Series
11247
SUASANA di balai ketibaan lapangan terbang masih sibuk walaupun jam sudah hampir menginjak malam. Orang ramai berselisih langkah, ada yang baru tiba bersama keluarga, ada yang tergesa-gesa menarik bagasi menuju ke pintu keluar.
Namun di tengah kesibukan itu, Tiara berjalan dengan langkah yang semakin lama semakin berhati-hati.
Topi hitam yang dipakai ditarik sedikit ke bawah menutupi wajahnya. Matanya melilau ke sekeliling sejak tadi, memerhati setiap individu yang lalu berhampiran dengannya.
Sudah hampir dua puluh minit dia berada di kawasan itu selepas keluar dari balai ketibaan tetapi Tiara masih belum berani terus keluar mendapatkan pengangkutan.
Perasaannya tidak sedap. Sejak dari tadi dia rasa seperti diperhatikan.
Tiara mengetatkan genggaman pada pemegang bagasinya sebelum berpaling perlahan ke belakang.
Lelaki itu masih ada.
Jantung Tiara terus berdegup laju.
Lelaki berbaju gelap yang tadi berdiri berhampiran mesin ATM kini sedang berjalan perlahan di belakangnya. Tidak terlalu dekat tapi cukup membuat Tiara sedar lelaki itu seperti sedang memerhatikannya.
Tiara cepat-cepat mengalihkan pandangan sebelum mempercepat langkah.
?Tak mungkin kebetulan?? gumamnya perlahan.
Dia terus menukar arah, sengaja masuk ke kawasan kedai serbaneka yang masih dibuka dua puluh empat jam. Kononnya mahu membeli air mineral, padahal matanya sibuk memerhati pantulan cermin kaca di belakang rak makanan ringan.
Dan benar.
Lelaki itu turut berhenti tidak jauh darinya.
Tiara menelan liur perlahan.
Sudah sepuluh tahun dia meninggalkan Malaysia selepas ibunya meninggal. Selama itu juga dia hidup jauh dari orang-orang yang pernah mengenali dirinya di sini atau mungkin sudah tidak mengingati dirinya langsung.
Jadi kenapa baru saja Tiara menjejakkan kaki semula ke negara ini, sudah ada orang mengekori?
Tiara cepat-cepat mengambil botol air mineral sebelum menuju ke kaunter pembayaran. Selesai membayar, dia terus keluar semula dari kedai itu dan kali ini langkahnya jauh lebih laju.
Dia perlu keluar dari sini dengan cepat.
Beberapa minit kemudian, Tiara akhirnya menaiki sebuah teksi yang sedang menunggu di luar lapangan terbang.
?Nak pergi mana, dik?? tanya pemandu teksi itu ramah.
Tiara diam beberapa saat. Dia sebenarnya belum tahu mahu pergi ke mana.
Rumah lama keluarganya?
Tak mungkin.
Kalau benar ada orang sedang mencarinya, tempat pertama yang mereka akan jejakinya sudah tentulah rumah itu.
?Boleh pak cik hantar saya kat mana-mana hotel murah yang pak cik tahu,? jawab Tiara akhirnya.
Pemandu teksi itu sempat memandangnya melalui cermin depan sebelum mengangguk perlahan.
?Datang bercuti sorang-sorang ke??
?Ha?ah?? jawab Tiara ringkas.
Dia terus memandang ke luar tingkap sambil cuba mengawal debar di dada.
Namun belum sampai lima minit perjalanan, Tiara sempat ternampak sebuah kereta hitam di belakang teksi mereka.
Dan kereta itu masih ada walaupun beberapa kali teksi yang dinaikinya menukar laluan.
Tiara mula rasa sejuk di hujung jari.
?Dik? dik okey ke?? tegur pemandu teksi itu bila melihat wajah Tiara yang makin pucat.
?Pak cik?? Tiara bersuara perlahan sambil cuba mengawal nada suaranya supaya tidak kedengaran panik. ?Boleh tak pakcik tukar jalan lain??
?Hah? Kenapa??
?Saya rasa macam ada orang ikut saya.?
Pemandu teksi itu cepat-cepat memandang cermin sisi sebelum mengerutkan dahi.
?Kereta hitam belakang tu ke??
Tiara terus diam.
Maksudnya bukan dia seorang yang perasan.
Pemandu teksi itu terus menukar laluan tanpa banyak soal. Dia masuk ke beberapa jalan kecil sebelum keluar semula ke jalan utama.
Nasib baik kereta hitam tadi akhirnya hilang dari pandangan.
Tiara menghembus nafas perlahan.
Namun rasa takut itu masih belum hilang sepenuhnya.
?Dik ada masalah ke?? soal pakcik teksi itu lagi.
Tiara terus menggeleng cepat.
?Tak ada apa-apa??
Tiara tak mungkin boleh percayakan sesiapa sekarang.
Beberapa minit kemudian, teksi itu berhenti di hadapan sebuah hotel murah yang agak tersorok di celah deretan bangunan lama.
Tiara memandang kawasan sekeliling sebelum turun dari teksi.
Hotel itu nampak biasa. Itulah tempat paling sesuai dan yang Tiara rasa perlukan sekarang.
Tempat yang orang takkan syak dia sanggup menginap di situ, kalau benar ada seseorang sedang mengekorinya.
Selesai check in, Tiara terus masuk ke bilik kecil yang hanya mempunyai sebuah katil, kipas siling dan bilik air sempit di penjuru ruang.
Tiara meletakkan bagasinya perlahan sebelum duduk di hujung katil.
Untuk pertama kali sejak tiba di Malaysia, dia akhirnya dapat bernafas sedikit lega. Namun lega itu tidak bertahan lama.
Tiara bangun semula lalu menarik langsir tingkap perlahan.
Matanya terus melilau ke bawah. Takut kalau-kalau kereta hitam tadi masih ada. Nasibnya baik, tiada kereta yang mencurigai berada di kawasan berdekatan hotel tersebut.
Tiara menghembus nafas perlahan sebelum menyandarkan belakangnya ke dinding.
?Siapa sebenarnya lelaki yang ekori aku tadi?? bisik Tiara perlahan sambil memeluk tubuhnya sendiri.?Tak ada siapa pun tahu aku balik Malaysia??
Seseorang tiba-tiba terlintas di fikirannya.
?Papa?? Tiara tertawa hambar. ?Kalau betul dia masih peduli pasal aku, dah lama dia cari aku.?
Wajah Tiara berubah dingin.
?Sepuluh tahun? langsung tak pernah muncul. Entah papa masih ingat aku anak dia ke tak? So, kenapa sekarang macam ada orang dah tahu aku balik??
Tangannya perlahan-lahan menggenggam loket kecil di lehernya. Satu-satunya peninggalan ibunya.
Tiara pejam mata seketika bila wajah wanita itu mula bermain dalam fikirannya.
Sepuluh tahun lalu, belum hilang kesedihan Tiara menangisi kehilangan ibunya terus dirinya dihantar ke kampung dan selepas itu, ayah kandungnya langsung tidak pernah mencarinya untuk dibawa pulang.
Bukan langsung tidak menjenguk tapi papanya tidak pernah bertanya khabar juga. Seolah-olah Tiara tak pernah wujud.
Itulah sebab sebenar Tiara kembali ke Malaysia setelah menetap di luar negara bertahun-tahun kerana dia mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku antara ibu dan papanya sampai lelaki itu membuangnya begitu saja setelah kematian ibunya.
Dan paling yang Tiara mahu tahu apa punca kematian ibunya.
?Tak ada siapa boleh halang aku sekarang! Aku akan cari tahu apa yang berlaku pada mama dan?siapa sebenarnya ?bunuh? mama??
?ARE you sure, Tiara? Still nak continue your plan? I tak nak I yang kena datang Malaysia cari you pulak??
Tiara menghela nafas perlahan. Dia sudah dapat agak reaksi Jane bila mendengar ceritanya. Dan pastinya kawannnya itu akan suruh Tiara pulang ke Australia dengan segera dari terus berada di Malaysia.
?Nothing dangerous la, Jane. Don?t worry, okay,? ujar Tiara cuba menenangkan Jane.
?Tak dangerous you cakap?? Kuat suara Jane dalam talian. ?You baru jejak kaki je dah ada orang follow you. What if, someone upah orang tu untuk culik you?? ujar Jane yang masih risau.
?That?s why I kena cari tahu siapa yang cuba upah orang untuk culik I kalau betul lelaki tu memang follow I sebab nak culik I,? balas Tiara berani. ?Dah sepuluh tahun I tinggalkan Malaysia tanpa pengetahuan papa I and? he never even cared where I went. So, you tak rasa pelik ke kalau tiba-tiba ada orang follow I??
?Of course I pun rasa pelik but?? Jane terdiam seketika. ?I lagi risau pasal keselamatan you. Even Malaysia tu tempat kelahiran you tapi tak ada siapa boleh jaga you kat sana sorang-sorang,? luah Jane perlahan.
Tiara terharu mendengarnya. Jane, wanita berdarah campuran Melayu-English itu tidak pernah berhenti mengambil berat tentang keselamatan Tiara. Sejak mereka kenal, Jane sentiasa berada di sisi Tiara agar gadis itu tidak merasa terasing hidup di tempat orang.
?Thanks, Jane. But don?t worry, okay. I akan jaga diri I. Promise,? balas Tiara berjanji.
?Hmm, okay. Tapi I rasa you better I hire bodyguard la, Tia. Apa kata biar I yang cari bodyguard untuk you?? ujar Jane bersungguh.
Tiara tergelak kecil. Kalau dia benar-benar mahu mengupah pengawal keselamatan, tak perlu sampai Jane yang berada jauh beribu batu bersusah payah mencarikan seseorang untuknya walau zaman sekarang semuanya hanya di hujung jari.
?No need la. I nak stay low profile kot. You siap suruh I hire bodyguard lagi?? bantah Tiara.
?And then? Macam mana I nak stay calm kalau asyik fikir pasal you?? soal Jane sebelum ketawa kecil. ?Ataupun? alang-alang you balik Malaysia tu, why not cari calon suami sekali? Maybe handsome and hot hubby lebih useful daripada handsome bodyguard untuk protect you,? usik Jane nakal.
?Itu even more ridiculous!? bantah Tiara kuat hingga mengundang tawa Jane di hujung talian.
SEJAK beberapa hari menginap di hotel murah itu, Tiara langsung tidak keluar terlalu jauh dari kawasan sekitar. Malah dia juga mengubah penampilannya.
Rambut panjangnya disembunyikan di dalam hoodie lusuh. Pakaiannya pula sengaja dipilih daripada bundle murah yang dijual di pasar malam berhampiran hotel.
Berbaju besar, berseluar longgar dan berkasut lusuh. Wajahnya pula sengaja dibiarkan kusam tanpa sebarang solekan, malah rambutnya juga tidak terurus seperti selalu agar tiada sesiapa dapat mengecam dirinya dengan mudah.
Tiara tak kisah kalau orang pandang dia macam budak kampung atau pengemis sekalipun asalkan tiada sesiapa cam siapa dirinya yang sebenar.
Malam itu, Tiara baru saja pulang selepas membeli makanan di gerai berhampiran. Tangannya memegang plastik bungkus makanan sementara langkahnya perlahan menaiki tangga menuju ke tingkat atas hotel.
Suasana agak sunyi. Lampu koridor pula malap dan sesekali berkelip seperti mahu padam.
Tiara terus berjalan menuju ke biliknya sebelum langkahnya tiba-tiba terhenti.
Dahinya terus berkerut.
Ada seseorang bersandar di depan pintu biliknya.
Plastik makanan di tangan Tiara hampir terlepas.
Untuk beberapa saat, Tiara kaku di situ.
Lelaki itu langsung tidak bergerak. Tubuhnya bersandar lemah pada dinding dengan kepala tertunduk ke bawah. Baju hitam yang dipakainya pula dipenuhi darah sehingga menitik perlahan ke lantai koridor.
Jantung Tiara mula berdegup makin laju.
?Ya Allah??
Spontan Tiara berpaling memandang sekeliling koridor yang sunyi.
Tak ada sesiapa. Sunyi sampai dia sendiri boleh dengar degupan jantungnya. Perlahan-lahan Tiara melangkah setapak mendekati lelaki itu. Nafasnya mula terasa tak teratur.
Lelaki itu sudah mati ke?
Matanya terus tertancap pada tangan lelaki itu yang dipenuhi darah. Jam hitam yang melilit pergelangan tangannya jelas kelihatan mahal walaupun terkena percikan darah.
Dan luka di bahagian sisi tubuh lelaki itu, bukan macam luka biasa. Macam kesan tembakan.
Tiara terus menelan liur.
Siapa sebenarnya lelaki ni?
Belum sempat Tiara berfikir lebih jauh, lelaki itu tiba-tiba bergerak sedikit sebelum perlahan-lahan mengangkat wajahnya.
Tiara terus tersentak.
Wajah lelaki itu pucat menahan sakit tetapi rahangnya masih nampak tegang. Pandangan matanya pula terlalu tajam untuk lelaki yang hampir mati.
Mata mereka bertembung beberapa saat.
Dan entah kenapa, renungan lelaki itu buat Tiara rasa tak sedap hati.
Macam lelaki itu berbahaya.
Tiba-tiba tangan lelaki itu pantas mencapai pergelangan tangan Tiara.
Tiara hampir menjerit kecil kerana terkejut.
?Please?? suara lelaki itu serak menahan sakit tetapi genggaman tangannya masih kuat. ?Help me??
Share this novel