Completed
16366
So..... here i am. Standing alone with my travel bag yang besar dekat tengah tengah airport Movu. I repeat Alone!
Mum and Dad paksa aku datang dahulu ke Movu sebab mereka ada kerja yang perlu di selesaikan.
Aku pelik betul. Sejak bilalah aku ada grandparent ni. Sepanjang 17 tahun aku hidup tiga bulan yang lepas barulah aku tahu yang aku ni ada grandparent. Gila.
Dad kata wasiat datuk menyuruh kami berpindah ke Movu dan tinggal di rumah agamnya. Segala hartanya di berikan kepada dad.
Aku menarik beg roda aku ke kerusi yang tersedia. Sambil itu aku mengeluarkan telefon aku. Berwhatsapp dengan rakan rakan lama aku di Itali.
Sedang leka aku berwhatsapp tiba tiba aku di tegur seseorang.
"Cik Caito?" Tanya lelaki tersebut. Aku yang sedang menunduk memandang telefon mengangkat kepala aku melihat pemilik suara yang menegur aku itu.
Oh.... my.... God.
Aku memandang lelaki tersebut. Tubuh tegapnya terlindung di sebalik tuxedo hitam miliknya tanpa memakai tie dia membiarkan dua butang dia
atas bajunya terbuka menyerlahkan dadanya yang bidang. Aku memandang wajahnya pula.
Hampir sahaja aku pengsan. Wajah... wajahnya hampir seiras dengan mario maurer. Yang membezakan mereka hanyalah matanya yang sedikit besar dan warna matanya berwarna kelabu. Oh my... handsomenye.
Aku tidak sedar berapa lama aku merenungnya kerana lelaki iras Mario Maurer itu sudah memetik metik jarinya dihadapan wajah aku.
Aku menggelengkan kepala aku perlahan. Baru sahaja sedar yang aku sudah merenung dia lama. Aku menundukkan kepala aku sekejap lalu aku memandang wajah lelaki itu semula.
"Nama cik Carola Cassandra Caito bukan?" Tanya lelaki itu sopan. Oh... sopannya.. dah lah handsome, sopan pula tu. Memang dah ada ciri ciri future husbandlah lelaki depan aku ni.
"Ya saya Carola. Encik ni siapa?" Tanya aku pelik. Lelaki tersebut tersenyum lega.
"Saya minta maaf cik. Dah dekat tiga jam saya cari cik, akhirnya saya jumpa juga." Kata lelaki tersebut. Aku mengerutkan dahi aku pelik.
"Tiga jam? Saya baru 15 minit mendarat. Kenapa dah tiga jam awak kata awak dah cari saya?" Lelaki tersebut terkejut memandang aku. Dia duduk di kerusi kosong sebelah aku.
"Saya dapat maklumat mengatakan cik mendarat pada jam 3 petang. Cik jangan main main cik." Kata lelaki tersebut. Wajahnya merah. Tak tahulah menahan marah atau malu.
"Kenal kau pun tidak lagi nak tipu kau." Kata aku sinis. Lelaki tersebut aku lihat menelan liurnya. Dia menundukkan kepalanya. Tangannya dikepal menjadi penumbuk.
"Tak guna betul budak budak ni. Suka sangat mengenakan aku." Tutur lelaki tersebut geram. Aku hanya memandang wajahnya yang kacak itu.
"Ah! Hmm.. biar saya perkenalkan diri saya dahulu ya Cik Carola Cassandra Caito. Nama saya Justin Drew. Saya adalah pembantu Puan Agata Caito iaitu nenek Cik. Hari ini saya akan mengiringi Cik ke rumah agam datuk dan nenek cik ya. By the way, saya nak panggil cik apa ya? Sebab nama cik panjang sangatlah. Er.. saya minta maaf cik." Kata Justin tiba tiba. Aku pelik melihat dia yang tiba tiba meminta maaf kepada aku.
"Kenapa awak minta maaf dengan saya pula?"
"Saya tak patut kurang ajar dengan cik." Lalu Justin bangun sambil memegang beg aku. Aku masih lagi cuba mencerna kata kata dia. Apa yang dia dah kurang ajar dengan aku? Aku tak tahu.
"Mari cik Carola Cassandra Caito. Saya iring cik ke kereta." Aku memandang Justin. Beg aku yang berada di tangannya aku ambil.
"Just call me Carola." Kata aku perlahan sambil aku membuat isyarat mata menyuruh dia menunjukkan arah ke kereta. Justin memandang aku dan beg yang aku pegang. Tangannya ingin mengambil semula beg yang berada di tangan aku tetapi aku halang. Dia mengalah lalu membuka langkahnya menuju ke kereta.
Setelah 5 minit berjalan aku tiba tiba rasa ingin membuang air. Tanpa memberitahu Justin yang berjalan di hadapan aku segera menukar langkah aku ke tandas yang berhampiran.
"Besar sangat airport ni. Menyusahkan aku jelah..." bebel aku sendiri.
Setelah selesai urusan aku segera berjalan keluar dari tandas. Tidak semena mena aku terlanggar tubuh seorang gadis sehingga beg tangannya jatuh kelantai.
"Heiii!!" Jerit gadia itu dengan suaranya yang nyaring. Matanya memandang beg jenama Pradanya yang kini berada di lantai.
Gadis tersebut memandang aku tajam. Erk alamak. Terkejut aku. Bapak tebal make up dia.
"Bodoh. Kau tahu tak beg aku tu mahal!" Kata gadis itu. Aku menundukkan tubuh aku mengambil begnya yang berada di lantai. Aku langsung tak dengar bebelan dia. Begnya aku belek melihat jika terdapat calar yang membuatkan aku perlu mengganti begnya semula.
Setelah yakin begnya tidak rosak aku menghulurkan beg gadis itu. Terdiam gadis itu. Matanya memandang aku tajam.
Aku tersenyum sinis kepada dia
"Beg kau elok je." Kata aku kemudian aku menyangkutkan begnya ditangannya sebelum aku berlalu pergi.
Ketika aku ingin membuka pintu melalui biasan cermin aku dapat melihat gadis tersebut cuba untuk memukul aku dengan tangannya yang kecil itu. Aku tersenyum sinis. Tak padan dengan kecil.
Aku mengelak tangannya membuatkan dia hampir terjatuh tapi aku sempat menyambutnya. Aku melepaskan tubuhnya setelah aku lihat dia mula meronta ronta minta dilepaskan.
"Tak guna punya perempuan! Siap kau nanti!" Kata gadis itu menahan malu. Lalu dia berlalu pergi meninggalkan aku.
"Ciou!" Jerit aku padanya lalu aku ketawa sendiri.
****
Aku berjalan menuju ke pintu keluar airport. 10 minit berjalan akhirnya barulah aku jumpa pintu keluar. Memang betul betul besar airport Movu ni. Justin aku lihat kelam kabut berlari ke arah aku.
"Cik pergi mana tadi?" Tanya Justin. Aku dapat lihat manik manik peluh di dahinya.
"Saya pergi toilet." Kata aku perlahan.
Justin menghela nafas lega.
"Risau saya. Ingatkan Cik dah kena culik tadi." Aku mengerutkan dahi aku. Mamat ni kenapa. Dari tadi cakap pelik pelik.
"Dah lah, mari saya bawa cik ke kereta. Kita pulang ke rumah. Cik mesti penatkan?" Aku hanya mendiamkan diri aku dan mengikuti langkah Justin.
Share this novel