" Am, dalam bilik tu ade dreamy smoke. kau kena lindung Anna dari asap tu " pesan Fizo semasa dia memasuki bar firoy beberapa jam yang lalu.
......
" Anna watch outtt !! "
Dengan sekuat tenaga Ammar berlari ke arah Anna lalu menariknya.
BANGGG !!!
Beberapa peluru sniper yang ditembak dari anak buah Loy tersasar ke dinding.
" Arghhh !!! " Ammar mengerang kesakitan, satu peluru terkena di bahu kirinya .
Anna yang pingsan di dalam pelukan dibawa keatas sofa, lalu meninggalkannya.
" Anna ! Anna ! you okay tak?! " jerit Ren dari earpod yang tersambung. screen pada tangannya dilihat sekali lagi , dia nampak seseorang berlari kearah Anna menyelamatkan gadis itu tetapi topi yang dipakainya membuatkan penglihatannya terbatas untuk melihat lebih jelas.
Anna memegang kepalanya, dia memandang sekeliling bilik yang penuh dengan asap putih.
Ah, aku belum jadi hantu lagi kan?
tangannya meraba-raba badan.
" Anna you okay takk?!! " jerit Ren buat kali kedua apabila soalan pertamanya tidak dijawab.
" Ha? oh I...I okay. " jawab Anna perlahan. dia berjalan perlahan kebiliik rahsia itu kembali, tangganya diangkat mengacu pistol kehadapan.
" Louis, where are they all? " soal Anna perlahan.
kakinya melangkah masuk selepas memastikan tiada sesiapa di dalam.
" Ada pintu belakang yang menuju ke bangunan sebelah, I rasa diorang dah pecut. " jawab Louis tenang, screen yang dipegang menujukkan lokasi Loy dan anak buahnya.
Anna menghela nafas, dia termenung buat seketika.
Ren berjalan perlahan menuju kearah Anna. bahunya disentuh lembut.
" Anna, jom. Uncle nak buat meeting " ujar Ren tenang, dia tahu Anna sudah hampir berputus asa untuk menjejaki abangnya, Leo.
Mereka bukan memburu Loy tanpa sebab tetapi dia adalah salah satu musuh Leo yang diketahui Anna.
Mereka berdua keluar menuju ke pintu belakang berjaga-jaag supaya tiada siapa yang perasan akan kehadiran mereka.
Dalam kereta Anna hanya mendiamkan diri membuang pandangan keluar.
Ren yang sedang memandu hanya membiarkan sahaja.
Anna menyentuh noda darah yang terlekat di lengan bajunya.
Bayangan hitam yang menolak dirinya ketika Loy melepaskan tembakan masih terngiang difikiran.
" Nana...wake up, i'm here. " satu suara yang membuatkan dirinya tersedar dari racun asap tersebut. Namun dia tidak dapat mengecam wajah lelaki itu, hanya rantai yang dipakai lelaki itu sahaja yang membolehkan dirinya mendapat jawapan.
" Ren...Uncle dah sampai ke " tanya Anna, wajah Ren dipandang kosong.
Ren hanya mengangguk. kereta dibelok menuju masuk ke dalam perkarangan bangunan milik ayahnya, R&W weap.
......
" Am, kau serius ke ni? " tanya Fendy, dia memandang Ammar yang mengemas baju masuk kedalam bagasi.
" Habistu, aku ada cara lain ke untuk dekat dengan dia? "
Fendy memejam matanya, permintaan Leo yang baru mereka dapat beberapa hari lepas mengejutkan mereka semua. Di dalam surat itu Ammar diminta untuk menjadi bodyguard kepada adiknya Anna Akira.
" Oklah Bro, aku...cau dulu. leklaa bukannya aku pergi tak balik-balik. yang kau risau sangat tu kenapa? " bahu Fendy ditepuk beberapa kali.
" Haihhh...aku bukan apa, kau pun tahu kan ape akan jadi kalau Anna ingat balik kisah dulu " keluhnya.
Ammar tersenyum, poket seluarnya diseluk mengambil sesuatu.
" Jeng Jeng Jenggg... " Ammar menggoyangkan sebuah botol kecik berisi cecair berwarna biru di depan muka Fendy.
" Tu jelah yang kau ade? "
" Eh, aku ada macam-macam taw. tapi untuk kau ade satu je..." Ammar berjalan ke almari kerjanya, satu sampul diambil.
" Nah ! untuk kau. kalau ada rezeki benda tu bolehlah jadi kenyataan, HAHAHAHA ! "
Fendy mengambil sampul surat yang diberi Ammar diatas meja.
" SETAN PUNYA AMMAR HANS !!!
sekeping gambar dia bersama seorang gadis berambut hitam pekat dicampak ke lantai.
Fendy sudah bersumpah seranah di dalam hati. mana tidaknya, itu adalah gambar 2 tahun lepas yang diambil secara senyap oleh Ammar, ketika itu dia dan gadis itu sedang duduk santai di tepi laut .
Ammar di bawah mencicit lari masuk ke dalam keretanya.
" Kau tunggu Am, Ada kucing ada tikus ada peluang aku balas!! " jerit Fendy dari beranda bilik .
Ammar mengangkat tangan tanda menerima cabaran dan berlalu keluar dari perkarangan rumah.
......
" WHATTT !!?? " jerit Anna.
Ren disebelahnya terkejut hampir kena serangan jantung.
" Seriously Uncle, tapi kan Ren dah ada tak payahlah nak ambik bodyguard bagai Uncle..."
" Kalau Ren tu boleh jaga kamu, tangan kamu tak jadi macamtu taw " perli Uncle Rifky, anaknya yang berada di sebelah Anna dijeling.
Ren tersengih memandang ayahnya, bukan dia sengaja membiarkan Anna terluka tapi kerana dia tidak sempat menyelamatkan gadis itu daripada tembakan beberapa hari lepas ketika mereka sedang memburu beberapa kumpulan mafia yang ingin mengacau pejabat ayahnya.
" Ish Uncle Ren bukan sengaja masa tu, Alaaa Uncle tak payahlah ambik body..."
Ayatnya terhenti apabila ada seorang lelaki berpakaian serba hitam dengan wajahnya yang ditutup menggunakan mask masuk ke dalam bilik.
" Maaf, saya terlambat. Jalan jem tadi. " ujar lelaki itu, badannya ditundukkan sedikit kearah mereka.
Uncle Rifky memandang Anna yang sedikit terkejut dengan kehadiran lelaki tersebut, gadis itu masih memandang tanpa berkedip.
" Takpe Hans, mari perkenalkan diri "
" Hye miss Anna, saya Ammar Hans selaku bodyguard Miss dari waktu ini saat ini sehingga nyawa saya dikorbankan untuk Miss Anna Akira"
Terbeliak mata Anna mendengar ucapan lelaki itu, Ren disebelahnya juga sama tetapi bukan kerana ucapan, mata Ammar ditenung sedalam yang mungkin.
pasti ada sebab kenapa lelaki itu berada di sisi Anna, kerana risiko untuk berada di sisi gadis itu bukan calang-calang orang.
Uncle Rifky memandang anaknya, Ren. secalit senyuman dilemparkan tanda tiada apa-apa yang akan berlaku nanti, hanya menunggu Anna menerima takdirnya yang disembunyikan selama ini.
Share this novel