Completed
8021
“Fira, kau bangunlah. Kenapa kau tak nak tengok aku. Aku datang nak tengok kau ni. Tolong Fira, buka mata kau. Semua orang tunggu kau balik.” Rayu Sofea sambil mengusap perlahan kepala Fira yang ditutup dengan sarung plastik. Namun tubuh Fira hanya kaku seperti jasad yang tidak bernyawa. Sayu hati mereka semua mendengar rayuan Sofea.
“Sayang, sabar ya. Jangan menangis macam ni. Fira nanti sedih tengok sayang macam ni. Kita keluar dulu ye.” Pujuk Rizuan sambil memimpin tangan Sofea keluar dari wad tersebut.
Puan Rosnah menguak pintu wad dari luar. Dia baru selesai menunaikan solat maghrib setelah Sofea pulang ke hotel bersama keluarganya. Langkahnya terhenti apabila dia terlihat kelibat Zafril yang duduk berdekatan dengan Fira sambil menghadiahkan bacaan Yasiin untuk gadis itu.
“Fira, Aril doakan semoga Fira cepat sembuh. Cepat bangun ye sayang. Kami semua tak nak kehilangan Fira. Kesian Aril, ibu, Afif dengan Sofea. Please sayang.” Lembut sahaja Zafril berbicara dengan Fira biarpun gadis itu tidak sedar. Kemudian dibacakan al fatihah ke telinga Fira sebelum dia bangkit dari tempat duduknya.
Puan Rosnah pantas menutup semula pintu wad dan air matanya yang mengalir disapu perlahan. Sebak hatinya mendengar kata-kata Zafril.
“Makcik, kenapa berdiri kat luar ni.” Soal Zafril yang sudah berdiri di luar wad.
“Terima kasih Aril sebab doakan anak makcik.” Puan Rosnah tersenyum biarpun sukar untuk dia melakukan sedemikian.
“Tak perlu terima kasih. Saya sayangkan Fira dan saya berniat nak jadikan dia halal untuk saya. Saya harap makcik restu dan doakan kami. Insyaallah.” Ujar Zafril sebelum dia melangkah pergi. ‘Ya Allah, satukan mereka. Amin.’ Doa Puan Rosnah sebelum dia masuk menjenguk Fira.
“I..i..ibu..bu..” Puan Rosnah terjaga dari lelapnya apbila dia terdengar suara Fira. Jari Fira seperti bergerak-gerak.
“Fira, ibu ni. Tengok ibu sayang.” Puan Rosnah mendekati Fira sambil memegang tangan anaknya.
“I..Ibu..bu..” Lemah suara Fira memanggil.
“Alhamdulillah Ya Allah.” Puan Rosnah mengucap syukur sebelum dia keluar memanggil doktor.
“Alhamdulillah puan. Anak puan dah sedarkan diri. Insyaallah dalam masa dua jam dia akan sedar sepenuhnya.” Ujar Doktor Zain sambil tersenyum.
“Terima kasih banyak-banyak doktor.” Ucap Puan Rosnah.
“Jangan berterima kasih dengan saya puan. Semua ni kuasa Allah. Sesungguhnya Dia adalah Maha Besar.” Doktor Zain mengatur langkah keluar dari wad usai berkata-kata. ‘Alhamdulillah Ya Allah.’ Ucap Zafril dalam hatinya.
“Fira! Rindunya aku dengan kau. Kenapa kau tinggalkan aku.” Sofea terus menerpa ke arah Fira yang sudah menyedarkan diri. Tubuh gadis itu dipeluk erat. Air mata kegembiraan mengalir di wajah mereka berdua. Mereka semua yang berada di situ, tersenyum melihat gelagat dua sahabat itu. Setelah pelukan dileraikan, Fira bersalaman dengan Puan Asma.
“Alhamdulillah kamu dah sedar Fira.” Puan Asma menghadiahkan sebuah senyuman kepada Fira. Gadis itu hanya tersenyum hambar. Dia tercari-cari seraut wajah yang sangat dirinduinya. Seingat dia, lelaki itu sering membaca al fatihah di telinganya. Lelaki itu sentiasa berbicara dengannya tanpa rasa bosan biarpun jasadnya kaku.
Hari ini apabila dia sudah kembali sedar melihat bumi Allah, mengapa lelaki itu tidak ada? Sudah pergikah dia?
“Assalamualaikum.” Fira mengangkat wajahnya melihat gerangan manusia yang memberi salam itu. Zafril tersenyum manis apabila anak matanya bertembung dengan anak mata Fira. Sejambak bunga mawar merah yang berada di tangannya diberikan kepada Fira. Fira hanya diam tidak berkutik. Jambangan bunga itu tidak disambutnya.
“Fira, kau tak nak ek? Cantiknya bunga ni. Takpelah kau kasi aku je ek Aril.” Usik Sofea sambil mencapai jambangan bunga itu dari tangan Zafril.
Share this novel