Completed
8021
“Emma! Emma..tunggu dulu.” Emma terus pergi tanpa menghiraukan panggilan Datin Hashima yang memanggilnya ketika mereka bertembung di ruang tamu.
“Aril, what have you done to her?” Soal Datin Hashima. Zafril hanya diam kaku tanpa sebarang reaksi.
“Aril, I’m talking to you.” Datin Hashima meninggikan nada suaranya.
“Mummy, Aril tension sangat sekarang ni. And perempuan tu tak habis-habis nak menempel dengan Aril. Aril rimas sangat-sangat tahu tak! I just hate her!” Keras Zafril menjawab.
“Aril what’s wrong? Kenapa ni? Tension sangat mummy tengok. Ada problem kat office ke?” Datin Hashima duduk berseblahan dengan Zafril. Diusap lembut bahu anak terunanya itu.
Zafril hanya menggeleng.
“Then what is it? Tell me sayang.” Pujuk Datin Hashima.
“It’s Fira.” Pendek sahaja dia menjawab.
“Fira? Amboi sejak bila ni? Kenapa dia tolak cinta Aril ke?” Usik Datin Hashima. Gembira sungguh dia jika Zafril memilih gadis itu untuk dijadikan calon isteri. Datin Hashima sudah jatuh sayang kepada Fira sejak pertama kali dia bersua dengan gadis itu. Sifat gadis itu yang lemah lembut dan sopan telah menawan hati tuanya.
“Mummy! Don’t say that. Aril belum sempat nak propose dia, dia dah lari balik Penang. Melepaslah macam ni.” Rungut Aril. Kepalanya dilentokkan di bahu Datin Hashima.
“Contact her.” Cadang Datin Hashima.
“That’s the problem. Fea tak nak bagi Aril nombor telefon Fira. She said she has promised to Fira, not giving her number to anybody. So Aril tak nak paksa dia.” Lemah Zafril berkata.
Dia hanya mengharapkan sebuah pertemuan dengan Fira.
“Then go and find her.” Ujar Datin Hashima lagi. Zafril terperanjat mendengar kata-kata ibunya. Sama sekali dia tidak menyangka Datin Hahsima akan berkata begitu.
“Mummy, are you sure about what are you talking?” Tanya Zafril tidak percaya. Datin Hashima mengangguk-angguk.“But where should I find her?” Wajah Zafril kembali berkerut.
“You know better what to do. I knew that.” Usai berkata-kata Datin Hashima berlalu ke dapur.
Lama Zafril memandang laut yang terbentang luas di hadapannya. Hebatnya lautan ciptaan Allah membuatkan Zafril terasa kerdil di muka bumi ini. ‘Ya Allah temukanlah aku dengan dia.’ Doa Zafril dalam hatinya. Keadaan yang riuh di Padang Kota pada malam minggu itu, sedikit sebanyak menghilangkan kesunyian hati Zafril. Sudah dua hari dia berada di Pulau Pinang, namun Fira masih belum dapat dijejaki.
Tiba-tiba Zafril ternampak kelibat Fira yang bertudung kuning sedang berjalan bersendirian. Matanya dikecilkan untuk mengenal pasti gerangan gadis yang sedang dilihatnya itu.
“Fira!” Jerit Zafril apabila dia sudah pasti bahawa gadis itu adalah Fira. Fira menoleh ke arah suara yang memanggilnya. Lututnya terasa lemah apabila melihat Zafril yang berada tidak jauh darinya.
Fira melarikan diri apabila Zafril mendekatinya. Bagi Fira dia tidak mahu mempuyai apa-apa kaitan dengan lelaki itu.
“Fira, tunggu!” Zafril menjerit sekali lagi apabila gadis itu melarikan diri. Dum! Tubuh Fira terbaring di atas jalan raya apabila dia dilanggar oleh sebuah kereta ketika hendak melintas jalan. Bajunya berlumuran darah.
“Ya Allah! Fira!” Zafril memangku kepala Fira yang semakin lemah. Pandangan gadis itu semakin kelam dan akhirnya semua menjadi gelap.
Share this novel