“Hmm, dah banyak berubah sekarang yee... “ kata Jasni
“Haa ?” Malika bingung. Jasni hanya ketawa.
“Ishh bila orang tanya cuba bagi jawapan, ni main gelak je, geram tau?!” protes Malika.
Semakin berdekah gelak Jasni.
“Alah kak Malika kita ni semakin comel lah pulak bila marah.” Kata Jasni memuji. Merah muka Malika menahan malu.
“Ada ke situ pulak dia ni.” balas Malika. “ Okay lah Malika nak sambung kerja.” Sambung Malika lagi. Tidak betah duduknya disitu bersama Jasni berdua-duaan.
“Oh okaylah. Tapi takkan Malika nak pergi macam tu je ? At least bagi lah number phone dulu. Boleh kan cik Malika yang comel?” puji Jasni melambung. Malika terpana. Betul ke dia panggil aku comel ?? Ah perasaan aku je tu.
“Erm okay. Nah” Malika mengeluarkan sekeping kad bercetak maklumatnya di kad tersebut. “Apa-apa contact lah kalau ada masa. Bye” akhiri Malika tanpa menunggu lama. Jasni hanya memandang sambil tersenyum. Masih tak ubah perangai malu-malu dia tu. Hehehe...
Kini hampir tiga bulan Malika dan Jasni berhubung semula setelah masing-masing menghilang akibat kesibukan bekerja. Syahdan juga tidak ketinggalan menghubungi Malika jika ada masa.
Suatu petang Syahdan mengajak Malika makan malam bersamanya. Malika yang tidak tahu menahu maksud tersirat Syahdan hanya bersetuju. Syahdan telah membuat perancangan rapi untuk melamar Malika nanti. Jasni juga termasuk dalam perancangan Syahdan untuk membantunya menangani rasa gemuruh.
Maklumlah selama ini Malika banyak berhubung bersama Jasni, jadi melalui Jasni jugalah Syahdan ingin mendapatkan maklumat. Syahdan ingin menyunting Malika menjadi suri hatinya sebelum terlambat. Galau hati Jasni mengetahui orang yang disayangi juga dicintai sahabat baiknya sendiri.
Share this novel