BAB 5

Romance Completed 8021

“Fira kenapa dengan jari tu?” Soal Datin Hashima melihat jari Fira yang berbalut plaster. Saat itu semua mata tertumpu kepada Fira.

“Err..takde apa aunty. Terhiris pisau masa nak potong epal tadi.” Sopan gadis itu menjawab. Datin Hashima dan yang lain hanya mengangguk.

“Kau potong epal sambil ingat boyfriend ke Fira?” Usikan Sofea itu meledakkan ketawa mereka. Fira menghadiahkan jelingan maut kepada Sofea. Sofea yang berpura-pura takut pantas memeluk lengan suaminya.

“Dah lewat ni. Kami mintak diri dululah.” Dato’ Zahrin bersuara.

“Mummy, Aril nak pergi toilet kejap.” Zafril terus menghilangkan diri ke dalam.

“Jomlah kita keluar dulu. Boleh tunggu Aril kat luar je.” Cadang Datin Hashima.

Rizuan, Sofea serta ahli keluarganya turut keluar untuk menghantar Datin Hashima dan suaminya sehingga ke pintu pagar. Fira pula masih berada di ruang tamu kerana dia mahu mengemaskan ruang itu.

“Terhiris jari sebab ingatkan saya ke?” Berderau darah Fira mendengar suara yang sangat dekat di telinganya. Dia tahu itu Zafril dan dia hanya kaku tanpa sebarang jawapan.

“Saya balik dulu. Goodnight sayang, sleep well. Assalamualaikum.” Usai memberi salam, Zafril melangkah ke luar rumah memandangkan mereka semua sedang menunggunya. Fira terus mengangkat pinggan kotor ke dapur. Bibirnya mengulum senyuman apabila teringatkan Zafril.

“Fira, dah malam ni. Kau tak payah nak kemas semua ni. Dah pergi masuk tidur.” Tiba-tiba kedengaran suara Sofea di dapur.

“Fea, kau tu yang patut pergi tidur tahu tak. Ini malam pengantin kau. Kesian kat hubby kau.” Usik Fira.

“Eh kau ni, jangan buat aku malu boleh tak perempuan! Dah jom naik.” Sofea menarik lengan Fira untuk mengekorinya.

“Fira.” Panggil Sofea sebelum dia masuk ke dalam biliknya. Fira menoleh memandang sahabatnya.

“Aril tu lelaki yang baik. He will take care of you. I knew him well.” Kemudian Sofea terus menyusup ke dalam biliknya.

“Aril tu lelaki yang baik. He will take care of you. I knew him well.” Kata-kata Sofea masih terngiang-ngiang di telinga Fira. Muka jam sudah menunjukkan jam 2 pagi namun gadis itu masih belum dapat melelapkan mata. Fikirannya kini hanya terisi dengan nama dan wajah Zafril.

“I love you Fira.” Ayat keramat itu masih bermain-main dalam fikirannya. Fira tersenyum malu dan mukanya ditekup dengan bantal.

“Aril, I love you too!” Jeritan itu hanya bergema dalam hati Fira.

“Hai pengantin baru, lambat turun.” Usik Zafril kepada Sofea dan Rizuan.

“Aik bila kau sampai Aril? Rajin pulak datang rumah aku pagi-pagi ni.” Ujar Sofea hairan. Jarang sekali Zafril datang awal pagi ke rumahnya.

“Ni ha, mummy buatkan pengat pisang special favourite kau. Dia suruh aku hantar.” Zafril menunjukkan sebuah bekas plastik sederhana besar yang tertutup rapi.

“Waw, best la aunty ni. Tengok, dia sayang aku lebih dari kau tau.” Sofea berkata bangga. Rizuan hanya tersenyum melihat telatah isterinya.

“Eleh kau tu mengada aje lebih. Mentang-mentang la pengantin baru.” Balas Zafril tidak mahu kalah.

“Eh, sudah-sudah. Kamu berdua ni bertekak bila nak habis? Bilanya kita nak sarapan ni?” Suara Puan Salma yang baru tiba dari dapur mematikan perang mulut antara Zafril dan Sofea. Sofea hanya tersengih dan Zafril pula terus memandang Fira yang sedang sibuk menuang air the ke dalam cawan.

“Woi! Tak elok tengok anak dara orang lama-lama.” Jerkahan Sofea memeranjatkan Zafril.

“Err..ma..na, mana ada. Apa kau merepek ni Fea?” Gugup Zafril dibuatnya. Terasa darahnya menyerbu ke muka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience