Series
11247
DALAM pukul tiga pagi, Darris tiba-tiba terjaga daripada tidurnya bila terasa sesuatu menyentuh wajahnya. Dahinya terus berkerut sedikit sebelum perlahan-lahan membuka mata dalam suasana bilik yang masih gelap dan sunyi.
Hanya lampu malap dari luar tingkap yang menerangi sedikit ruang bilik hotel kecil itu.
Darris cuba bergerak sedikit sebelum akhirnya sedar sesuatu. Ada tapak tangan kecil melekap elok di pipinya. Darris terus memandang ke sebelah.
Tiara sedang tidur lena di sisinya dengan wajah separuh terlindung di sebalik rambut yang sedikit berselerak. Bantal peluk yang tadi diletakkan gadis itu di tengah antara mereka pula sudah senget hampir jatuh ke bawah, malah sebelah kaki Tiara juga sedang memeluk bantal itu tanpa sedar.
Dan tangan Tiara boleh pula sesuka hati ?mendarat? di muka Darris.
Darris memandang tangan itu beberapa saat sebelum perlahan-lahan mengalihkannya dari wajahnya.
Namun matanya masih tertancap pada Tiara.
Entah kenapa situasi itu terasa sedikit pelik bagi dirinya.
Sepanjang hidup Darris, tak pernah ada sesiapa yang cukup berani mendekati dirinya.
Tapi perempuan ini?
Bukan saja bawa lelaki asing masuk bilik hotel tapi siap boleh tidur lena macam langsung tak risau apa-apa.
Sudut bibir Darris perlahan-lahan terangkat nipis.
?Crazy girl?? gumamnya perlahan.
Matanya kembali jatuh pada bantal peluk tersebut. Kononnya mahu buat sempadan tapi akhirnya Tiara sendiri yang langgar ?sempadan? itu dalam tidur.
Darris mengalihkan pandangannya ke siling bilik sebelum perlahan-lahan menyentuh bahu kirinya yang masih berbalut.
Nasib baik peluru itu cuma terkena sipi bahunya. Kalau tembakan itu tersasar sedikit lagi, mungkin dia takkan masih bernafas sekarang.
Darris menghembus nafas perlahan sebelum matanya kembali jatuh pada Tiara yang sedang tidur lena di sebelahnya.
Dan entah kenapa buat pertama kali, dia rasa sedikit bersyukur perempuan itu memilih untuk menolongnya malam tadi.
Kalau bukan sebab Tiara cepat menghentikan perdarahannya, mungkin darahnya sudah habis mengalir sebelum orang-orangnya berjaya menjejakinya.
Perlahan-lahan mata Darris kembali jatuh pada wajah Tiara yang sedang tidur lena di sebelahnya.
Dalam cahaya samar dari luar tingkap, wajah gadis itu nampak jauh lebih tenang berbanding waktu berjaga. Tiada lagi pandangan berjaga-jaga atau mulut yang asyik melawan cakapnya sejak semalam.
Tanpa sedar, tangan Darris perlahan-lahan terangkat. Seolah-olah mahu menolak helaian rambut yang jatuh menutupi wajah Tiara.
Namun sebelum jarinya sempat menyentuh gadis itu, Darris tiba-tiba terhenti.
Dahinya terus berkerut kecil.
?Apa aku buat ni??
Tangannya perlahan-lahan jatuh semula sebelum Darris mengalihkan pandangan ke arah lain.
Hampir saja dia ketawa kecil sendiri.
Tak masuk akal. Dia langsung tak kenal perempuan itu.
Tapi entah kenapa sejak semalam, matanya asyik kembali pada Tiara seolah-olah ada sesuatu tentang gadis itu yang susah untuk dia abaikan.
Dengan berhati-hati, Darris cuba bangun perlahan-lahan. Bukan sebab pergerakannya terlalu terbatas tetapi dia tak mahu mengganggu tidur Tiara.
Tangannya spontan menyentuh bahu kirinya yang masih terasa pedih sebelum sebelah lagi tangannya menyeluk poket seluar.
Bila terasa telefon bimbit serta dompetnya masih ada di situ, Darris menoleh sekilas ke arah Tiara.
Sudut bibirnya perlahan-lahan terangkat kecil.
Nampaknya gadis yang menyelamatkannya itu bukan saja berani tak masuk akal? tapi jujur juga.
Darris bangun dari katil sebelum berjalan perlahan ke hujung bilik lalu terus menghubungi seseorang.
Tak sampai beberapa saat, panggilannya disambut.
?Mr. Rayden! Thank God, you?re safe,? ujar suara lelaki di hujung talian dengan nada lega yang jelas.
?You know where I am?? soal Darris serius sambil melirik sekilas ke arah Tiara yang masih tidur.
?Yes, sir. We already tracked your location but like you told us before? kami kena tunggu you bagi signal dulu. That?s why kitorang tak bergerak terburu-buru.?
Darris mengangguk kecil.
?Good.?
Wajahnya kembali serius.
?Now pick me up.?
Darris berkira-kira mahu keluar dari bilik tersebut sebaik menerima signal daripada salah seorang anak buahnya. Namun langkahnya tiba-tiba terhenti di depan pintu sebelum dia berpaling memandang Tiara yang masih lena tidur di atas katil.
Entah kenapa, Darris rasa sedikit serba salah untuk pergi begitu saja.
Tapi Darris tiada pilihan lain. Lebih lama dia berada di hotel murah itu, lebih besar risiko bahaya akan sampai kepada Tiara juga.
Mata Darris tertancap beberapa saat pada wajah gadis itu sebelum sudut bibirnya terangkat nipis.
?Thank you for saving me?? bisiknya perlahan.
Beberapa saat Darris terdiam sebelum kembali bersuara rendah.
?And? I?m sorry for causing you trouble.?
TIARA membuka matanya perlahan-lahan sebelum mengeliat kecil di atas katil. Namun beberapa saat kemudian, dahinya terus berkerut bila tangannya teraba-raba di ruang sebelahnya yang terasa kosong.
Tiara spontan berpaling dan matanya terus terbuka luas.
Darris dah tak ada.
Bantal di sebelahnya juga sudah kosong seolah-olah lelaki itu memang sudah lama meninggalkan bilik tersebut.
?Eh? Mana pula mamat ni?? gumam Tiara sambil bangun duduk di atas katil.
Rambutnya yang sedikit berselerak ditolak ke belakang sebelum matanya melilau memandang sekeliling bilik kecil itu.
Sunyi.
Tak ada langsung bunyi pergerakan.
Dari atas katil, Tiara terus berpaling memandang bilik air. Namun tiada bunyi air ataupun bayang seseorang di dalamnya. Pintu bilik air itu juga terbuka sedikit.
?Dia dah pergi ke?? Wajah Tiara mula berubah penuh tanda tanya. ?Pergi macam tu je??
Spontan Tiara terus melihat dirinya sendiri sebelum menghembus nafas lega bila mendapati pakaiannya masih lengkap seperti malam tadi.
Sempat juga Tiara fikir bukan-bukan. Mana tahu lelaki itu tergesa-gesa melarikan diri sebab dah buat sesuatu dekat dia tanpa sedar.
?Hisy? aku ni pun,? bebel Tiara sendiri sebelum mengurut dahinya perlahan.
Namun entah kenapa, rasa lega itu datang bersama satu lagi perasaan lain yang susah hendak dijelaskan.
Macam pelik.
Tiara cepat-cepat menggeleng kecil cuba membuang fikirannya sendiri.
?Baguslah kalau dia dah pergi. At least, kurang satu masalah aku,? ujar Tiara sambil turun dari katil.
Dia terus mencapai bantal peluk yang hampir jatuh ke lantai malam tadi sebelum membetulkan sedikit keadaan katil yang berselerak.
Macam biasa, Tiara memang tak mahu serabut memikirkan hal lain. Terutamanya lelaki. Hidupnya sendiri pun dah cukup rumit untuk dia tambah masalah baru.
Rutin Tiara kembali seperti beberapa hari lepas menginap hotel tersebut. Sepanjang hari Tiara berkurung dalam bilik untuk mencari cara bagaimana dia mahu kembali ke rumah lamanya dengan selamat.
Patut ke Tiara upah pengawal peribadi seperti yang Jane cadangkan?
Tapi macam mana Tiara nak menyamar dirinya hidup dalam kesusahan untuk membuat papanya rasa bersalah?
?Huh! Nak balik rumah sendiri pun?stress,? rengus Tiara dan kemudian dia bangun untuk keluar cari makan sebelum lewat petang.
Baru saja Tiara buka pintu, tiba-tiba matanya membulat memandang beberapa orang lelaki bertubuh tegap yang sedang berdiri di luar biliknya.
Kesemua mereka berpakaian seragam hitam lengkap dengan kot suit kemas dan earpiece di telinga. Di bahagian dada pula tersemat lencana berwarna silver bertulis?
D.R Vanguard Security.
Aura mereka jelas seperti pengawal peribadi golongan VIP. Dan cara mereka berdiri saja sudah cukup membuatkan koridor hotel murah itu tiba-tiba terasa sempit.
Tiara terus memandang mereka silih berganti dengan wajah blur sebelum terdengar bunyi langkah seseorang berjalan mendekati mereka dari hujung koridor.
Dan serentak itu juga, semua lelaki bertubuh tegap tadi terus menundukkan kepala hormat.
?Sir.?
Tiara spontan berpaling.
Matanya terus membulat besar.
Darris.
Lelaki itu sedang berjalan santai ke arah mereka dengan pakaian serba hitam yang jauh berbeza daripada dirinya malam tadi. Rambutnya juga sudah tersusun kemas sementara wajah pucatnya kini nampak jauh lebih hidup walaupun masih jelas kesan luka di bahagian bibirnya.
Tiara terus terkedu beberapa saat.
?You?? soalnya tak percaya.
Sudut bibir Darris perlahan-lahan terangkat nipis bila melihat reaksi Tiara.
?Yes, it?s me.?
Tiara terus memandang lelaki-lelaki lain di situ sebelum kembali pada Darris.
Darris yang perasan perubahan wajah Tiara terus memberi isyarat pada anak-anak buahnya supaya berundur sedikit sebelum dia menghampiri Tiara lalu menolak wanita itu masuk semula ke dalam bilik.
Terkejut Tiara dengan tindakan Darris, apatah lagi bila lelaki itu turut melangkah masuk sebelum mengunci pintu bilik dari dalam.
?You buat apa ni?? Tiara terus memandang Darris tak puas hati.
Namun Darris hanya bersandar tenang pada pintu sambil memandang wajah Tiara yang masih jelas nampak gelisah.
?Relax,? ujar Darris rendah.
Tiara terus berkerut.
?Macam mana I nak relax bila tiba-tiba depan bilik I penuh dengan orang-orang yang I tak kenal??
Sudut bibir Darris terangkat nipis.
?Sekarang cuma ada kita berdua je kat sini.? Matanya tepat menikam wajah Tiara. ?So, you tak perlu takut atau risau apa-apa.?
Tiara terkedu seketika bila mendengar nada suara lelaki itu yang tiba-tiba berubah lembut.
Dan entah kenapa, ayat itu buat jantungnya berdegup pelik.
?Err?? Tiara memandang Darris dengan penuh tanda tanya. ?Buat apa you datang sini lagi? Bukan you dah pergi tadi??
Darris memandang Tiara tepat sebelum sudut bibirnya terangkat nipis.
?I came back to see you again.?
?Ha?? Tercengang Tiara.
Darris menarik nafas perlahan sebelum menyandar santai pada bingkai pintu.
?I rasa I tak patut blah macam tu je lepas apa yang you buat untuk I.? Suaranya tenang, tapi kali ini kurang dingin berbanding semalam. ?At least? biar I balas jasa you dulu.?
Tiara terus memandang lelaki itu dari atas ke bawah sebelum ketawa sinis kecil.
?Oh? jadi sebab tu you datang balik?? Tiara menjeling Darris. ?Sekali bawa satu kampung.?
Bahu Darris terangkat sedikit. Wajahnya selamba. Langsung tidak terasa sindiran Tiara. Kemudian dia memandang Tiara beberapa saat sebelum mengeluarkan dompetnya.
Tiara terus mengangkat kening.
?You nak bayar bilik hotel I??
Sudut bibir Darris terangkat nipis.
?Maybe.?
Tiara terus mencebik kecil.
?I tak perlukan duit you.?
?You dah selamatkan hidup I.?
?So??
?So I owe you.?
Tiara terus melipat tangan ke dada. ?Tak semua benda boleh dibayar dengan duit.?
Darris memandang Tiara agak lama. Dan entah kenapa jawapan Tiara itu seperti menarik minat lelaki tersebut.
?You selalu reject orang macam ni??
?Depends.? Tiara sengaja meniru cara lelaki itu bercakap semalam. ?Kalau orang tu annoying macam you? yes.?
?You know?? Darris melangkah setapak. ?Sepanjang hidup I, tak ramai orang berani cakap dengan I macam ni.?
Tiara terus menjeling.
?Congratulations.?
Darris ketawa perlahan kali ini. Betul-betul ketawa kecil bukan sekadar senyum sinis seperti sebelumnya.
?Dangerous girl.?
?Annoying guy.?
?Nice combo.? Darris senyum penuh makna.
Dan entah kenapa?buat pertama kali sejak kembali ke Malaysia, Tiara rasa hidupnya bakal jadi lebih rumit kerana seorang lelaki.
Share this novel