Completed
16366
Aku sampai di perkarangan rumah agam datuk dan nenek aku satu jam kemudian.
Pintu limosin dibuka dari luar. Justin tersenyum kepada aku lalu menghulurkan tangannya kepada aku. Aku menyambut tangannya sambil membalas semula senyumannya.
Aduh.. aku rasa macam nak pengsan pula apabila melihat kawasan rumah agam ni. Cantik gila. Ada air pancut ditengah tengah perkarangan rumah. Di laman sebelah kiri rumah terdapat air sungai yang mengalir manakala laman di sebelah kanan rumah terdapat taman bunga tulip yang pelbagai warna. Oh my... cantik gila..
Aku melihat pula ke arah rumah agam itu. Besar gila macam istana!
Justin mengiring aku ke pintu rumah. Mak aihh... pintu rumahnya berkali kali ganda besar dari rumah aku.
"Ni pintu untuk manusia ke gergasi?" Tanya aku pada Justin. Justin ketawa kecil. Lalu dua orang pengawal yang berpakaian seperti Justin tersenyum mesra kepada aku. Mereka membuka pintu tersebut serentak.
Sebaik sahaja pintu di buka mata aku tidak berkelip melihat dua barisan manusia sedang tersenyum kepada aku. Barisan di sebelah kiri adalah wanita yang aku rasa merupakan orang gaji dan barisan di sebelah kanan pula merupakan lelaki yang berpakaian sama seperti Justin dan dua orang lelaki yang membuka pintu tadi. Aku tidak mengira tetapi aku dapat rasa satu barisan tersebit ada lebih kurang 15 orang.
"Selamat pulang cik muda.." kata mereka serentak sambil tunduk hormat kepada aku. Mata aku terbeliak kerana terlampau terkejut. Apa ni?
Aku menelan liur. Tubuh aku kaku tidak bergerak. Mereka semua masih setia memandang aku.
"Cik.. silakan masuk." Kata Justin mematikan lamunan aku. Aku memandang dia.
"Aku nak balik." Lalu aku mula berjalan secara mengundur perlahan lahan. Justin memandang aku pelik.
"Cik Carola nak kemana? Inilah rumah cik." Kata Justin perlahan. Lalu dia memegang lengan aku. Menghalang aku dari melangkah pergi.
Aku memandang tangan Justin yang memegang lengan aku. Justin tersenyum memandang aku.
Sedarlah aku. Aku tak boleh lari setelah aku datang sini. Patut pun mum suruh aku jaga perilaku aku.
Shit.
****
Justin POV
Aku perasan Cik Carola agak terkejut dengan semua ini. Dia cuba untuk lari tetapi aku menghalang dia dengan memegang lengannya.
Aku melihat wajah Cik Carola. senyuman masih kekal terukir di bibir aku.
Tiba tiba satu suara menegur aku. Aku lihat Alessio sedang berdiri di belakang Cik Carola.
"What happen?" Tanya dia dengan wajahnya yang dingin. Aku memandang dia.
Cik Carola aku lihat dia juga memandang ke arah Alessio yang berdiri di belakangnya.
Alessio dan Cik Carola aku lihat bertentang mata.
"Haa, Alessio. Kenalkan. Cik Carola Cassandra Caito. Cucu mr and mrs Caito. Cik Carola. Ni Alessio. Dia merupakan butler cik." Kata aku lalu aku melihat Cik Carola membesarkan matanya.
"Apa kejadah kau orang ni? Butler lah maid lah. Aduh... aku nak balik." Kata Cik Carola. Tangannya digoyang goyangkan supaya aku melepaskan genggaman aku.
"Tak boleh cik. Cik kena tinggal sini." Kata aku. Cik Carola menggelengkan kepalanya laju.
"No. Aku tak biasa dengan semua benda ni. Aku nak balik. Go to hell lah wasiat tu semua." Kata Cik Carola. Serentak itu tubuh Cik Carola sudah berada di bahu Alessio.
"Angkat barang dekat dalam kereta tu." Kata Alessio lalu dia membawa Cik Carola yang meronta ronta mahu dilepaskan.
****
Carola POV
Aku didudukkan di atas tilam yang aku agak merupakan bilik aku di sini.
Sebaik sahaja dilepaskan aku terus menumbuk dada Alessio berkali kali. Tetapi Alessio bagaikan tidak terasa langsung akan tumbukan kuat aku.
Setelah penat aku duduk senula di atas tilam.
"Dah habis dah?" Tanya dia sinis. Aku menjeling dia lalu aku berpeluk tubuh.
"Dengar ni mulai hari ini, aku akan jadi butler kau. Makan kau, pakaian kau semua aku yang uruskan." Kata Alessio.
Aku memandang dia tajam.
"Kalau aku tak nak kau jadi butler aku?" Tanya aku geram. Alessio menjeling aku.
"Nak tak nak kau kena juga terima aku sebagai butler kau. Aku tak akan berhenti jadi butler kau selagi orang yang bayar gaji aku itu tidak mengarahkan aku berhenti." Kata Alessio. Aku berdiri di atas tilam. Ketinggian aku mencecah ketinggian dia.
"Oh yes? Siapa yang bayar gaji kau?" Tanya aku geram. Aku tak nak butler. Aku tak nak semua ni. Aku nak balik!
"Bukan urusan kau." Kata kata Alessio buat aku bengang. Aku melompat turun dari tilam. Aku berjalan ke arah pintu lalu aku buka. Tangan aku dipegang oleh Alessio. Mungkin dia ingat aku nak lari. Tak tak. Aku tak lari tapi aku nak dia keluar dari sini.
"Kau." Aku menumbuk dada Alessio.
"Boleh." Aku menolak Alessio kebelakang menghampiri pintu.
"Pergi." Lagi sekali aku menumbuk dada Alessio.
"Matilah setan!" Jerit aku melepaskan geram lalu aku memijak kaki Alessio sekuat hati aku dan aku menolak dia keluar dari bilik aku. Setelah itu aku menghempas pintu dan mengunci pintu bilik. Marah!
Lalu aku duduk bersandar di pintu. Aku memeluk kedua kaki aku.
Akhirnya aku tertidur dengan sendiri. Kepenatan kerana hari ini begitu mencabar bagiku.
****
Alessio POV
Pintu dihempas dengan kuat oleh Carola. Aku memegang dada aku. Sakit akibat ditumbuk oleh dia. Lalu aku menghentak hentak kaki aku perlahan bagi menghilangkan kesakitan akibat dipijak oleh Carola.
Kuat juga dia tumbuk aku. Tak percaya betul perempuan macam dia ni boleh selamba badak je tumbuk and tolak aku sampai aku keluar bilik. Belum pernah lagi ada orang berani tolak aku macam tu.
Aku memandang ke kanan aku apabila aku dengar seseorang ketawa.
"Sakit ke wei? Dia buat apa dekat kau?" Tanya Justin. Aku menghampiri dia.
"Tumbuk, tolak, pijak." Kata aku sambil bersandar pada dinding.
"Sakit sangat ke?" Tanya Justin lagi.
"Sakit. Cara dia tumbuk aku tu macam dia lelaki tahu tak." Aku menggelengkan kepala perlahan. Justin masih mengetawakan aku. Aku menjeling dia.
"Bagi dia tenang sikit. Esok okaylah tu. Dia cuma terkejut je tu." Kata Justin lalu dia mengajak aku pergi ke dewan makan.
****
Perlahan sahaja aku buka pintu bilik Carola. Dia mengunci biliknya tetapi aku buka menggunakan kunci pendua yang memang aku simpan.
Aku terkejut apabila aku lihat Carola sedang tidur bersandar pada pintu. Aku perlahan lahan menghampiri dia lalu aku mencempung tubuhnya.
Aku berjalan ke arah tilam lalu aku membaringkan dia lembut.
Aku memandang wajahnya yang persis wajah Abel Caito. Datuknya. Kuat macam neneknya.
Aku menggelengkan kepala aku perlahan lalu aku menghampiri beg pakaiannya yang berada di luar pintu.
Aku kemudian meletakkan beg tersebut di atas sofa dan aku mula mengemas pakaiannya.
****
Carola POV
Aku membuka mata aku apabila aku rasa seseorang mundar mandir di hadapan aku.
Aku lihat Alessio sedang leka mengemas beg pakaian aku. Ditangannya sedang memegang pakaian dalam aku.
Kemudian aku memandang ke arah beg aku pula. Beg... pakaian dalam. Beg.. pakaian dalam. Aku blur sekejap.
Alamak! Barang aku! Aku baru ingat aku ada sembunyikan sesuatu. Dengan segera aku bangun dan berlari ke arah beg aku. Alessio memandang aku pelik. Aku menutup beg aku lalu aku duduk di atasnya. Aku kemudian hanya berlakon selamba.
"Kau kenapa?" Tanya Alessio. Aku menjeling dia.
"Siapa benarkan kau sentuh beg aku?" Tanya aku bengang.
"Tu kerja aku wei. Arahan orang yang bayar gaji aku." Kata Alessio lalu dia cuba menolak aku ketepi. Aku menolak dia kembali.
"No. Ni barang aku. Biar aku yang kemas." Alessio mengelengkan kepalanya.
"Sikit je lagi tu. Bagi aku settlekan." Kata Alessio masih berdegil. Aku menjegilkan mata aku.
"Hoi! Ni pakaian dalam aku. Tak tahu malu ke!" Marah aku. Ah tu semua alasan. Alasan semua tu! Alasan suoaya dia tidak nampak barang yang aku sembunyikan.
Alessio memandang aku sekejap lalu dia menundukkan kepala dia.
"Saya minta maaf cik." Kata Alessio sebelum berlalu keluar. Aku terkejut. Sejak bila pula mamat ni jadi sopan.
Setelah Alessio keluar aku segera berlari ke arah pintu lalu aku mengunci pintu tersebut.
Aku menghampiri beg aku semula. Pakaian dalam aku yang masih berada didalam beg tersebut aku campakkan keluar. Aku mengangkat lapisan hitam yang ada di dalam beg tersebut. Kemudian mata aku menangkap benda yang berwarna perak itu. Aku sentuh benda itu sambil kepala aku ligat mengingatkan hari terakhir aku di Itali.
####
Micah menghulurkan aku sebuah beg kecil berwarna hitam. Aku terkejut memandang Micah. Tanpa perlu membuka beg tersebut aku sudah tahu apa isinya.
"Apa ni?" Tanya aku perlahan. Micah tersenyum memandang aku.
"Hadiah perpisahan dan hadiah terima kasih." Kata Micah. Aku menggelengkan kepala aku perlahan. Beg tersebut aku hulurkan kembali kepada Micah.
"Aku tak boleh terima ni Micah. Tahu mak aku. Mampus aku." Kata aku perlahan.
"Mustahillah mak kau akan tahu. Kau kan pandai bab bab menyorokkan barang ni. Ambil je. Mana tahu apa apa jadi ke. At least kau dah ada benda tu." Kata Micah.
"Tapi aku bukan lagi..." kata kata aku mati. Mata aku memandang ke lantai. Micah memegang bahu aku.
"Kau masih lagi sebahagian daripada kita orang Cass. Ingat tu. Kalau ada apa apa panggil kitaorang. Kitaorang boleh tolong kau." Kata Micah. Aku memejamkan mata aku. Aku buka lagi mata aku mencari mata Micah.
"Thank you Micah. Thank you so much. For everything." Kata aku perlahan.
Share this novel