CHAPTER 1

Action Series 4239

Anna menolak perlahan rambutnya yang ditiup angin petang, pemandangan laut biru yang masih tidak berubah membuatkan memorinya terimbas kembali.

- 30 mei 2003 -

Segerombolan ikan yang berada tidak jauh dari tempatnya berdiri membuatkan idea nakal muncul di kepala, Anna berlari ke daratan yang menempatkan barangnya berada.

Tangannya mencapai beg hitam yang terletak di sisi Leo, baru sahaja kakinya mahu dilangkahkan tangannya ditarik.

" Nak bawak mana beg tu? " Tanya Leo dengan mata yang masih terpejam, dirinya yang sedang berehat tadi tersedar apabila Anna cuba mengambil beg hitam miliknya.

" Haha, bukan nak bawaklah... Nana nak tengok je apa ada dalam ni " bohongnya.

kau nak jawap betul-betul apa sebab kau ambik beg tu ?! mampus dicelupnya kepala kau dalam laut nanti.

Leo membuka matanya, wajah Anna dipandang kosong.

Anna Akira, satu-satunya adik dan juga keluarga yang masih bersama menemaninya.

keningnya yang terukir kemas diangkat beberapa kali lalu tersenyum.

" Jom ! " tangan Anna ditarik berlari bersama dengannya ke arah laut.

" Nah, Nana satu abang satu " Leo menyerahkan sepucuk pistol kalis peluru berwarna putih kepada Anna manakala miliknya berwarna emas.

Leo sudah mengetahui apa rancangan adiknya itu dari awal, jadi dia sudah membuat sebuah kejutan terlebih dahulu.

Mereka berdua menyelamkan badan sehingga paras leher, berjalan sedikit demi sedikit ke arah sekumpulan ikan.

Belum sempat Leo berkata apa-apa Anna sudah menarik pemicu pistol, dengan sekali tembakan...

BANG !!!!!
dua-dua terkedu disitu.

" HAHAHAHAHAHAHAHA !!!! " Leo sudah melepaskan ketawanya apabila melihat peluru yang keluar dari pistol bukan peluru yang biasa tetapi peluru mainan berbentuk seperti pil ubat yang terisi dengan air.

" ABANG !!!!! " jerit Anna, pistol dihalakan ke arah Leo, beberapa tembakan dilepaskan.

" Hahahahahah, tulah gelojoh lagi ! orang dah ajar sebelum tembak check dulu apa isi dalam dia ! kan dah kenaaa !!! hahahaha " ujar Leo sengaja, tawanya disambung lagi apabila melihat muka Anna yang sudah monyok sambil menyimbah badannya dengan air.

tanpa sedar bibirnya bergerak menghasilkan sebuah senyuman bahagia.

" Yohoooo !!! Dinner's comingg " jerit Ren, dia yang baru tiba di rumah terus menuju ke balkoni yang menempatkan tempat biasa Anna berehat.

" Oi, jauh mengelamun. Dah sampai darat ke belum? " tegur Ren. Bahu Anna ditepuk perlahan.

Anna yang tersedar dari lamunan terus menoleh ke belakang, wajah Ren dipandang kosong.

" Bila you sampai ? " soalnya, rambut perangnya yang terurai diikat kembali.

" Adalah dalam 5 jam yang lepas " jawab Ren selamba.

" Baguslah tu menipu? Dapat berapa A ? 80 A? " perli Anna.

Mereka berdua berjalan masuk menuju ke dalam rumah.

" Dah tahu tanya lagi, nilah orang melayu "

" Eh sory sikit, i bukan 100% Malaysian okay..."

Ren hanya menjuihkan bibirnya , kedua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

Tiba di dapur Ren Zariel abang kepada Ren Michael sedang mengeluarkan makanan yang dibeli oleh adiknya.

" Bro ! mana yang lain? takkan kita je ? " tanya Ren, sebuah kerusi ditarik.

" Entah, dah inalillah kot " jawap zariel selamba.

Anna yang tiba bersama Ren tadi sudah mengambil tempat di salah sebuah kerusi.

Ren berjalan ke arah sebuah mikrofon berbentuk kotak mancis yang terlekat di dinding , butang hijau ditekan.

" Oi turun oi makan, nanti habis jangan tanya sapa yang makan, hooo " jerit Ren , bergema satu rumah dengan suaranya.

" Macam nak bagi cucu ayah pin dengar " bebel Anna, bungkusan makanan berisi spaghetti carbonara dicapai.

Beberapa hari ini mereka hanya membeli makanan dari luar kerana kak siti selaku pembantu rumah mereka mengambil cuti beberapa hari untuk balik ke kampung kerana urusannya yang mendesak.

Pintu lift terbuka, Louis dan Farras yang baru tiba terus menuju ke arah mereka bertiga.

Meja makan sunyi sepi, hanya terdengar bunyi antara sudu dan garpu berlaga memenuhi ruangan.

" Macam mana dengan plan you haritu Anna ? " soal Louis memecah kesunyian.

Anna yang sedang elok meneguk minuman terhenti, hampir dia terlupa dengan rancangannya itu.

" I dah bincang dengan mommy dan daddy, diorang benarkan cuma..." perbicaraannya terhenti. Gelas minuman berisi air jus oren digoncang perlahan.

" Risiko kita tanggung " celah Farras, jejaka itu memandang wajah Anna dengan kedua belah kening yang terangkat.

Anna membuat bentuk pistol dengan jarinya lalu dihalakan ke arah Farras.

" BINGO ! "

" So, i nak jadi orang tengah you jadi orang depan, okay? " ujar Ren tiba-tiba. namun cadangannya seperti tidak dihiraukan kecuali Anna, gadis itu sudah mengangkat tinggi garpu ditangannya.

" Habis tu selama ni kau jadi apa ?! orang hutan ke bahlol ! " soal Anna, matanya dijegil geram.

Jantan sekor ni memang macam ni, harap muka boleh pakai otak letak dekat afrika sana.

" Anna barang you dah sampai, i letak dekat tempat biasa " ujar Farras, suapan terakhirnya dimasukkan ke dalam mulut.

Pintu kaca itu ditolak , Anna berjalan menuju ke arah satu kotak besar yang berada di atas meja.

" You beli apa sampai kotak besar macam ni? " tanya Ren, matanya memerhati Anna yang sedang membuka plastik

setahunya selama ni memang Anna ada membeli barang tetapi kotak kali ini terlalu besar, macam beli anak orang pon ade.

" Beli organ manusia nak buat sup, kenapa? " jawab Anna selamba.

" Tengok ni! " Anna menunjuk tangannya yang berlumuran cecair berwarna merah kepada Ren.

" Woi, you apahal Anna beli benda macam tu !! gila kee !!! " jerit Ren, kakinya diundurkan beberapa langkah kebelakang.

Anna ni bukan boleh buat main, datang angin ribut entah-entah memang betul dibelinya organ orang bangla mana tah.

" Dah bodoh tu bodoh jelan Ren oii..." Anna menggelengkan kepala, bibirnya tersengih.

Ren masih kaku ditempat.

" Ni marker lahh, tumpah dalam kotak ni ! you apahal sampai naik biru muka, hahahaha "

Ren menjulingkan mata mendengar jawapan Anna, kakinya dilangkah kembali ke depan.

Ren menjenguk barang yang berada dalam kotak tersebut, terdapat sebuah rifle berwarna hitam mix putih yang mungkin seberat 3 atau 4 kg.

Baginya biasa apabila Anna membeli senjata tetapi senjata kali ini lebih berkualiti daripada senjata-senjata yang dibeli Anna sebelum ini.

Anna membawa keluar rifle sepanjang 50cm dan diangkat menghala ke arah target elektronik yang tersedia di dalam bilik tersebut.

pemicu ditarik.

BANG !!

" 100 point ! " target tersebut bertukar menjadi warna merah apabila tembakan Anna tadi tepat sasaran.

Anna tersenyum.

" Tak sia-sia I tunggu sebulan ni "

___

" Am, aku nak mintak tolong kau boleh tak? " tanya Leo.

" Tolong apa? " Ammar yang berbaring di sebelah Leo menjawab sambil matanya tertutup.

angin sepoi-sepoi yang datang dari laut membuatkan dirinya rasa terbuai seketika.

" Jaga adik aku " balas Leo sepatah.

jawapan Leo membuatkan Ammar tersedar, segera badannya ditegakkan.

" Apahal aku nak jaga adik kau pulak, adik kau jagalah sendiri "

" Aku tahulah, kau suka Anna kan? " tanya Leo, matanya dikecilkan sambil memandang wajah Ammar.

" Ap...apa kena mengena pulak? bila masa aku suka dia " nafi Ammar, wajahnya dikalihkan daripada memandang Leo.

" Kau nak tolong ke tidak? Hm? " tanya Leo buat kali kedua.

Ammar masih berdiam diri, gula-gula getah yang dikunyah dari tadi sudah hancur dibuatnya.

" Hm..." balas Ammar sepatah, entah kenapa permintaan kawannya itu seperti permintaan terakhir mereka berdua.

" Apahal kau termenung macam tu, dah dah jom aku belanja kau makan cendol pak lah " ajak Leo, tangannya dihulur kepada Ammar.

Dia tahu dari raut wajah Ammar, jejaka itu sebenarnya sedikit tidak berpuas hati dengan permintaan dirinya.

Ammar menyambut huluran Leo, dia cuba membuang perasaan buruk dalam dirinya.

Aku tahu kau takkan mintak tolong aku kalau benda tu tak penting untuk aku buat.

___

" AM !! "

" AMMAR HANS !!!! " jerit Fendy selaku kawan serumah Ammar.

Ammar yang termenung di balkoni rumah tersentak, pipinya terasa basah.

" Aku nangis ? "

segera air matanya di lap dan menuju ke arah Fendy yang memanggilnya.

" Apahal kau jerit-jerit ? " tanya ammar, botol mineral yang diteguk.

" Kau lah yang pekak, nah kau punya " Fendy menghulurkan satu sampul surat.

" Ape ni? " huluran disambut.

" Kucing " jawab Fendy selamba, remote tv diambil kembali dan menghempaskan badan ke sofa.

Ammar hanya menggeleng, agak-agaklah jawapan, ingat aku tak belajar ke.

botol mineral yang sudah kosong dibaling ke kepala Fendy.

" Sakitla gila ! "

Ammar membuat thumbs up ke arah Fendy, namun dibalas jari tengah.

setan punya Fendy !

Ammar berjalan masuk ke dalam bilik dan menuju ke meja kerjanya.

Nama penghantar yang berada di sampul dibaca.

" Adam...LEO ??! "

Ammar terkedu seketika, tangannya tiba-tiba menggeletar.

air matanya mengalir lagi, perlahan-lahan sampul itu dikoyakkan lalu mengeluarkan isinya.

? HI BRO ! I REALLY MISS YOU...?

If korang berminat untuk sambungan seterusnya, komen tau :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience