"Sebenarnya, dia memang dah lama memendam rasa marah kepada keluarga Evita. Semenjak kematian arwah ayahnya, dia bertekad untuk bunuh Evita tu. Sedangkan ayah dia mati selepas dia bunuh Dato Samsudin."
"Tapi kenapa dia nak sangat bunuh Evita sedangkan dia tak rancang pun kemalangan yg berlaku kat ayah dia." soal Alvin bersungguh sungguh menyebelahi Evita kerana dia yakin Evita tidak bersalah.
"Sebab dia kesal dengan kematian ayahnya. Dia tak dapat berfikir dengan baik. Dia cuma nak balas dendam supaya dia puas hati dapat balas balik perbuatan Dato Samsudin yang lalu."
"Saya tak nampak Rafique dari tadi. Awak tahu tak dia pergi mana tadi?" soal Inspektor Zaid.
"Saya rasa dia keluar makan malam dengan Evita. Kenapa dia tak balik lagi ni?"
"Kalau macam tu kami berdua balik dulu. Terima kasih sekali lagi ya."
***************
"Kau tahu tak keluarga kau dah banyak menyusahkan aku. Selama bertahun tahun kami hidup menderita sebab dia dah rampas mak aku. Setiap hari bapak aku stres dan dia jadi tak keruan sebab bapak kau." jelas Rafique yg digerumuni kemarahan dlm hati.
"Aku minta maaf bagi pihak ayah aku. Aku rasa bersalah sangat dengan apa yg dia dah buat. Aku minta maaf."
"Itu je jawapan yg kau blh kasi? Maaf kau tu dah basi. Aku dah tak makan lagi maaf kau. Sekarang ni aku kempunan dgn darah kau. Bersedialah utk mati Evita."
Inspektor Zaid dan Inspektor Alvin datang tepat pada masanya untuk menyelamatkan Evita. Mengikut gerak hati Inspektor Alvin, mereka dpt mengesan bau peluru yg terliur dgn darah manis Evita itu. Lantas mereka masuk sebelum Rafique dpt minum darah Evita.
"Jangan bergerak. Letakkan senjata kamu." gertak Inspektor Zaid yg sdh biasa menangkap suspek yg psiko seperti Rafique ini.
"Hebat kau ya. Rupa rupanya kau dah report polis yg aku akan bunuh kau kat sini. Kotornya permainan kau Evita."
"Tak Rafique. Aku tak call pun diorang. Dan aku pun tak tahu kenapa diorang kat sini."
"Terlambat kau nak jelaskan semua ni. Selamat malam Evita. Pooooowwwww!"
Dengan kejamnya Rafique melepaskan tembakan ke dada Evita. Kini Evita berlumuran dengan darah dan Evita tidak sedarkan diri. Dengan pantas Rafique melarikan diri sebelum polis menahannya. Inspektor Zaid cuba menahan tetapi dia berlari seperti cheetah sehingga hilang jejaknya.
Inspektor Alvin pantas mendapatkan Evita dan membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan di sana. Kejadian yg berlaku malam ini sangat menyeramkan. Yang pasti ia akan menjadi mimpi ngeri buat Evita dalam kisah hidupnya.
Share this novel