Evita berasa puas memerap di dalam bilik hospital yg hanya dipenuhi dengan bau-bau ubat sahaja. Lalu dia mendapatkan alat kawalan jauh dan membuka televisyen. Dia menonton berita yg mengatakan bahawa Rafique telah mati dalam satu kemalangan di lebuh raya. Evita terkejut lalu sedekahkan Al-Fatihah untuknya.
****************
Inspektor Alvin dan Inspektor Zaid bergegas ke lokasi kemalangan yg berlaku dan mereka dapati mayat Rafique telah diusung dan dibawa ke hospital untuk pengebumian jenazahnya. Mereka berbincang selepas itu dan perbincangan mereka agak lama. Setelah sebulat suara mereka memutuskan agar kes ini ditutup. Kes ini telah berakhir dengan tragisnya apabila kesudahannya berakhir dengan kematian dalangnya.
Keesokan harinya berita itu tersebar ke media sosial dan menjadi tular di fac dan media massa yg lain. Rata-rata memberikan komen yg pedas kpd arwah kerana tindakannya itu sgt kejam dan tidak memberikan manfaat dlm hidup. Namun mereka bersimpati terhadap nasib malang Evita yg kehilangan ayahnya yg tercinta serta hampir saja hilang nyawanya.
*******************
"Hari ni awak dah boleh discharge. Saya hantar awak balik ya lepas ni."
"Thank you Alvin. Susah-susah je awak nak hantar saya balik."
"It's okay sebab tak menyusahkan pun. Beside saya ikhlas nak tolong awak."
"Awak tak jawab soalan saya hari tu. Kenapa awak menyamar sedangkan awak ni seorang inspektor polis?"
"Sebenarnya saya ditugaskan oleh arwah daddy awak untuk menyiasat Tan Sri Hamzah dan kegiatan haram dia. Selepas dia meninggal dunia, saya meneruskan siasatan ni sampailah Rafique meninggal hari ni. Saya minta maaf sebab menipu awak selama ni."
"Takpe. Saya dah lama maafkan awak. Lagipun saya faham awak cuba nak protect saya. Saya faham dan terima kasih sebab selamatkan saya."
"Jomlah saya hantar awak balik."
Alvin meneruskan perjalanan menghantar Evita pulang ke rumah. Setibanya mereka di sana, Alvin seolah-olah ingin menyatakan sesuatu kepada Evita. Namun dia teragak-agak kerana perkara yg hendak dia katakan sangat serius.
Share this novel