CHAPTER 2

Action Series 4239

Kertas putih bertulisan tangan itu digenggam kuat.

Tok tok tok.

pintu bilik diketuk, muncul Fendy sambil membawa satu botol kecil ditangan.

" Kau lupa ni "

fendy berjalan ke arah Ammar, bahunya ditepuk perlahan.

" Kirim salam aku dekat Anna " kata Fendy bersahaja. dia tersengih apabila melihat Ammar membuat penumbuk ke arahnya.

" Nah, aku siapkan bekal kau, paper roger ok ! pintu rumah sentiasa terbuka untuk anda, hahahaha..."

Fendy menghulur bekas Tupperware.

" Thanks bro, jasamu akan dikenang "

Bonet kereta Honda civic ditutup, Fendy yang berada di muka pintu ditatap sekali lagi.

" kalau ade orang cari aku cakap aku dah masuk alam bunian, hahaha "

Honda civic nya bergerak perlahan keluar dari perkarangan rumah agam tiga tingkat itu.

" Malam ni tolong siapkan beberapa orang untuk ikut aku pergi bar firoy, bawak sekali barang yang aku mintak " arah Ammar kepada salah seorang yang sedang membuat panggilan dengannya.

kereta dibelok ke kanan menuju ke arah bangunan 15 tingkat yang sedikit usang, disitulah tempat dia beroperasi mencari Leo selama ini.

penjaga yang mengawasi pagar utama itu cepat-cepat membuka pagar apabila nampak kereta milik Ammar, tanda hormat diberi.

Pintu kaca utama ditolak perlahan, kakinya terus menuju ke dalam lif, nombor 15 ditekan.

Setelah tiba di tingkat 15 kelihatan beberapa penjaga ditingkat itu memberi hormat kepada Ammar, tanpa membuang masa Ammar menuju ke biliknya.

" Am, ni ada orang bagi kau. Dia dari UK "
ujar seorang pemuda bernama Fizo armand selaku pembantu Ammar yang sudah bekerja dengannya sejak dari umurnya 18 tahun sehingga sekarang umurnya sudah masuk 27 tahun.

Ammar menyambut huluran sampul surat yang diberi, nama penghantar dibaca.

" Tolong hantar surat ni pada fendy, thank you! "
ujar Ammar, baju kemejanya dibuka dan diganti dengan satu t-shirt hitam dan jaket kulit.

Armand keluar bersama dengan sampul surat yang diberi.

" Kita gerak before 7:00 pm okay? bawak barang aku sekali " pesan Ammar sebelum Armand keluar dari biliknya.

_____

" Hye, my name eisya natalie. harap dapat bekerja sama dengan semua disini " ujar Anna dengan suara yang sedikit kuat memandangkan pekerja-pekerja di bar firoy sedikit ramai, mungkin dalam 6 hingga 7 orang di meja tersebut.

Sengaja dia memalsukan namanya kerana takut mungkin disitu ada mata-mata yang sedang mencari dirinya.

Jejaka yang berada di sebelah Anna menghulur tangan.

" Haris, nice to meet you "

Anna menyambut huluran tangan jejaka itu dan senyum kearahnya.

" Bar firoy akan beroperasi bermula 8:00pm sehingga 8:00am esoknya, jadi i nak you all tolong buat ape yang i suruh tadi. Ris, you tolong inform balik pada eisya nanti. " ujar seorang wanita bernama Lisa yang berusia 30-an selaku pemilik bar firoy.

Haris mengangkat tangan membuat isyarat 'okey' kepada sis Lisa.

semua yang berada di meja memandang Anna setelah sis Lisa berlalu dari situ.

Anna yang sedikit terkejut hanya tersenyum.

" i Mira " seorang gadis yang duduk berhadapan Haris memulakan bicara.

" Lin " gadis disebelahnya pula mengenalkan diri.

" Reza "

" Lan "

" Aykal "

setelah semua dimeja mengenalkan diri Anna menundukkan sedikit kepalanya memberi tanda hormat.

" Kitorang gerak dulu, kalau ade apa-apa tanya je okay? " ujar Mira, bahu Anna ditepuk perlahan.

Anna hanya menganggukkan kepalanya.

Hanya tinggal dirinya dan seorang jejaka bernama Haris sahaja di meja itu, entah kenapa tiba-tiba die terasa canggung padahal dirumahnya juga semua lelaki.

Apa yang tak kena dengan lelaki ni, dari tadi pandang orang tak berhenti.

" Nah " Haris meletak sebiji coklat kecil diatas tangan Anna dan berlalu pergi meninggalkan Anna yang sedikit terpinga-pinga.

Anna tiba-tiba tersedar dari lamunan, pipinya dicubit beberapa kali.

kau dah kenapa Anna, kena pukau ke...

" Ingat, jangan buat apa-apa selagi aku tak arahkan " Ammar memesan sekali lagi kepada 5 orang anak buahnya yang mengikuti masuk ke dalam bar firoy.

Setelah masuk Ammar memberi isyarat kepada Armand untuk berpecah disitu.

kelima-lima anak buah Ammar berpecah pergi ke tempat berasingan.

" Eisya you tolong ganti i serve customer nama Ammar tu boleh? i ada hal malam ni. thank you! "
ujar mira tergesa-gesa, dengan sekelip mata dia sudah hilang dari pandangan.

Anna yang melihat tidak sempat berkata apa-apa, kad VIP yang diberi oleh mira tadi dibaca.

Ammar Hans...

kenapa nama ni macam familiar, ah lantaklah.

Anna segera mengisi gelas kaca dengan air fruit soda dan membawa ke arah seorang jejaka berjaket kulit di salah satu kerusi bar.

" Mr, Ammar right? " soal Anna perlahan, takut juga dia sebenarnya, lelaki bernama Ammar itu hanya membelakanginya sahaja sudah seperti mahu membunuh orang.

Ammar tersentak dengan suara yang memanggil namanya, kepala ditoleh kedepan.

' ANNA ! ' nama itu hanya disebut di dalam hati sahaja, entah kenapa dirinya seakan tiba-tiba lemah melihat wajah putih gadis itu.

" Mr, Ammar? " panggil Anna buat kali kedua.

Eh, laki ni pekak ke ape? aku panggil taknak jawab.

" Er... yes, i'm Ammar " jawab Ammar gagap, air fruit soda ditangan Anna diambil.

Anna sedikit tersentak dengan kelakuan Ammar yang tiba-tiba itu, pandangannya dialihkan ketempat lain apabila lelaki bernama Ammar itu memandangnya dari tadi tanpa berkelip.

" Bos, Miss Anna baru sahaja berlalu pergi ke stor belakang. nak kitorang follow ke? " soal salah seorang anak buah Ammar melalui airpods yang duduk dekat dengan pintu stor belakang bar tersebut .

Ammar meletakkan Air fruit soda diatas meja, badannya dipusing kembali ke belakang.

" Tak payah, aku rasa harini mungkin tak jadi apa-apa, so korang perhatikan je kalau orang-orang Alloy yang datang sini.

" Baik, bos. "

Iphone milik Anna dikeluarkan dari dalam poketnya, log call yang tertera nama Ren ditekan.

" Hello boskuuu, amacam? " soal Ren yang sedang duduk di dalam kereta, sejak awal Anna masuk ke dalam bar dia duduk di dalam kereta menunggu, hanya untuk berjaga-jaga.

" Wei, Loy punya orang ade nama Ammar tak? " soal Anna tiba-tiba, suaranya diperlahankan sedikit, takut jika ade orang yang sedang mengintip dirinya.

" Ammar? sejak bila you ambik tahu pasal nama anak buah Loy pulak? " tanya Ren pelik.

" Ish, banyak tanyalah. jawab jelah ada ke tidak? "

" Rasa-rasa i macam tak pernah nampak senarai nama Ammar dalam fail diorang " jawab Ren tenang.

Fail yang berada di tangan dibelek sekali lagi untuk memastikan lelaki bernama Ammar yang dicari Anna.

" Oh, ok. Thank you ! " talian dimatikan.

Ren yang terpinga-pinga menggelengkan kepalanya perlahan.

Tiba-tiba dia teringat sesuatu.

' Ammar? Ammar...Hans? ' Aishhh, aku lupa tanya nama penuh dia pulak, tapi... tak mungkin lelaki tu ada dekat spain kan? tak mungkin, tak mungkin...

Fail ditutup kembali, segera nombor seseorang didail.

Anna yang baru keluar menepuk-nepuk apron hitamnya untuk menghilangkan habuk, tiba-tiba ade sepasang kaki berhenti tepat didepannya.

" You call sapa kat dalam stor? "

Anna tersentak seketika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience