“Saya nak sangat! Kalau dia menggatal dengan pesakit perempuan, awak tolong cucuk dia dengan ubat pelali eh?” soalku. Zainab dan Melur terkekeh-kekeh gelak.
“Itu bisa diatur, buk!” Zainab tergelak. Irfan mencubit pipiku.
“Dah pandai nak siasat abang eh?” soalnya. Aku terhenti gelak. Abang? Gulp! Selepas Melur dan Zainab meminta diri untuk pulang, kami didatangi pula oleh sepasang suami isteri.
“Woohooooo!!” lelaki itu kelihatan teruja menghampiri suamiku lantas mendepangkan sebelah tangannya. Sebelah lagi mendukung seorang anak kecil.
“Isk abang ni! Apanya nak woohoo sampai satu kampung dengar ni? Tak malu ke?” bebel si isterinya. Aku tergelak melihat si suaminya menayang muka merajuk. Comelnya laki bini ni.
“Teruja sangat kawan baik abang dah berkahwin! Tahniah, bro! Tahniah!” dia menyerahkan anaknya kepada suamiku apabila suamiku mendepangkan tangannya.
“Thanks, Bad! Sayang, abang perkenalkan kawan baik abang, Badrul. Isteri dia, Mona dan anak mereka Ziyad,” Irfan mendukung Ziyad. Dia berlaga bahu dengan Bad.
“Kahwin jugak dia akhirnya erk… dengan pesakit pulak tu! Sempat lagi menggatal semasa bertugas erk,” Bad menyakat. Aku berdeham.
Malu! Nampak sangat perangai Irfan dengan Bad ni dua kali lima. Patutlah jadi kawan baik. Dalam beberapa bulan ini boleh kira berapa kali aku menangis akibat disakatnya. Kuat menyakat sangat!!
“Hahaha! Entah? Tersangkut pulak dengan dia ni. Pesakit lain takde pun nak sangkut macam ni,” suamiku bergurau sambil tergelak besar. Aku tersengih. Bersalam dengan Kak Mona lalu berlaga-laga pipi. Dia mengucapkan tahniah kepadaku.
“Terima kasih,” aku berkata malu-malu. Ziyad di tangan suamiku, aku kucup lembut. Comel. Mengikut muka Bad banyaknya…
“SEKARANG, tak payah nak malu lagi bila abang ungkit tentang pemeriksaan dada,” sakat suamiku. Heeee. Baru lagi kahwin dah jadi gatal begini. Terus telinganya aku piat. Dia tergelak besar. Kuat. berdekah-dekah. Inilah dia, Irfan. Encik suamiku. Dia memang tak boleh gelak. Sekali gelak boleh runtuh rumah! Entah kenapa dia begini pun aku tak tahu.
“Thank you sayang,” ucapnya pula tidak lama selepas dia berhenti ketawa.
“Untuk?” soalku.
“Untuk segalanya. Love you,” luahnya. Aku tak pernah balas. Malu. Mungkin bercampur dengan ego agaknya. Aku malu dan ego untuk mengakuinya.
“Love you,” dia meluah lagi. tidak berpuas hati selagi aku tidak membalas katanya. Aku terus buat pekak. Lalalala. Jantung dah berdegup kencang.
“Love you!” dia mengulang sekali lagi. Aku berterusan buat pekak.
“Oh! Buat tak tahu ya? Buat tak tahu…” dia menghampiriku dengan mata membulat. Aku berundur setapak demi setapak.
“A.. awa.. awak nak buat apa ni?” soalku lantas terduduk ke katil. Dia menghampiri lagi. semakin hampir dan hampir. Dia merendahkan badannya. Lutut jatuh ke lantai. Wajah semakin mendekat.
“Tell me that you love me?” soalnya dengan suara romantik. Aku telan liur. Nak cakap ke? Wajahnya semakin rapat. Kepalaku berundur automatik. Berdebar!!
“Tell me,” bisiknya. Aku terkaku memandang anak matanya. Semakin rapat. Mataku terpejam. Lama. Wow. Dia pandai menggoda. Tak sangka.
“How’s that?” soalnya dengan muka nakal sambil menjilat bibirnya. Aku angguk.
“I love you…” bagaikan terpukau. Dia tergelak.
Share this novel