BAB 7

Romance Completed 2116

“Alah Malika, sorry lah tak sengaja.” Jasni menunjukkan mukanya yang tak bersalah kepada Malika. Lantas Malika mengambil lagi kulit rambutan lalu dibalingnya kepada Jasni. Jasni yang terkejut menepis sehingga terpijak akar pokok lalu jatuh terjelepuk di atas tanah.

“Hahaha... padan muka buat orang terkejut lagi.” perli Malika.

Jasni hanya ketawa.

Malika tersenyum seorang mengingatkan kenangan itu. Kini tidak tahu khabar berita dua orang rakannya itu. Malika kini sedang bekerja di Firma A&K kepunyaan ahli korporat ternama di Kuala Lumpur. Nasibnya baik kerana dia ditawarkan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan dimilikinya. Kini dia juga mampu membeli secara ansuran sebuah rumah di sekitar Bangsar dan berdekatan dengan tempat kerjanya.

Juga kemudahan kereta sendiri hasil usaha duit yang dikumpulnya sejak habis perbelajarannya di IPTA lagi. Waktu-waktu lunch begini memang sesak dengan orang ramai turun makan di kedai-kedai berdekatan. Kebetulan Malika seorang hari ini, teman pejabatnya tidak menemaninya kerana keluar bersama kekasihnya. Malika mengambil keputusan untuk ke kedai makanan berdekatan sahaja.

Tiba di meja makan, Malika memesan air sirap kegemarannya. Tidak perasan seseorang memerhatinya dalam kesibukan orang ramai. Setelah selesai makan, Malika berlalu untuk ke pejabatnya. Tiba-tiba perasaannya tidak sedap. Terasa dirinya sedang diekori. Malika mempercepatkan langkahnya. Tiba-tiba..

“Malika !!” jerit seseorang dari belakang.

Malika pusing perlahan-lahan. Nafas Jasni tercungap-cungap kerana mengejar Malika dari jauh. Malika menarik nafas lega kerana orang yang mengekorinya rupa-rupanya Jasni.

“Hai, Jasni ? Ingatkan siapa tadi yang ekori Malika.” kata Malika.

Jasni tersenyum. Malika menunduk. Tika itu, senyuman itu lah yang dia selalu rindui. Jasni melihat Malika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience