Dia terpaksa memyembunyikan perasaannya itu agar menjaga hati sahabatnya itu.
“Kau pasti ke dengan perasaan kau ni, Syahdan ? Yakin Malika akan terima kau?” tanya Jasni cuba menguji sahabatnya itu.
“Aku yakin pada perasaan aku dan aku tahu Malika juga merasakan apa yang aku rasakan. Malika juga menyanyangi aku kerana sehingga kini dia masih menyimpan rantai pemberian ku dulu,” ujar Syahdan yakin.
“Jika begitu yang kau katakan, aku lega dan gembira untuk kau Syahdan.” Jasni membalas. Jasni juga mengetahui Syahdan mempunyai penyakit hati ditahap yang kronik. Kalau itulah yang boleh membuat sahabatnya bahagia, dia rela. Jasni rela mengundur diri demi kebahagiaan sahabatnya itu.
Seperti yang diaturkan, malam itu Syahdan dan Malika merancang untuk makan malam bersama. Malika memilih dress labuh rona jingga lembut dipadankan dengan tudung pink lembut.
Dalam masa yang sama Jasni, memilih untuk memerhatikan saja dari jauh pertemuan antara dua sahabatnya itu. Jujur diakui ada rasa kesal terbit di hatinya mengenangkan yang dia terlambat untuk mengakui perasaannya pada Malika, gadis yang dicintainya sejak dulu lagi.
Usai makan malam, Syahdan mengeluarkan sebuah kotak kecil berwarna biru muda dan memberikannya kepada Malika. Malika terkedu kehairanan.
“Apa ni Syahdan ?” soal Malika. Hatinya sudah tidak keruan.
Syahdan tersenyum.
“Ni hadiah dari Syahdan. Ambillah.” katanya.
Malika mengambil kotak baldu itu lalu membukanya.
“Cincin?” kata Malika.
“Ya, cincin. Syahdan nak melamar Malika malam ni. Syahdan harap Malika sudi terima Syahdan seadanya. “ kata Syahdan penuh mengharap.
Share this novel