Pukk!!
“Adoiii.” getusku
Jasni meluku kepala aku kerana berfikir bukan-bukan tentangnya.
“Hoi, ingat aku ni nak jadi mak nyah ke hah? Muka sikit punya hensem ni kau nak kata aku macam tu?” kata Jasni.
“Dah tu, kau taknak bagi tahu kenapa kau nak beli baju perempuan ni, manalah aku tahu..” bidasku pula. Kakak yang menjaga kedai itu hanya tersenyum memandang kami berdua bertelingkah.
“Tengok, kau lah ni, kan tak pasal-pasal orang cakap aku ni bukan-bukan.” getus Jasni.
“Mana ada..” kataku.
“Yang sebenarnya, aku nak ajak kau beli baju perempuan ni sebab aku nak bagi dekat Jesnita, kawan satu tempat kerja aku dulu tu. Tu yang aku ajak kau sebab aku ni mana reti nak pilih baju-baju perempuan ni.” kata Jasni.
“Ohh.” kataku.
“Kenapa kau nak bagi dia hadiah pulak ? Dengan aku tak bagi apa-apa pun?” kataku.
“Kau jeles ek?” teka Jasni.
“Eh, mana ada.” bidasku. Jasni hanya ketawa. Mukaku sudah semacam buah tomato lah pulak. Tiba-tiba perasaan aku jadi tak senang melihat Jasni bersungguh-sungguh memilih baju untuk perempuan lain. Adakah aku cemburu??
Petang itu sebelum balik ke rumah, kami telah singgah di kedai untuk mengisi perut, Jasni memilih untuk makan nasi goreng ikan masin, manakala aku pula nasi berlauk. Sementara menunggu makanan tiba, Jasni menyoalku..
“Malika, kau rasa Jesnita terima tak baju yang aku belikan ni?” Jasni menyoalku. Aku mengambil masa untuk menjawab walaupun hatiku sebal.
Share this novel