"Sieh mich nicht an. Tut so, als wüssten wir uns nicht. Folgen Sie mir einfach am Rücken... abstand halten," perempuan itu berbisik dalam bahasa German kepada aku.
Siapa pulak pompuan ni, desus hati aku separa sedar. Sekali jeling nampak lawa juga perempuan berambut hitam pekat melepasi bahu di sebelah kanan aku ini. Aku tidak berani hendak membalas teguran tersebut. Manalah tahu perempuan itu sengaja mahu memerangkap aku.
Aku tidak mahu nampak bodoh macam James Bond. Mamat itu memang nampak hebat dalam filem, tapi selalu selalu kena kencing dengan perempuan berambut blonde. Memang diakui, James Bond memang hebat – lompat sana lompat sini, bertumbuk dari awal hingga habis filem, kalau dating mesti pakai kot; kalau tidak warna hitam, mesti warna putih. Tapi kalau kerap sangat ditipu oleh perempuan, tak guna juga.
Aku buat-buat tidak dengar akan teguran oleh perempuan di sebelah aku.
"Ah, kau jangan buat sombong dengan aku... Aku Evelyn Salt. Kau jangan pandang aku pulak. Aku tengah menyamar sekarang ni..." katanya separa berbisik. Matanya memandang ke arah lain; tetapi masih berdiri di sebelah aku.
Apabila mendengar akan nama itu, hati aku berasa senang sekali. Mahu sahaja aku menggomolnya di situ juga. Tapi aku tidak lupa asal usul aku dari mana aku datang. Jangan buat hal di negara orang – bahaya.
Dipendekkan cerita, aku dibawa olehnya ke Ground Forces of the Russian Federation. Lokasinya harus aku rahsiakan daripada pengetahuan umum.
Sebaik sahaja tiba di markas tentera tersebut, Emma Watson terus memeluk aku. Rindu katanya. Evelyn Salt berada di sebelah aku terus beredar – tidak sanggup melihat babak tersebut berlaku di hadapan matanya. Tapi, sebagai ejen perisik berkaliber, pantas aku memaut tangan Evelyn Salt tanpa pengetahuan Emma Watson.
Entah dari mana datangnya muzik tiba-tiba bergema memainkan lagu Kuch Kuch Hota Hai... sedangkan aku berada di negara Rusia.
Share this novel