Bab 2

Romance Series 11247

TIARA hampir menarik tangannya semula tetapi genggaman lelaki itu terlalu kuat untuk seseorang yang sedang cedera.

?Please?? suara lelaki itu kedengaran semakin lemah. ?Help me??

Tiara menelan liur perlahan sambil memandang wajah lelaki itu yang semakin pucat.

Otaknya mula bercelaru.

Adakah dia patut lari dan tak patut campur urusan orang lain. Lagipun sejak tiba di Malaysia, hidupnya sendiri pun belum tentu selamat.

Mana tahu lelaki ni sebenarnya penjenayah?

Atau mungkin orang yang sedang diburu?

Namun bila mata Tiara jatuh pada darah yang semakin banyak mengalir di lantai, hatinya mula tak sampai hati.

Kalau dia tinggalkan lelaki itu macam ini saja, mungkin lelaki itu akan mati depan biliknya malam ini. Kalau hal itu terjadi, lagi menimbulkan masalah besar buat dirinya.

?Damn?? Tiara meraup wajahnya kasar sebelum mencangkung di depan lelaki itu. ?Can you stand??

Lelaki itu tak terus menjawab. Nafasnya jelas berat menahan sakit.

Tiara mengetap bibir sebelum cuba menarik sebelah lengan lelaki itu ke bahunya.

?Hey! Kalau you masih nak hidup, you better cooperate dengan I.?

Lelaki itu membuka mata perlahan sebelum memandang Tiara tepat ke wajah.

Dan sekali lagi Tiara rasa tak selesa dengan renungan tajam itu.

Walaupun wajah lelaki itu pucat dan tubuhnya lemah, aura dia tetap buat Tiara rasa tertekan.

Macam lelaki ini biasa mengarah orang.

?Bawa I?? suara lelaki itu perlahan.

Tiara terus mengeluh kecil.

?Yalah, yalah. I tahu.?

Dengan susah payah, Tiara membantu lelaki itu berdiri sebelum membawa masuk tubuh tinggi itu ke dalam biliknya.

Pintu cepat-cepat dikunci sebaik saja mereka masuk.

Tiara hampir jatuh terduduk bila lelaki itu tiba-tiba kehilangan tenaga lalu tubuhnya tersandar berat pada Tiara.

?You ni makan apa sampai berat macam ni?? bebel Tiara separuh mengah.

Lelaki itu tak menjawab.

Matanya kembali tertutup.

?Eh, jangan pengsan dulu!? Tiara menepuk perlahan pipi lelaki itu. ?You mati nanti, I jugak yang susah.?

Tiara akhirnya berjaya membawa lelaki itu di birai katil dalam biliknya sebelum merebahkan lelaki itu atas katilnya.

Untuk beberapa saat, dia hanya berdiri memandang lelaki asing di depannya dengan perasaan serba salah.

Patut ke dia telefon ambulans?

Polis?

Tapi kalau polis datang, macam mana kalau identiti dia pula terbongkar?

Tiara cepat-cepat menggeleng.

Tak boleh.

Belum masanya lagi.

Tiara menghela nafas panjang sebelum mencapai tuala kecil lalu membasahkannya.

?Okay? jangan mati dulu. I?ll do my best? supaya hidup I tak menyusahkan kemudian hari sebab pilih tolong you.?

Dia mula membersihkan darah pada sisi tubuh lelaki itu sebelum dahinya terus berkerut.

?Ya Allah??

Luka itu memang nampak serius.

Dan semakin Tiara membersihkan darah pada baju hitam lelaki itu, semakin jelas luka tersebut seperti kesan tembakan.

Jantung Tiara mula berdegup makin laju.

Siapa sebenarnya lelaki ini?

Tangannya tiba-tiba terhenti bila matanya tertancap pada jam hitam yang masih melekat pada pergelangan tangan lelaki itu. Walaupun dipenuhi darah, Tiara masih dapat melihat reka bentuk jam tersebut nampak mahal dan eksklusif.

Bukan jenis jam yang orang biasa pakai.

Jari lelaki itu pula panjang dan kemas, langsung tak nampak seperti lelaki yang hidup biasa-biasa.

Tiara perlahan-lahan mengangkat pandangan ke wajah lelaki itu semula.

Dalam keadaan hampir separuh mati pun, lelaki itu masih ada aura yang susah dijelaskan.

Macam seseorang yang terbiasa berada di atas.

Terbiasa mengarah orang.

Dan terbiasa mendapatkan apa yang dia mahu.

Tiara cepat-cepat mengalihkan pandangan. Rasanya dia tak perlu ambil tahu atau fikir siapa lelaki tersebut. Lagi kurang dia tahu tentang lelaki ini, lagi bagus.

?You selalu stare lelaki macam ni ke??

Tiara terus tersentak.

Matanya membulat memandang lelaki itu yang entah bila sudah membuka mata sambil memandangnya dengan pandangan redup.

Dan lelaki itu, siap boleh senyum nipis lagi.

?You belum mati rupanya,? sindir Tiara spontan.

Sudut bibir lelaki itu terangkat sedikit.

?Disappointed??

Tiara terus menjeling tajam.

?Kalau I tahu you banyak cakap, memang I biar you mati kat luar tadi.?

Lelaki itu tergelak kecil tetapi wajahnya terus berubah menahan sakit selepas itu.

Tiara mengeluh perlahan.

?Better mulut you diam! Dah luka teruk macam ni pun masih sempat nak cakap benda yang menyakitkan hati orang.?

?Thanks sebab tolong I.? Nada suara lelaki itu kali ini jauh lebih perlahan.

Dan entah kenapa buat pertama kali sejak tadi, Tiara dapat rasa lelaki itu benar-benar ikhlas mengucapkan terima kasih.

Tiara cepat-cepat mengalihkan pandangan sebelum menyambung membersihkan luka lelaki itu.

?You kena tembak??

Lelaki itu diam.

Tiara terus mengangkat wajah memandangnya.

?Seriously??

?Curious sangat pasal I??

Tiara mencebik kecil.

?Tak. I cuma nak tahu sama ada I tengah tolong selamatkan manusia ataupun pembunuh.?

Lelaki itu memandang Tiara agak lama sebelum ketawa perlahan.

Dan sekali lagi lelaki itu nampak terlalu tenang untuk seseorang yang cedera teruk.

?You?re a brave girl? berani bawa lelaki stranger masuk bilik hotel??

?Excuse me? Kepala you pun ada cedera sekali ke?? sindir Tiara tajam. ?You yang minta tolong dekat I, remember??

Tiara bangun menuju ke meja kecil sebelum mencapai kotak kecemasan yang dibelinya beberapa hari lalu.

Nasib baik dia memang jenis berjaga-jaga. Kalau tak, luka lelaki ini memang tak dapat nak diberikan rawatan kecemasan.

Tiara kembali duduk di depan lelaki itu sebelum mula membalut lukanya.

Namun baru saja dia menyentuh bahagian luka itu, lelaki tersebut terus menggenggam pergelangan tangan Tiara spontan.

Tiara tersentak.

Mata mereka kembali bertembung.

Dan kali ini Tiara sedar sesuatu.

Walaupun lelaki itu nampak lemah, refleksnya masih terlalu cepat.

?Relax?? Tiara cuba menarik tangannya perlahan. ?I nak rawat luka you je.?

Lelaki itu melepaskan genggaman perlahan tetapi matanya masih memerhati Tiara tanpa berkelip.

Macam sedang menilai.

?You tak perlu nak suspicious sangat dengan orang yang tengah rawat luka you sekarang ni,? ujar Tiara menyampah sambil menarik kasar tangannya.

Sudut bibir lelaki itu terangkat nipis walaupun wajahnya masih pucat menahan sakit.

?In this world?? suaranya rendah sebelum matanya tepat menikam wajah Tiara. ?The people who look like they?re helping you? are usually the dangerous ones.?

Tiara terdiam seketika.

Nada suara lelaki itu berubah serius.

Dan entah kenapa ayat itu buat bulu tengkuk Tiara meremang sedikit.

Sunyi seketika memenuhi bilik kecil itu.

Hanya bunyi kipas siling dan nafas berat lelaki itu yang kedengaran.

?What should I call you?? tanya Tiara sambil memandang lelaki itu dengan penuh curiga.

?Darris,? jawab lelaki itu pendek. ?And you??

?I rasa you tak perlu tahu,? balas Tiara selamba. Dia lebih rasa selamat jika lelaki itu tidak tahu siapa dirinya.

Darris senyum sinis.

Tiba-tiba telefon bimbit yang berada dalam poket jaket Darris, berbunyi.

Tiara spontan memandang.

Darris pula terus mencapai telefon itu dengan pantas sebelum melihat skrin.

Dan untuk pertama kali sejak tadi, raut wajah Darris berubah serius. Dia terus mematikan panggilan tanpa menjawab.

Telefon itu kembali berbunyi beberapa saat kemudian.

Tiara mula berasa pelik.

?Girlfriend?? teka Tiara.

Darris memandang Tiara sekilas sebelum tersenyum nipis.

?Kalau I cakap no??

?Then someone must be really desperate nak cari you.?

Darris tak terus menjawab.

Sebaliknya dia hanya memandang skrin telefon beberapa saat sebelum memasukkan semula telefon itu ke dalam poket.

Dan tindakan itu cukup membuat Tiara semakin yakin.

Lelaki ini memang sedang diburu seseorang.

Tiba-tiba bunyi tapak kaki kedengaran dari luar koridor.

Tiara terus menegang.

Darris pula spontan bangun sedikit walaupun wajahnya jelas menahan sakit.

?You stay here,? arah Tiara perlahan sebelum berjalan mendekati pintu.

Namun baru saja tangannya mahu menyentuh tombol pintu, tubuhnya tiba-tiba ditarik kuat ke belakang.

Tiara hampir terjatuh di atas dada Darris.

Nafasnya terus tersekat.

Wajah mereka terlalu dekat.

Terlalu dekat sampai Tiara boleh nampak jelas luka kecil di hujung bibir lelaki itu.

?Did anyone see me coming here?? soal Darris perlahan tetapi tajam.

Tiara terkedu.

Dan buat pertama kali Tiara benar-benar sedar.

Lelaki yang sedang berada dalam biliknya sekarang mungkin bukan lelaki biasa.

Dan entah kenapa, naluri Tiara kuat mengatakan lelaki ini bukan saja membawa masalah.

Tetapi mungkin juga lelaki ini?dangerous!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience