Bab 4

Mystery Completed 16366

Alessio POV

Aku terkejut. Sungguh aku terkejut apabila aku melihat keempat empat lelaki itu tumbang ketika melawan Carola.

Tangannya yang berdarah membuktikan betapa kuatnya pukulan yang diberi kepada lelaki lelaki tersebut.

Aku sedang membersihkan bilik Carola yang bersepah. Cerminnya dan carpet birunya aku tukar baru. Cadarnya yang berdarah aku buang dan aku gantikan dengan cadar yang lain. Dindingnya yang terpalit darah aku bersihkan lalu aku cat biliknya dengan warna yang baru.

Aku turut tambahkan sebuah meja kerja di biliknya. Rak buku juga aku susun kan berdekatan dengan meja kerjanya. Aku membelikan dia sebuah laptop baru dan aku susun di atas meja tersebut.

Baju untuk dipakai oleh dia turut aku belikan yang baru. Barang perhiasan neneknya aku susun di dalam laci yang mengandungi perhiasan miliknya.

Setelah seharian bertukus lumus akhirnya siap juga bila Carola aku kemas.

Aku keluar dari biliknya lalu aku ternampak Carola sedang duduk dilantai sambil bersandar pada dinding dihadapan biliknya.

"Cik?" Panggil aku. Carola memandang aku sambil jarinya laju menaip sesuatu pada telefonnya.

"Buat apa duduk dekat sini? Sayakan dah suruh cik duduk dekat bilil tetamukan kalau cik nak berehat. Kenapa cik duduk sini?" Tanya aku perlahan. Carola memandang telefonnya semula kerana telefonnya tiba tiba berbunyi menandakan pesanan masuk. Pertanyaan aku dibiarkan tidak berjawab.

Setelah dia habis menaip dia bangun sambil memegang pinggangnya. Aku menghampiri dia.

"Cik sakit pinggang ke?" Tanya aku cemas. Tangan aku hampir memegang pinggangnya sebelum dia mengelak dengan merapatkan tubuhnya ke dinding.

"Woi.. apa ni?" Tanya Carola terkejut.

"Cik sakit pinggang ke? Kalau sakit saya hantar cik ke hospital.." Carola diam sekejap sebelum dia tergagap gagap membalas pertanyaan aku.

"Tak.. tak adalah.. erm.. lenguh sikit je ni. Sampai nak ke hospital kenapa?" Kata dia. Aku memandang tangannya yang masih memegang pinggangnya itu.

"Sure ke pinggang cik ni cuma lenguh. Bukan sakit sebab serangan semalam?" Tanya aju. Curious. Carola mengganggukkan kepalanya laju sebelum berjalan masuk ke biliknya.

"Ya, betul. By the way... Alessio." Carola memandang aku dan kedalam biliknya silih berganti. Dia melemparkan senyuman dia buat pertama kali kepada aku.

"Thanks tolong hiaskan balik bilik ni untuk aku." Hanya itu sahaja kata katanya lalu dia hilang disebalik pintu tersebut.

Aku terpaku sekejap. Selama ini aku hanya melihat wajahnya yang dingin dan marah kepada aku. Namun buat pertama kalinya hari ini dia tersenyum kepada aku. Aku tersenyum sendiri sambil memandang pintu yang sudah ditutup itu.

****
Carola POV

Aku menutup pintu perlahan lalu aku kuncikan pintu bilik aku. Aku memandang decoration bilik aku.

Dinding berwarna biru pekat dan putih. Carpet aku pula berwarna kelabu. Aku tersenyum lebar. Pandai juga mamat ni hiaskan. Aku menghampiri meja solek aku lalu aku buka laci yang menempatkan perhiasan aku.

Aku dah agak dah mamat ni mesti akan buka laci ini. Aku nampak perhiasan perhiasan mahal. Aku tak tahu milik siapa jadi aku hanya membiarkan. Lalu aku angkat kotak barang kemas tersebut aku letakkan di atas meja solek. Tanpa pengetahuan sesiapa sebenarnya terdapat ruang kosong di bawah tempat perhiasan tersebut diletakkan. Tangan aku bergerak mencapai barang yang aku sembunyikan di pinggang aku tadi lalu aku letakkan di ruang kosong tersebut lalu aku sembunyikan di sebalik barang barang kemas aku. Kotak barang kemas itu aku letakkan kembali di dalam laci lalu aku kunci.

Aku menghela nafas lega. Nasib baik tadi tak kantoi dengan Alessio. Kalau tidak naya je.

Lagi sekali aku melihat bilik aku yang sudah dihias oleh Alessio.

Malam ini sepatutnya mereka memceritakan segalanya tentang datuk dan nenek aku kepada aku namun sebaik sahaja aku bangun daripad tidur siang tadi Alessio telah mengatakan malam ini mereka tiada kerana perlu menguruskan beberapa urusan.

Aku tahu sebenarnya mereka ingin mengelak daripada menceritakan hal sebenar kepada aku. Tapi mereka silap. Sepandai mana pun mereka mengelak daripada aku, aku dua langkah lebih cepat dari mereka.

Malam tadi aku telah meminta pertolongan Micah dan ayahnya Hendry untuk menyiasat tentang nenek dan datuk aku. Kini aku hanya menunggu laporan dari mereka sahaja.

Aku kena bersabar. Tidak lama lagi semuanya akan terbongkar.

****

Seminggu telah berlalu dan sesi persekolahan telah bermula.

Hari ini aku bangun lebih awal dari biasa. Langit di luar masih gelap lagi. Baru jam 5 pagi tetapi aku sudah siap mandi dan kini hanya perlu memakai seragam sekolah aku sahaja.

Dress berwarna kelabu cair itu aku sarungkan ke tubuh aku. Hanya paras paha aku sahaja seragam sekolah ini. Malah baju seragam ini dipinggangnya terdapat bentuk menyerlahkan pinggang aku yang cantik berbentuk.

Tali leher aku yang berwarna kelabu tetapi lebih gelap aku simpulkan di leher. Aku mengambil kot sekolah yang berwarna sama dengan tali leher lalu aku sarungkan ke tubuh aku. Kot itu hanya paras bawah dada aku sahaja.

Seragam sekolah je tetapi bukan main bergaya lagi. Kau mencapai stokin hitam aku yang separas atas lutut aku lalu aku sarungkan ke kaki menutupi kaki aku yang putih.

Kasut sekolah hitam aku pakai dan aku mencapai beg sekolah aku. Aku melihat jam ditangan. Baru pukul 5.30 pagi tetapi aku sudah siap untuk ke sekolah. Bukan sebab excited tapi sebab aku nak lari dari Alessio.

Aku membuka pintu bilik aku. Koridor yang masih gelap aku redah juga lalu aku menekan butang lif untuk turun ke tingkat bawah.

Pintu lif terbuka aku terkejut melihat bayangan seseorang berada di dalam lif itu. Serta merta aku bersembunyi di sebelah pintu lif.

Mina keluar sambil membawa vakum keluar dari lif. Keadaan koridor yang gelap gelita membuatkan Mina tidak sedar akan kehadiran aku.

Sebaik sahaja Mina pergi aku masuk ke dalam lif dan menekan butang ke tingkat bawah rumah.

Pintu lif terbuka lalu aku terus berlari menuju ke dapur. Keadaan dapur masih lagi senyap jadi aku keluar dengan menggunakan pintu dapur. Sedikit lagi dan aku akan bebas.

Bebas untuk sementara waktulah.

Aku berlari ke pagar di belakang rumah. Aku terpaksa melalui laman di belakang rumah yang tertanam pelbagai sayur dan buah buahan.

Tiba tiba aku terdengar suara seseorang ketawa. Tu suara Alessio.

Kerana terlampau terkejut aku terus mengulingkan tubuh aku dan bersembunyi di sebalik pokok bunga lavendar.

"Siapa tu?" Alamak.. mamat tu nampak aku ke?

Peluh mula membasahi tubuh aku. Pleaselah jangan kantoi. Please. And doa aku termakbul juga. Alessio akhirnya telah berpatah balik masuk kedalam rumah.

"Yes!" Sorak aku perlahan. Setelah memastikan line clear aku terus berlari ke arah pagar batu yang setinggi 10 kaki itu. Berbekalkan latihan parkour yang selalu aku lakukan di Itali dahulu memudahkan aku untuk melompat pagar batu itu dengan mudah sekali.

setelah aku selamat mendarat di tanah aku segera berlari keluar dari kawasan rumah agam datuk dan nenek yang terletak di puncak bukit. Aku melalui jalan sungai. Gembira betul hati aku apabila dapat melarikan dari Alessio buat seketika.

****
Alessio POV

"Mana kau Carola!!" Pagi pagi lagi suara aku sudah bergema di rumah agam ini.

Geram betul aku apabila aku lihat Carola sudah tiada si biliknya. Katilnya cantik tersusun seolah olah dikemas oleh pakar. Ada satu nota yang melekat di cermin meja soleknya mengatakan dia pergi ke sekolah dahulu. Aku mendengus geram. Justin pula aku lihat tergesa gesa masuk ke bilik Carola sambil membawa beg sekolahnya.

"Kenapa ni Alessio?" Tanya Justin pelik. Aku menunjukkan nota Carola kepada Justin. Justin ketawa kecil.

"Nakal betul Cik Muda kita ni." Kata Justin. Aku menjeling dia.

"Nakal tu aku tak kisah. Yang aku kisah keselamatan dia. Kau tak ingat ke serangan malam haritu!" Kata aku geram. Justin ketawa. Dia lalu menepuk bahu aku.

"Dah dah. Apa kata kalau kau siap dulu. Sekejap lagi kita dah nak pergi ke sekolah. Nanti lambat rosak rekod kedatangan kita." Kata Justin.

"Dia tak breakfast lagi kau tahu tak? Nanti sakit perut tak ke naya." Kata aku bengang.

"Kau bawalah bekal untuk dia. Apa susah. Lagi pun nanti kita satu kelas lah dengan dia." Kata kata Justin buat aku terkejut.

"Satu kelas? Mana kau tahu?"

"Aku tengok rekod sekolah lama dia. Walaupun selalu buat hal dan ponteng sekolah namun gred purata dia dalam akademik dan kokurikulum tinggi. Pengarah pun kata dia akan sekelas dengan kita."

"Kau jumpa pengarah?" Tanya aku pelik.

"Cik Muda minta aku tukar nama keluarga dari Caito jadi Colton. Dia tak nak orang tahu siapa dia." Terang Justin. Okay aku setuju dengan Justin. Mendiang nenek Carola juga pernah berharap supaya orang tidak kenal siapa dirinya.

Aku kemudian bersama sama Justin berjalan keluar dari bilik Carola. Aku perlu bersiap untuk kesekolah. Dekat sekolah nanti aku akan pastikan Carola menerima balasan kerana pergi ke sekolah tanpa pengetahuan aku.

****
Carola POV

Aku membontoti langkah guru kelas aku pn. Bourne menuju ke kelas aku sekarang ini.

Kelas 5AC aku masuk lalu aku berdiri di sebelah pn. Bourne. Seluruh pelajar di dalam kelas tersebut memandang aku dan aku berjaya menangkap dua pasang mata yang aku kenal sedang memandang aku.

Gila tak terkejut aku melihat Justin dan Alessio sedang duduk di belakang kelas. Mereka memakai pakaian seragam yang sama warna dengan aku.

Jangan cakap yang mereka ni sebaya dengan aku. Oh no!

"Okay kelas. Sila duduk di tempat masing masing. Selamat kembali ke sekolah semua. Hari ini kita ada pelajar baru. Dia baru sahaja berpindah dari Itali." Kata Pn. Bourne ceria.

"Carola sila perkenalkan diri kamu." Kata pn. Bourne.

"My name Carola Cassandra Colton. Saya dari Itali dan berpindah ke sini mengikut keluarga. Hope we can be friend." Kata aku ceria. Alessio dan Justin memandang aku tidak berkelip mata.

"Hai Carola Cassandra Colton. Nama saya Zulian Enders. Kami nak panggil awak apa ya?" Tanya seorang gadis yang duduk di meja sebaris dengan Alessio. Meja di sebelah kanannya kosong dan meja tersebut turut bersebelahan dengan Alessio. Janganlah cakap aku kene duduk situ.

"Panggil saya Carl ataupun Carola." Kata aku ceria. Zulian tersenyum teruja.

"Baiklah Carola. Awak boleh duduk di meja kosong sebelah Alessio dan Zulian ya." Kata Pn. Bourne. Ah sudah.. macam yang aku sangka. Aku memang kena duduk situ.

Aku melemparkan senyuman manis kepada Pn. Bourne.

"Terima kasih puan." Kata aku lalu aku berjalan ke tempat duduk aku.

Sebaik sahaja aku duduk Zulian melemparkan senyuman manis dia kepada aku dan aku membalasnya dengan hati yang senang.

Aku langsung tak pandang Alessio yang berada di sebelah aku walaupun aku tahu dia sedang memandang aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience