BAB 9

Mystery Completed 5943

Inspektor Alvin berada di ruang menunggu di wad ICU sambil mundar-mandir dgn penuh kerisauan kerana doktor yg merawat Evita masih lagi berada dlm wad tersebut. Namun dia tetap bersabar menanti Evita di ruang menunggu walaupun terpaksa tidur di sini.

"Doktor macam mana keadaan kawan saya?"
"Keadaan dia okey cuma luka dia agak besar sikit. Tapi kami dah keluarkan peluru itu. Cuma dia perlu berehat dan tak boleh banyak bergerak. Kalau macam tu saya minta diri dulu."

Alvin menghembuskan nafasnya lega apabila mendengarkan keadaan Evita yg dikatakan doktor sebentar tadi. Alvin terus duduk ke kerusi di ruang tersebut dan cuba rehatkan mindanya. Tidak lama kemudian dia terlelap di atas kerusi dgn spontan.

*******************

Sementara itu, Inspektor Zaid sdg menjejaki Rafique yg laju berlari meninggalkan kediaman Evita setelah dia berjaya membunuh Evita. Namun malangnya dia tidak dapat dijejaki kerana kelajuannya yg tidak dapat ditandingi Inspektor Zaid. Dia berputus asa lalu kembali ke rumah Evita lantas masuk ke keretanya untuk pulang ke balai polis.

*******************

Selepas itu, Rafique sampai di rumahnya lalu masuk ke rumahnya. Dia menutup pintu rumah itu perlahan-lahan dan dia menoleh ke belakang Ezanny berdiri di hadapannya.
"Kenapa baju kau comot dgn warna merah ni? Kau bunuh Evita kan. Darah ni darah dia kan."
"Kau jangan menyibuklah. Pandai-pandailah aku handle problem aku ni."
"Kenapa? Kau dah tak sudi nak inform aku apa yg dah jadi tadi."
"Baik kau bagitau aku. Tadi ada 2 org inspektor yg dtg tadi kan. Kau bagitau semuanya kan pasal kes Dato Samsudin tu."
"Kalau ya pun kenapa? Memang aku bagitau diorang dari A to Z. Bunuhlah aku kalau itu yang boleh puaskan hati kau."

Dengan amarahnya yg teramat, Rafique tlh menghunus pistol yg digunakan untuk tembak Evita sebentar tadi. Pooowww! Sedas tembakan dilepaskan kearah Ezanny lalu dia terjatuh dan berlumuran darah. Rafique dapati Ezanny sudah meninggal dunia. Lalu dia melarikan diri sekali lagi dgn harapan dia selamat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience