"I tak mahu berpisah dengan you," tingkah Emma. Dalam masa yang sama juga kedengaran kera-kera menjerit sesuka hati di dalam hutan membingitkan suasana.
"Sekiranya Pablo Escobar tahu you bersama I, you akan dibunuhnya," balas aku keras. Emma Watson sedar akan hal itu.
"Kita tidak ada pilihan lain. I terpaksa bertemu Pablo Escobar di Medellín untuk minta bantuan." Aku menelan air liur yang tersangkut di kerongkong sebelum menyambung lagi, "Kita terpaksa berpisah di sini untuk sementara waktu. Lagi lima bulan kita akan bertemu di Moskow..."
Emma Watson hanya mampu mengangguk lemah.
Kaki aku terus melangkah sempadan Columbia manakala Emma Watson menuju ke arah Timur menghala ke Caribbean Sea.
Sejak dari itu hubungan kami berdua terputus. Tapi aku percaya Emma Watson mempunyai kemahiran survival yang tinggi. Dia adalah salah seorang ejen rahsia terbaik di markas risikan Panama. Oleh itu tidak ada sebab beliau gagal untuk ke Moskow seperti yang dijanjikan.
Dipendekkan cerita, aku berjaya bertemu Pablo Escobar di Medellín, Columbia. Aku masih ingat lagi waktu itu Escobar masih belum lagi jadi buruan polis. Segala aktiviti berkaitan perniagaan dadahnya itu sangat licik hinggakan pihak berkuasa sendiri tidak mampu mengesan siapakah dalang di sebalik pengedaran dadah jenis kokain itu di dalam Columbia.
Perkenalan aku dengan Pablo Escobar sebelum ini hanyalah melalui Fac sahaja. Secara kebetulan. Sejak dari itu perkenalan kami menjadi erat. Fac ini kalau kita tahu manfaatkannya, bukan setakat Pablo Escobar, malah Superman pun kita boleh jadi sahabat pena.
Pablo Escobar menguruskan kelengkapan senjata aku termasuk pasport palsu untuk kegunaan ketika melepasi emigresen di Rusia. Di emigresen Columbia tidak menjadi masalah kerana hanya dengan suapan sekitar Columbian Peso 90,000,000 sahaja masalah boleh diselesaikan.
"Di Rusia nanti, Salt akan menjemput kau di Lapangan Terbang Moskow," Pablo bersuara pada suatu petang ketika menjamu apam balik dan kopi panas.
"Ada kau bertemu dengan Emma Watson?" Soal Pablo Escobar.
Hampir tersembur kopi dari mulut aku tatkala soalan itu diajukan kepada aku.
Share this novel