Series
11247
TIARA masih belum sempat menjawab soalan lelaki itu bila tiba-tiba bunyi ketukan kuat kedengaran dari luar bilik.
Knock! Knock! Knock!
Jantung Tiara terus berdegup kencang.
Mata mereka automatik bertembung. Dan buat pertama kali, Tiara nampak perubahan pada wajah Darris.
Renungannya terus berubah tajam.
Dangerous.
Darris pantas menarik Tiara lebih dekat sebelum meletakkan jari telunjuknya ke bibir sendiri.
?Don?t make a sound.? Nada suara Darris rendah tetapi tegas.
Tiara terus terkedu. Entah kenapa tubuhnya spontan menurut tanpa membantah.
Ketukan di pintu kembali kedengaran.
Kali ini lebih kuat.
?Cik? Cik okey ke dalam tu?? suara seorang lelaki kedengaran dari luar.
Pekerja kaunter hotel.
Tiara cepat-cepat memandang Darris di depannya semula.
?Receptionist hotel je. You tak perlu takut,? bisik Tiara perlahan cuba menenangkan lelaki itu.
Darris menggeleng kecil sebelum perlahan-lahan berdiri walaupun wajahnya jelas menahan sakit.
Tiara terus berkerut.
?You nak buat apa??
Namun lelaki itu langsung tidak menjawab. Sebaliknya Darris berjalan perlahan ke tepi tingkap sebelum menyelak langsir sedikit. Matanya terus memerhati ke bawah.
Tiara hanya mampu memandang Darris dengan rasa pelik yang makin menebal. Walaupun cedera tapi cara lelaki itu bergerak langsung tak nampak macam orang biasa.
Nampak tenang, waspada dan terlalu berhati-hati. Macam Darris dah biasa berada dalam situasi begini.
Ketukan di pintu kembali berbunyi.
?Cik? Ada orang cari cik kat bawah.?
Tiara terus menegang.
?Ada orang cari aku?? gumam Tiara perlahan. Dia langsung tak kenal sesiapa di sini. Jadi siapa pula yang mencarinya malam-malam begini?
Darris terus berpaling memandang Tiara.
?Jangan buka pintu.?
Tiara berkerut.
?Entah-entah orang tu bukan cari I tapi?maybe you kut??
Darris diam beberapa saat sebelum berjalan mendekati Tiara perlahan-lahan. Dan semakin dekat lelaki itu berdiri di depannya, semakin Tiara sedar tubuh lelaki itu terlalu tinggi hingga membuatkan dia terasa kecil secara automatik.
?Trust me,? ujar lelaki itu perlahan. ?Kalau diorang cari I? diorang takkan ketuk pintu macam tu.?
Tiara terus terkedu. Ayat itu saja sudah cukup membuat bulu tengkuknya meremang.
?Cik? Cik ada dalam ke?? suara pekerja kaunter itu kedengaran lagi.
Tiara mula panik.
?What should I do??
Belum sempat Darris menjawab, bunyi telefon bimbit Tiara pula tiba-tiba berbunyi kuat.
Tiara hampir terlompat kecil.
?Shit!?
Darris pantas mencapai telefon Tiara sebelum terus mematikan panggilan.
Dan tindakan spontan lelaki itu membuat Tiara terus terpaku.
?You??
?Sshh.? Mata lelaki itu tajam menikam wajah Tiara.
Untuk beberapa saat, jarak mereka terlalu dekat sampai Tiara boleh rasa hembusan nafas lelaki itu pada wajahnya.
Dan entah kenapa situasi itu buat jantung Tiara berdegup makin laju.
Bukan sebab takut semata-mata tetapi ada sesuatu tentang lelaki ini yang buat Tiara susah nak bernafas dengan normal.
?Don?t make a sound. Biar orang kat luar tu fikir you tak ada dalam bilik sekarang,? bisik Darris perlahan.
Tiara terus mengangguk kecil walaupun jantungnya masih berdegup laju menurut arahan lelaki itu.
Ketukan di luar akhirnya berhenti beberapa minit kemudian.
Suasana kembali sunyi.
Namun Tiara masih belum mampu menghela nafas lega sepenuhnya.
Darris perlahan-lahan melepaskan telefon Tiara sebelum kembali duduk di birai katil. Wajahnya nampak makin pucat berbanding tadi.
?You okay?? soal Tiara spontan.
Lelaki itu tergelak kecil.
?Concern pasal I??
?I tak nak orang mati dalam bilik I.?
?Cute.?
Tiara terus menjeling tajam.
?Better you stop flirting before I campak you keluar.?
Darris kembali ketawa perlahan sebelum dahinya terus berkerut menahan sakit.
Tiara mengeluh kecil sebelum mencapai semula kotak kecemasan.
?Buka baju you.?
Darris terus mengangkat sebelah kening.
Tiara tersedar apa yang baru keluar dari mulutnya lalu terus menjeling geram.
?I mean? bahagian luka tu.?
Sudut bibir Darris terangkat nipis seperti sedang menahan tawa.
Dan itu buat Tiara lagi menyampah.
?Why are you smiling??
?You?re nervous.?
?No, I?m not.?
?You are.?
Tiara terus menarik kasar kain pembalut di tangannya.
Darris spontan mengerang perlahan.
?Serves you right.?
Namun kali ini Tiara mula membersihkan luka Darris dengan lebih berhati-hati. Dan semakin lama dia memandang lelaki tersebut, semakin Tiara rasa pelik.
Lelaki ini jelas bukan orang biasa. Kulit tangannya licin. Cara Darris bercakap pun bukan macam orang biasa. Malah jam mahal di pergelangan tangannya saja sudah cukup menunjukkan lelaki ini datang dari dunia yang jauh berbeza daripada hotel murah ini.
?You ni sebenarnya siapa?? soal Tiara tiba-tiba.
Darris memandang Tiara lama sebelum menjawab perlahan.
?Kenapa? Menyesal selamatkan I??
?Depends.?
Tiara mengangkat wajah memandang lelaki itu tepat.
?Kalau you pembunuh bersiri ke? mafia ke? maybe I patut fikir balik.?
Darris ketawa kecil.
Dan kali ini Tiara pasti.
Lelaki ini memang suka menyakitkan hati orang.
?You selalu cakap banyak bila takut??
Tiara terdiam sekejap. Soalan itu terkena tepat.
Darris memandang Tiara agak lama sebelum bersandar perlahan ke kepala katil.
?You takut.?
Bukan soalan tetapi kenyataan.
Tiara terus mengalihkan pandangan.
?I rasa semua orang pun akan takut bila ada orang follow diorang,? balas Tiara tanpa sedar.
?You kena follow??
Tiara terus tersentak kecil. Dia tak tahu kenapa dia rasa mahu berhenti bercakap tetapi renungan lelaki itu buat Tiara rasa seperti dia boleh nampak semuanya.
?Why you fikir macam tu?? soal Tiara.
?You keep checking the window every five minutes.?
Tiara terus diam. Memang sejak tadi dia asyik memandang tingkap.
Darris memerhati Tiara beberapa saat sebelum bersuara lagi.
?But you still helped me.?
Tiara menggigit bibir perlahan. Dia sendiri tak pasti kenapa dia buat keputusan bodoh itu.
?No.? Tiara ketawa hambar. ?I?m just too tired to be scared.?
Buat pertama kali sejak mereka bercakap, Darris terdiam agak lama. Renungannya pada Tiara berubah sedikit.
Dan entah kenapa, renungan itu buat Tiara rasa jantungnya berdebar lain macam.
Tiba-tiba telefon Darris berbunyi lagi. Kali ini Darris terus mencapai telefon tersebut. Wajahnya berubah serius sebaik melihat skrin.
Tiara sempat melihat beberapa panggilan tidak dijawab memenuhi telefon lelaki itu.
Dan sebelum Darris sempat mematikan panggilan?
Panggilan itu terlebih dulu bersambung.
?Mr. Rayden! We?ve been looking for you everywhere!?
Tiara terus terkedu.
Matanya automatik memandang lelaki di depannya.
Mr. Rayden?
Darris pantas mematikan panggilan tetapi sudah terlambat.
Tiara masih memandangnya tanpa berkelip.
?I rasa penat?? Darris bersuara perlahan sambil memejam mata seketika menahan sakit. ?I need to rest for a while? kalau tak, I mungkin betul-betul mati kali ni.?
Belum sempat Tiara membalas, Darris sudah memejam matanya perlahan seolah-olah perbualan mereka tadi langsung tidak penting baginya.
Tiara hanya mampu memandang Darris yang kini baring selesa di atas katil kecilnya seperti bilik hotel itu memang milik lelaki tersebut.
?Tak tahu malu betul?? bebel Tiara perlahan sambil memeluk tubuh.
TIARA keluar dari bilik air setelah selesai membersihkan diri dan menukar pakaian. Matanya terus tertancap pada Darris yang masih baring diam di atas katil tanpa sebarang pergerakan.
Tiba-tiba hati Tiara mula dilanda rasa tak sedap hati.
?Eh?? Tiara terus menghampiri katil dengan langkah laju sebelum perlahan-lahan meletakkan jarinya di bawah hidung Darris.
Beberapa saat kemudian, bahunya jatuh lega bila masih terasa hembusan nafas lelaki itu.
?Fuh?? Tiara terus memegang dada sendiri. ?Nasib baik hidup lagi.?
Darris masih bernafas. Malah perdarahan di bahu lelaki itu juga semakin berhenti selepas Tiara memberikan rawatan kecemasan seadanya.
Nasib baik Tiara pernah menyertai beberapa misi bantuan kemanusiaan ketika menetap di Australia dulu. Sepanjang terlibat sebagai sukarelawan, Tiara banyak belajar cara memberikan rawatan kecemasan kepada mangsa yang cedera sementara menunggu bantuan perubatan tiba. Sebab itu dia masih tahu apa yang perlu dilakukan walaupun panik melihat darah sebanyak itu.
Tapi Tiara ada masalah lain sekarang.
Di mana Tiara mahu tidur malam ini memandangkan Darris sudah tidur atas katilnya?
Dalam bilik hotel ini pula, bukannya ada sofa panjang macam dalam hotel mewah. Cuma ada sebuah kerusi plastik saja. Takkan Tiara nak tidur dengan duduk bersandar di kerusi plastik itu sampai ke pagi?
Atau Tiara kena tidur atas lantai tanpa sebarang lapik itu?
?Hisy? mamat ni pun satu. Sedap-sedap je tidur atas katil orang,? bebel Tiara perlahan sambil memandang Darris geram. ?Kalau tak ada duit nak check in sekalipun, boleh je minta tolong aku bayarkan bilik hotel? bukannya main conquer katil aku macam ni.?
Tapi betul ke lelaki yang sedang lena tidur itu tak berduit?
Tak mungkin.
Tengok jam mewah di pergelangan tangan lelaki itu pun Tiara dah boleh agak Darris bukan lelaki biasa-biasa.
Perlahan-lahan Tiara cuba menyeluk poket seluar lelaki itu, berniat mahu mencari dompet atau sekurang-kurangnya kad pengenalan lelaki tersebut.
Mana tahu dia boleh tahu identiti sebenar lelaki misteri itu.
Namun belum sempat tangannya menyentuh poket seluar Darris, lelaki itu tiba-tiba bergerak sedikit sambil dahinya berkerut seperti dapat merasakan sesuatu.
Tiara terus menarik tangannya laju.
?Amboi?? Tiara memandang Darris geram. ?Tadi bukan main tidur kaku macam mayat hidup.?
Dia memeluk tubuh sambil menjeling lelaki itu.
?Sekali orang nak check dompet dia sikit, terus bergerak? kuat betul instinct dia,? sambung Tiara geram sambil mundar-mandir dalam bilik kecil itu.
Matanya mula terasa berat. Entah berapa kali dia menguap sambil memandang lantai sempit di sebelah katil. Mana mungkin dia nak tidur atas lantai keras sampai pagi dalam bilik sekecil itu.
Tiara kembali memandang Darris yang masih langsung tak bergerak di atas katil.
?Haish?? Tiara mengeluh panjang. ?Tidur jelah sekali atas katil tu. Dari aku sakit badan tidur atas lantai sampai ke pagi.?
Dia cuba menyedapkan hati sendiri. Lagipun dalam keadaan Darris sekarang tak mungkin lelaki itu boleh apa-apakan dirinya.
?Tengah darurat kan??
Tiara terus mencapai bantal peluk lalu meletakkannya di tengah katil sebagai penghalang antara dia dan lelaki itu.
?Jangan dekat-dekat sangat dengan aku sudah.?
Perlahan-lahan Tiara merebahkan dirinya di sebelah Darris dengan tubuh mengiring membelakangi lelaki itu.
Matanya mula terpejam sedikit demi sedikit.
?Dia mesti tidur mati sampai pagi ni?? gumam Tiara perlahan. ?So, aku kena bangun awal sebelum dia sedar. Nanti tak pasal-pasal dia tuduh aku ambil kesempatan pulak.?
Namun jauh di sudut hati, Tiara tetap tak mampu menghilangkan rasa berjaga-jaga terhadap lelaki itu.
Share this novel