Setelah itu, suara Evita telah memecahkan kesunyian sebentar tadi dengan menanyakan kepada Alvin apa yg ingin diberitahunya tadi.
"Alvin cakaplah. Tadi awak nak cakap apa tadi. Sampai gagap nak bagitau saya. Ada orang nak bunuh saya ke apa."
"Takde. Saya nak bagitau awak yang....... yang....... yang saya........"
"Tengok tu. Dia gagap pulak. Kalau macam ni sampai esok pun tak habis lagi."
"Sebenarnya saya suka kat awak! Awak suka saya tak?"
"Apa awak cakap ni? Awak serius ke yg awak suka saya? Baik awak cakap betul-betul dengan saya."
"Ya saya memang suka awak. Inilah bukti keikhlasan cinta saya kat awak."
Cincin yg dikeluarkan oleh Alvin sebentar tadi membuatkan Evita termangu seketika menyebabkan dia terfikir apa yg patut dijawab olehnya kepada Alvin agar dia tidak kecewa dgn keputusan yg diputuskan oleh Evita nanti. Lantas Evita menjawab;
"Macam ni jelah. Saya nak awak jumpa saya malam ni kat tempat biasa. Saya akan jawab lamaran awak kat sana malam ni. Tapi bagi saya masa untuk berfikir dulu."
"Okey. Saya akan tunggu awak."
Dalam tempoh yg agak panjang, Evita berfikir sejenak lamaran yg ditawarkan kepadanya. Setelah dia puas bertanya kepada hatinya, akhirnya dia memilih untuk mendengar kata hatinya kerana dia tahu bahawa kebahagiaan itu terletak pada dirinya sendiri.
*********************
Alvin telah tiba di restoran kegemaran mereka dan melihat Evita duduk di mejanya sambil menunggu kehadiran Alvin. Alvin terus menuju kearah Evita.
"So awak dah pasti dengan keputusan awak nanti. Awak takkan menyesal kan dengan keputusan awak nanti."
"Saya yakin dengan keputusan saya dan saya putuskan untuk hidup bahagia bukannya hidup menderita."
"Jadi apa jawapan awak?"
"Ya. Saya memang cintakan awak dari dulu lagi semenjak kita berkenalan. Dan saya memang nak jadi isteri awak."
"Terima kasih sebab sudi terima lamaran saya. From now on, you will be mine forever and ever. Promise with me that you will love me till jannah."
"Yeah. I promise. Saya akan pastikan hidup kita berdua bahagia selamanya."
Akhirnya kesudahan kisah ini berakhir dengan satu penamat yg bagus dlm kisah hidup Evita. Selepas lamaran itu mereka seperti melakukan rancangan Romantika yg menjadi satu kenangan indah untuk selamanya. Semoga hidup mereka sentiasa dirahmati Allah SWT dan mendapat zuriat yg sihat walafiat belaka. Amin.
TAMAT......
Share this novel