Aku sedang lena tidur sambil memeluk bantal busuk aku sebelum tingkap cermin bilik aku dipecahkan dari luar. Terkejut aku. Bilik aku di tingkat tiga kut macam mana boleh pecah.

Aku lihat terdapat helikopter diluar bilik aku dan tiga orang lelaki memasuki bilik aku melalui cermin besar yang telah dipecahkan oleh mereka. Aku terkejut tetapi aku tetap bersedia sekiranya aku diserang. Aku bangun dan memandang mereka yang berjalan menghampiri aku.

Serentak itu juga pintu bilik aku dibuka dari luar. Mati mati aku ingatkan Alessio rupa rupanya adalah lelaki berpakaian hitam dari kepala hingga ke hujung kakinya juga. Sama seperti lelaki yang masuk melalui tingkap itu.

Aku mengeluh. Sedikit pun aku tidak takut. Aku seperti dapat agak bahawa pengawal yang lain mesti sedang berperang dibawah.

Keempat empat lelaki tersebut menghampiri. Mereka memegang tangan aku lalu dibawa ke belakang untuk mengikat tangan aku.

Dua di belakang aku dan dua lagi di hadapan aku. Aku mula merangka pelan untuk mengalahkan mereka.

Kaki kanan aku angkat lalu aku terus penyepak wajah lelaki yang dihadapan aku. Dia tercampak kebelakang. Cara yang sama juga aku lakukan kepada seorang lagi lelaki yang berada dihadapan aku. Dua lagi lelaki di belakang aku masih bertukus lumus cuba mengikat tangan aku tetapi gagal kerana aku banyak bergerak.

"Apa yang kau orang nak!" Aku bertanya keras lalu aku berpusing laju menghadiahkan kedua lelaki tersebut tendangan padu aku pada wajah mereka. Mereka tercampak ke dinding. Mereka jatuh terbaring diam tidak berkutik. Hmm, pengsanlah tu.

Aku ingatkan sudah selesai rupa rupanya belum apabila lelaki yang mula mula aku sepak tadi datang dari belakang ingin mengunci pergerakkan aku dari belakang. Seribu kali sayang dia tersangatlah lemah aku rasa.

Aku memegang kepalanya lalu aku mengangkat tubuhnya naik ke atas dan menghempas dia ke arah rakan rakannya yang sudah pengsan di dinding.

Aku menghampiri dia lalu aku menyepak wajahnya membuatkan dia pengsan.

"Seorang lagi." Kata aku sendiri lalu aku berpusing ke belakang melihat lelaki kedua yang disepak oleh aku sedang mengeluarkan perenjat elektrik. Perenjat elektrik itu di acukan kepada aku.

Belum sempat dia menembak benda itu ke arah aku, aku telah menumbuk wajahnya kuat.

Aku terdengar bunyi sesuatu patah di dalam mulutnya. Pasti gigi dia sudah patah.

Tanpa menunggu serangan balas aku kaki kanan aku menyepak rusuknya kuat. Lelaki tersebut menjerit kesakitan. Dia terduduk dilantai. Aku tersenyum sinis kepada dia.

"Gigi dah patah, tulang rusuk pun dah patah. Kau nak aku patahkan apa lagi?" Tanya aku sinis. Lelaki tersebut meludah giginya keluar ke lantai berkarpet biru gelap aku. Aku memandang darah dan gigi yang sudah bercampur itu. Eii, geli. Memang aku suruh Alessio tukarkan carpet aku lah nanti.

Dia kemudian bangun membuka kuda kudanya.

Aku memandang dia sinis. Seriuslah dia nak lawan aku. Cara dia ni seolah olah sedang mencabar aku. Tak boleh jadi ni. Berani betul dia cari gaduh dengan aku.

Aku tak serang dia tapi aku menunjukkan isyarat jari menyurh dia menyerang aku. Lagi senang diserang dari menyerang.

"Kali ni aku yang akan patahkan badan kau tu!!" Jerit lelaki itu bengang. Serentak itu dia berlari ke arah aku. Apabila semakin dekat aku menggenggam penumbuk aku lalu aku turut berlari ke arah lelaki itu.

Penumbuk lelaki itu bergerak ingin menumbuk aku tetapi aku tunduk menyebabkan dia gagal memukul aku. Aku tersengih. Peluang.

Penumbuk aku gerakkan lalu aku menumpukan seluruh berat badan aku pada tangan kanan aku. Aku memandang target aku. Jantungnya. Aku nak beri dia rasa kena heart attack sekejap.

Ketika penumbuk aku menghampiri dadanya suara Alessio tiba tiba menjerit memanggil nama aku.

"Cik Carola!!" Aku terkejut namun aku masih lagi menumbuk dada lelaki tersebut. Serentak itu lelaki itu tercampak kebelakang beberapa kaki dari aku. Aku memandang geram. Aku ambil bantal yang berada di kaki aku lalu aku baling geram pada Alessio. Alessio berjaya menangkap balingan aku. Matanya ralip memandang aku. Terkejut barangkali apabila melihat aku berjaya menumpaskan empat orang lelaki seorang diri.

"Siallah! Kalau kau tak kacau, mamat tu tercampak lagi jauh kau tahu tak!" Jerit aku geram.

Alessio memandang aku. Aku hanya menjeling dia lalu aku duduk di atas tilam. Alessio menghampiri aku. Tangan aku yang berdarah dia pegang lembut.

"Sakit ke?" Aku hanya diam. Tidak lama kemudian Justin dan beberapa orang pengawal masuk ke bilik aku. Wajah mereka juga menggambarkan mereka terkejut.

"I need explaination." Kata aku bengang. Alessio memandang aku lalu dia mengganggukkan kepalanya tanda faham.

"Biar aku bersihkan luka kau dahulu." Kata Alessio. Aku menarik tangan aku yang berada di genggaman dia. Lalu aku masuk ke bilik air.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience