Completed
8021
“Apa yang riuh sangat pagi-pagi ni? Ha, Aril bila sampai?” Tanya Encik Yahya sambil melabuhkan punggung di kerusi.
“Baru je pak long. Fea ni ha, asyik kenakan orang je. Dah jadi isteri orang pun tak sedar diri lagi.” Zafril mengenakan Sofea. Sofea menjelirkan lidah mendengar kata-kata Zafril.
“Kamu berdua ni dari kecik sampai sekarang macam ni lah. Tak habis-habis nak mengusik. Dah, jom kita makan. Fira jangan segan, buat macam rumah sendiri.” Encik Yahya berkata sambil menghirup perlahan teh o yang berasap nipis itu.
Segala barang yang dibawa olehnya ke rumah Sofea dicampak ke dalam beg pakaiannnya. Fira sudah tidak betah berada di situ. Hancur berkecai hatinya bagai kaca yang terhempas. Punggungnya dilabuhkan di birai katil. Fira tidak menyangka hasrat untuk meluahkan perasaan hatinya kepada Zafril membuatkan dia kecewa. Sakit hati Fira apabila dia ternampak Emma memeluk lengan Zafril di hadapan pintu pagar banglo milik keluarga Sofea itu. Kemudian Zafril terus pergi bersama Emma dengan keretanya.
“Kau nak pergi mana ni Fira?” Tanya Sofea hairan.
“Aku nak balik Penang Fea. Ada banyak kerja ni.” Bohong Fira.
“Betul ke kau banyak kerja ni? Or kau nak lari from someone?” Sofea tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan sahabatnya. Mata Fira yang berkaca seolah-olah mahu menceritakan sesuatu.
“Betul Fea, aku tak tipu. Lagipun mak aku sorang-sorang kat rumah tu. Adik aku dah balik kampus. So aku memang kena bertolak sekarang. Nak drive malam-malam aku tak confident.” Terang Fira panjang lebar.
“Makcik, pakcik saya nak bertolak dah.” Fira mengalihkan pandangannya kepada Puan Salma dan Encik Yahya yang baru turun dari tingkat atas.
“Kenapa awal sangat Fira? Tinggallah sehari dua lagi.” Cadang Encik Yahya.
“Eh, takpelah pakcik. Lagipun mak sorang-sorang kat rumah. Tak ada siapa yang temankan.” Usai berkata-kata, Fira bersalaman dengan Puan Salma dan dihadiahkan sebuah senyuman kepada Encik Yahya. Mereka semua menemani Fira sehingga ke kereta Myvinya. Setelah beg pakaiannya diletakkan dalam bonet kereta, tubuh Sofea diraihnya ke dalam pelukan. Lama Fira memluk Sofea.
“Fira kalau kau tak okay, kau ada aku tau. I’ll be there always for you baby.” Ucap Sofea lembut kepada Fira. Air mata yang mula menitis disekanya. Fira tersenyum pahit dan mengangguk. Dia memboloskan dirinya ke dalam perut kereta dan beberapa saat kemudian Myvi putih itu lenyap dari pandangan mereka.
“Sayang kenapa menangis ni?” Tanya Rizuan lembut. Rambut Sofea diusapnya perlahan.
“Abang, Fira ada sembunyikan sesuatu dari Fea. Dia tak pernah berahsia dengan Fea. Fea risau kalau dia ada masalah.” Teresak-esak Sofea menjelaskan.
“Shhh..dah jangan nangis sayang. Kalau Fira ada masalah sekali pun, Allah ada untuk bantu dia. Sayang cuma kena mendoakan Fira selalu.” Rizuan menarik Sofea ke dalam pelukannya. Dia mengerti perasaan Sofea yang terlalu menyayangi Fira.
Fira memarkirkan keretanya di halaman rumah. Rumah teres dua tingkat yang dihuni Fira bersama ibunya kelihatan gelap. Perlahan-lahan dia melangkah sambil membawa beg pakaiannya dan pintu rumah dibuka. Suis utama dibuka dan dan cahaya lampu menerangi ruang tamu yang cantik dihampar dengan permaidani itu. Fira mengatur langkah menuju ke bilik tidur ibunya di tingkat atas. Tersenyum gadis itu apabila melihat wajah ibunya yang nyenyak tidur di atas katil. Hatinya tenang bagaikan dicurah dengan air yang dingin setelah melihat wajah ibunya. ‘Fira sayang ibu.’ Ucapnya dalam hati sambil menutup pintu bilik dan dia melangkah ke bilik tidurnya.
Telekungnya dibuka usai solat tahajjud. Muka jam menunjukkan tepat pukul 4.15 pagi. Fira mengikat rambutnya yang panjang sehingga ke paras dada. Tubuhnya dibaringkan dan matanya dipejam.
“Fira, awak jangan tinggal saya.” Fira pantas membuka matanya apabila dia terdengar seperti suara Zafril yang sedang merayu.
Share this novel